Cara Mudah Dan Senang Bypass Hotspot Unlimited Data Untuk Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4G

Cara Mudah Dan Senang Bypass Hotspot Unlimited Data Untuk Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4G


Cara Mudah Dan Senang Bypass Hotspot Unlimited Data Untuk Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4G, Mempunyai pakej data seperti Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4g tanpa had (Unlimited) memang menjadi kegemaran. 

Lebih-lebih lagi, trend semasa pengguna lebih suka menonton filem dalam talian. Tetapi ia amat terhad penggunaan data terus ke komputer riba atau desktop. Oleh itu, saya menyediakan Cara Mudah Dan Senang Bypass Hotspot Unlimited Data Untuk Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4G.

Mengapa Memerlukan Bypass Tethering Hotspot?

Jika anda pengguna internet yang menggunakan pelan data tanpa had (unlimited plan data) untuk kegunaan seharian akan tetapi tidak boleh menggunakan desktop atau laptop untuk urusan harian anda, maka cara bypass tethering hotspot ini amat sesuai untuk anda.

Saya antara pengguna tegar yang menggunakan internet hampir 8 jam sehari dan 90GB sebulan. Kerjaya sebagai online sales marketing amat memerlukan saya untuk sentiasa berhubung dengan dunia maya sebagai tempat rujukan dan kerja. Pelan data apakah yang boleh memenuhi keperluan saya ini? Tiada…

Yang ada di pasaran pun setakat versi dengan harga tak masuk akal dan tidak sesuai dengan kemampuan kita. Siapa lagi nak pakai 5GB sebulan? ini lagilah tidak masuk akal, 5gb 2 hari dah boleh habis. Saya tidak dapat mengakses mana-mana internet di area kampung ni, unifi atau streamyx, terpaksa menggunakan cara ini untuk mengakses data tanpa had.

Penggunaan di phone memang tanpa had, tapi bila hotspot di laptop atau dekstop had dilimitkan. Jadi saya bypass tethering supaya saya boleh menggunakan pakej data tanpa had. Selepas daripada itu kos saya cuma RM38 sahaja sebulan untuk umobile.

Bypass tethering dengan PdaNet+

Anda boleh gunakan aplikasi yang bernama PdaNet+ dimana anda boleh menggunakan data unlimited tanpa had dan ianya tidak hanya pada telefon bimbit anda sahaja, sebaliknya turut ada pada dekstop anda. Saya lebih cadang menggunakan PdaNet+ dan menggunakan fungsi USB Thetering lebih baik daripada menggunakan Wifi Hotspot, tapi bagaimanakah caranya?

Cara-cara menggunakan PdaNet+

1. Muat turun aplikasi PdaNet+

Cara-Mudah-Dan-Senang-Bypass-Hotspot-Unlimited-Data-Untuk-Umobile- Celcom-Maxis-Dan-Yes 4G


Pertama sekali anda perlu muat turun PdaNet+ di telefon bimbit anda. Tidak perlu risau, PdaNet+ ini boleh dimuatturun di Google Play Store sahaja tanpa memerlukan anda untuk memuat turun apk luar. Saya ada lampirkan sekali pautan untuk anda.

2. Muat turun aplikasi Foxfi Key

Cara Mudah Dan Senang Bypass Hotspot Unlimited Data Untuk Umobile, Celcom, Maxis Dan Yes 4G


Apa yang anda perlu buat hanyalah dengan muat turun aplikasi ini sahaja. Selepas muat turun, cuba buka kembali PdaNet+. Aplikasi anda akan menjadi full version secara automatik. Selesai dibahagian telefon bimbit, seterusnya dibahagian PC pula.

Seterusnya anda perlu muat turun pasangan kepada pdaNet+ iaitu Foxfi Key. Menerusi aplikasi ini, ia membenarkan anda untuk menerusi PdaNet+ full version secara percuma. Saya sediakan sekali laman web untuk muat turun aplikasi ini.

Pasangkan aplikasi ini di telefon bimbit anda dan pastikan ia tersedia untuk digunakan.

Buat pengetahuan anda, jika anda muat turun PdaNet+ sahaja di telefon bimbit, kemungkinan besar masa penggunaan akan terhad. Sambungan tether hotspot anda akan disconnect setiap 1 jam sekali. Disebabkan kita memerlukan PdaNet+ full version, jadi anda perlu ikuti langkah kedua.

3. Muat turun aplikasi PdaNet+ versi PC



Langkah terakhir adalah dengan mempersiapkan PC anda dengan PdaNet+ client. Caranya ialah anda perlu ke laman web rasmi penyedia perkhidmatan tersebut dan muat turun aplikasi versi desktop di PC anda. Pautan ada disediakan di bawah.

Proses pemasangan adalah seperti biasa. Selesai pemasangan di PC anda, maka anda boleh mulakan sambungan internet anda dengan aplikasi telefon bimbit anda.

Anda boleh menyambug dengan fungsi WiFi direct hotspot atau menerusi USB Tether. Tapi saya lebih menggalakkan anda untuk membuat sambungan menerusi USB Tether untuk prestasi yang maksima dan fungsi yang lebih baik tanpa leak data.

Rujukan: 


2 Ulasan

  1. kalau guna line prepaid boleh guna ke cara ni?Ke hanya terguna pakai untuk pospaid jer?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama