AKIM mengakui hubungan persabahatannya dengan Stacy agak akrab.
_________________________________________________________________
LEBARAN yang menjelang tiba disambut dengan penuh meriah oleh dua penyanyi muda yang hangat digosip bercinta, Akim dan Stacy. Meskipun berlainan agama, tidak menghalang untuk kedua-dua mereka meraikan lebaran bersama.
Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad dan Stacy yang ditemui pada rakaman program raya stesen radio Muzik FM baru-baru ini memberitahu mereka meraikan lebaran secara sederhana.
Jejaka tinggi lampai berusia 20 yang tidak berselindung mengakui mempunyai hubungan persahabatan yang akrab dengan Stacy itu menyatakan keinginannya membawa pulang Stacy ke kampung halamannya di Johor Bharu untuk menyambut lebaran bersama.
Tetapi jangan salah sangka, niat Akim itu bukannya untuk memperkenalkan Stacy kepada keluarganya kerana terang Akim dan Stacy disebabkan persahabatan mereka, keluarga mereka juga sudah saling mengenal antara satu sama lain.
“Stacy kawan baik saya, apa salahnya saya ajak dia beraya di kampung untuk merasai pengalaman sebenar menyambut lebaran di kampung. Itu pun kalau dia tidak sibuk atau terikat dengan kerja.
“Jangan salah anggap pula, kami hanya kawan dan saya akui memang kami kawan rapat. Selain merasai pengalaman raya, pada hari raya keempat saya dan keluarga akan mengadakan rumah terbuka buat peminat, saudara dan rakan-rakan.
“Kemungkinan juga saya akan berkonvoi melawat rakan-rakan Akademi Fantasia yang lain seperti Aril di Melaka. Kalau tidak pun setiap tahun Aril akan datang beraya di rumah saya,” katanya yang akan bercuti selama dua minggu bermula 29 Ogos ini.
Bercerita lanjut mengenai persiapan raya, kata Akim yang menggemari makanan tradisi orang Bugis iaitu Berasak (pulut yang dibungkus dengan daun pisang) paha hari raya, dia telah membeli kelengkapan hari raya untuk keluarganya terutamanya pakaian pada awal puasa lagi. Cuma yang tinggal adalah kerja-kerja pada saat-saat akhir seperti mengemas rumah dan menukar langsir yang menjadi tugas wajibnya setiap tahun.
“Tahun ini tahun ketiga saya beraya sebagai artis, saya raya macam orang lain juga. Peruntukan saya tidak banyak hanya untuk saya, ibu ayah dan adik bongsu,” kata anak ketiga daripada empat adik-beradik itu lagi.
Seperti biasa, tahun ini wajah Akim boleh disaksikan di kaca televisyen pada hari raya pertama menerusi program Mega Raya, Fantastika Raya, Akustika Raya dan program Wali Band Cari Jodoh yang mana Akim bertindak sebagai pengacara.
Stacy bersiap untuk Kasanova
Penyanyi Stracie Angie Anam atau Stacy yang baru menyambut hari lahir yang ke-21 pada 18 Ogos lalu, tidak ketinggalan meraikan lebaran saban tahun memandangkan dia dikelilingi oleh rakan-rakan beragama Islam, malah abang keduanya juga memeluk agama Islam kerana berkawan dengan wanita Melayu.
“Saya sudah biasa sambut hari raya walaupun saya beragama Kristian kerana dalam keluarga saya sendiri ada yang beragama Islam, sudah pasti saya menyambut hari raya bersama mereka,” kata anak kesembilan daripada 10 adik-beradik itu lagi.
Sungguhpun begitu, lebaran kali ini, Stacy dihambat oleh kesibukan kerja kerana menyiapkan dirinya untuk merakamkan video muzik untuk single keduanya berjudul Kasanova selepas single pertamanya Kisah Dongeng.
“Saya teringin untuk beraya di kampung dan merasai nikmat hari raya bersama rakan-rakan, Akim ada beritahu dia akan buat rumah terbuka pada hari raya keempat, jika saya ada kelapangan saya akan pergi melawat dia dan juga rakan-rakan yang lain.
“Tetapi hari raya tahun ini saya akan berada di Kuala Lumpur untuk mempersiapkan diri dengan tarian rancak untuk rakaman muzik video lagu Kasanova,” katanya yang menggemari kuih batang buruk dan makmur.
Tambah Stacy, dia tidak menolak andai jodohnya kelak dengan lelaki Melayu, malah, Stacy tanpa berselindung memberitahu lelaki idamannya adalah seperti Akim, namun buat masa ini dia tiada masa untuk bercinta sebaliknya hanya ingin fokus pada kerjaya seni.
“Saya dan Akim rapat, begitu juga dengan rakan AF yang lain macam Aril dan Hafiz. Saya mengaku kami sering menonton wayang bersama tetapi bukan berdua sebaliknya bersama rakan-rakan yang lain.
“Memang saya suka lelaki macam dia (Akim), tetapi sekarang saya masih muda, bukan masanya untuk bercinta. Kalau nak fikir kahwin pun lambat lagi, sekarang saya hanya ingin bekerja,” katanya yang pulang ke kampung halaman Kota Kinabalu untuk meraikan sambutan hari lahirnya.
Peminat boleh mendengar suara Stacy dan Akim menyanyikan lagu raya dan lagu-lagu popular mereka di radio Muzik FM dalam Konsert Raya 1Malaysia Muzik FM yang akan disiarkan pada hari raya pertama dan kedua pada pukul 2 petang.
Selain Stacy dan Akim, artis lain yang turut terlibat dalam program tersebut adalah Francesca Peter, Dayang Nurfaizah, Mawi, Sheila Abdul, Daniel Lee, DJ Anand (Minnal FM) dan juga DJ Muzik FM.