1) Al Fatihah
Banyak kelebihan yang tertulis dalam bab hadis surat Al Fatihah ini, baca dengan Bismilah bersambung dengan ayat-ayat pertama dan baca ayat seterusnya sehingga cukup 7 ayat, 7 Bersamaan nafas, pada hembus udara, dan minum .. insyallah jin akan keluar ..
2) Ayat Qursi
Kata seorang bomoh yang tinggal di Kemaman, apabila kita terjaga pada waktu malam dan terasa seram atau mengalami MIMPI ngeri, korang kena buat Isyarat ludah sebelah kiri, beristigfar dan sambung tidur balik (jangan ludah betul) dan sekiranya, masih bermimpi, baca Ayat Qursi 41 kali, dan sambung tidur, jika masih bermimpi ngeri, itu bermakna tempat tu keras, baca lagi ayat Qursi 41 kali, dan tidur dan jika mimpi jugak, baca ayat-ayat Qursi ulang 41 kali sampai kau menang .., tapi korang nak jimat masa, korang beralih tempat tidur terus, tak payah nak berebut tempat dengan jin. tak gitu?
7 ayat Qursi yang di baca dan dihembus pada semua arah, atas bawah, kiri-kanan, dan satu telan, juga akan menguatkan pertahanan, insyallah ..
3) 3 surah terakhir Al Quran (Al Ikhlas, Al Falaq, Al Nass)
Baca 3 surah terakhir dalam Al Quran ini, dan tiupkan pada tapak tangan, sapu tangan pada semua anggota tubuh dan tidur .. Sihir boleh mengelak dan boleh Menutup laluan jin ke dalam tubuh .. (semua dengan kuasa Allah)
4) Yassin
Baca Yassin juga boleh mendapat Kekuatan rohani .., pada hembus udara dan bagi pesakit minum .., insyallah ..
5) Manzil
Ini antara yang paling Mujarab setelah di ceritakan oleh banyak pengalaman, ayat-ayat Al Quran yang disusun dari hadith Imam Ahmad, Hakim, yang mana di riwayatkan oleh Ibnu Ubai Hazrat Ka'b ra, dan detail korang boleh baca kitab hadith ini dalam susunan sahabat Hayatul Maulana Yusof, pada lembaran kepada 3 jilid 374,
Jadi, baca pada udara, di sekitar rumah renjis Baki dan minum bagi satu keluarga.
Buku manzil boleh di beli dengan harga RM 2.50.
6) Minyak wangi
ada seorang budak menangis tak henti henti waktu malam, dah beratus ratus ringgit duit di habiskan untuk berubat .., satu hari, beriktikaf jumpa ahli masjid, baca ayat-ayat dia pun datang lebih kurang sambil sapu minyak wangi badan kat budak tu, terus baik .., moralnya adalah, bau minyak wangi adalah yang di sukai Nabi dan Merupakan sunnah Nabi, jin pulak suka pada bau asap atau kemenyang, maka dalam setiap sunnah nabi ada Nur, yang mana boleh menghalau jin jahat .., insyallah ..
7) Kayu Sugi
Kembali pada Nur Rahsia Sunnah Nabi, orang setengah rasa kayu sugi tengok kotor tersembur keluar daripada ahli pokot kanan iktikaf, tapi orang cerita, dia pernah berubat dengan cara suginya kayu itu masukkan kedalam mulut pasakit, tonyoh tonyoh sikit kanan kiri atas bawah, jolok jolok sikti, jin tu terus keuar dari badan pesakit, mungkin jin tu rasa sememanya kotor atau Sunnah nabi yang ada Nur itu buat jin itu tak senang duduk .., semua dalam Kuasa Allah ..
8) Serban hitam
Biasa orang pakai macam ni, Belum tiba kat pesakit, jin dah blah, balik rahsia Nur kepada Sunnah Nabi dalam tadi, lu fikirlah sendiri .., tapi kalau naik motor pakai kena saman ..
9) Celak, jubah putih aksesori dan lain lain
Jin takut bertentang mata dengan orang yang pakai Celak Sunnah dengan niat ikut .., titik Rujuk no 8 tadi dan Yakinlah bahawa setiap Sunnah Nabi dalam Kejayaan ada ..
10) Fikir Nabi
Ini satu lagi perisai jin yang terbesar dalam hidup, orang yang ada fikir Nabi akan selamat di alam serta manusia di alam jin, alam kubur dan alam akhirat juga akan selamat .. inyAllah, maka belajar korang kenalah fikir fikir nabi macam Risau ..
Fikir Nabi yang paling asas adalah: bagaimana semua orang Islam boleh solat berjemaah, Semua orang kafir masuk Islam dan orang Islam semua amal ugama yang sempurna, dan dari cara fikir Risau Nabi Muhammad SAW, akan datang dan HIKMAH ILMU dari Allah ..
Selamat belajar cara fikir Nabi ..
11) Sabar
Jin akan kalah dengan sabar, dalam proses menghalau jin banyak nak kena sabar, sebab jin pesakit akan kuat bila marah, bernafsu, buingung dan lalai .., begitu jugak si Penghalau, banyak nak kena sabar, Tundukkan nafsu dan berzikir .., ni nak kena belajar lagi pada ustaz pengalaman yang ada .., dan jin akan mudah masuk pada manusia, yang indah, ghairah, lalai dan bingung .. ingat tu!
12) Ahli Tarikat
Bagus jugak dalam proses menhalau jin, lantik seorang 'ahli tarikat' untuk bantu rohani kita dengan duduk bertawajuh pada Allah di satu sudut, biarkan dia bermunajat dan berzikir halau jin sementara kita tu .., insyallah, proses akan lebih cepat Pengusiran berlaku ..
13) Botol kicap
Nabi Muhammad SAW pernah Tangkap jin dan nak ikat kat tiang masjid Nabawi, tapi Nabi tak buat sebab terkenangkan jasa Jin pada Nabi sulaiman as, maka korang yang dah berjaya Tangkap jin, tak payahler nak simpan ke dalam telur, ke dalam botol, sebab sunnah Tangkap bukanlah jin di kurung si jin tu, cubalah islamkan si jin .. itu Sunnah Nabi, dan itu fikir Nabi Muhammad SAW ..
14) Dakwah
Halau jin Masa tu, kena niat dakwah, sampaikan kalimah iman padanya, banyak cerita tentang 6 perkara, iaitu Iman, Ibadat, ilmu, akhlak, niat dan takazar .., insyallah, akan dapat pahala korangpun lebih bila jin tu masuk islam ..
15) Reverse psikologi
Terkini, korang nak pujuk kena pandailah si jin ni dia suruh keluar, mungkin jin ni syarat yang akan mintak Pelik Pelik, nak ayam hitamler, nak tompok darah putih anjing ker, nak kuku warewolf ker, tak payahler ikut, cakap kat jin jika kau nak semua benda tu, mintak kat Allah, akupun nak mintak kena dengan Allah, kena pandai Reverse psikologi sikit lah .., sebab jin suka lawan cakap secara berlawanan dengan manusia, suruh keluar-tak nak, maka apa kata korang larang pulak tu jin keluar, Sebagai contoh:
Manusia: "Kau jangan keluar!"
Jin: "Eh, apa pulak bang?, Tak pernah suruh orang saya tak keluar .."
Manusia: "Kau duduk dalam tu sampai mati, kalau kau keluar, aku kau tikam dengan keris bersepuh emas hitam"
Jin: "Eh bang, tak bestler camni, bukan duduk terbaik dalam badan manusia lama-lama, bagiler saya keluar"
Manusia: "Tak boleh, kau nak duduk sangat, duduk dalam tu sampai mampos, Padan muka kau! Ha ha "
Jin: "Tolong bang, saya nak keluar ni, jangan tolongler saya tikam"
Manusia: "Baik, Jika kau nak keluar, keluar kau senyap senyap, jangan bising-bising,"
Maka, Jin Itupun keluar dan tidak kembali lagi ..
Boleh gitu?
Selamat Beramal!
Kredit:aidawahablovefun
Slm sejahtera.....sya nk tnya sikit....ada emak kepada kwn saya dia mcm kena sesuatu.... dia ada cerita,,petang tu dia prgi kebun,dia tunduk utk ambil sesuatu,tetiba dia rasa mcm sesuatu limpas badan dia,pas tu keesokkan ary nya bdn dia rasa sakit,sdh satu bln rasa sakit dh mcm2 cari pakar ubat, tpi masih juga blm sembuh....nk minta pendapat,, apa yg harus kmi buat
BalasPadamYg last tu best..tipu jin..kan jin xde akal
BalasPadamMasyaallah Kenapa la Jin Kacau Mak Aku wei!!
BalasPadamSaya diserang pelesit.. Umur 15 tahun.. Xsuka mengharapkan org walaupun nk suruh dia tlong buang jin ni.. :'(
BalasPadamYg last tu kelakor😂
BalasPadamadmin terbaik... semoga diberkati allah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat ... aminn..
BalasPadamadmin terbaik... semoga diberkati allah dan dipermudahkan urusan dunia akhirat ... aminn..
BalasPadamBerubatlah jika sakit...insha Allah sembuh dgn izin Allah..sila wasap 0175978463 jika nk tahu lbh lanjut
BalasPadamTukang ubat ker ni ??
PadamSyaa dihempap sejak kecil. Sudah berubat dimana mana. Visa badan dan dada.. Tlg sarankan dimana boleh berubat.. Lama dia sudah ikutkan saya
BalasPadamSays sudah ke masjid, sudah berubat surah ke Semarang, namun dia ikutt balikk.. Tlggg saya..
BalasPadamSays sudah ke masjid, sudah berubat surah ke Semarang, namun dia ikutt balikk.. Tlggg saya..
BalasPadamAdik saya tu ada jin kafir dan jin Islam yang paling menakutkan jin kafir tu suka kacau orang dan adik saya tu raja di rumah dan tak takut dengan mak bapa saya dan keluarga saya harap jin dalam badan dia tu keluar agar kitaorang tak terseksa dengan dia
BalasPadamSaya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya- Lemal
BalasPadamAllahallahsatu@gmail.com
Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Di hidung terasa seperti di Cucuk, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda yang bergerak-gerak. Di sebelah Malam tidur saya diganggu. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya. -lemal-
BalasPadamAllahallahsatu@gmail.com