Kos sara hidup tinggi... mak bapak terus bekerja untuk menampung kehidupan. Gaji naik tak sampai 5-10%, tapi barang naik lebih 10%. Jangankan kata nak bawak bekal kesekolah... mak bapak nak beli ikan kembong di pasar pun fikir 2/3 kali.
Yang ada dan cukup didikan agama ini adalah dugaan. Tapi kalo tak cukup didikan agama dan desakan hidup... Sedar atau tidak telah membuka ruang gejala sosial. Mencuri adalah jalan pintas., Budak sekolah terutama sekolah rendah... apa la yang mereka tau erti kehidupan. ikuti coretan seorang guru yang melihat sendiri dan merasai sendiri situasi ini hari hari.
Kringggg..loceng rehat berbunyi. "Teriiimaaaa kaaaaasih cikgu!",
Semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya ...kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "
Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya ke kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu.
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sagat besar ertinya.
Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
"Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.."ujar Alif lagi.
Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Bagaimana pula degan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
Ayuh kita berazam untuk lebihkan sedekah pada hari jumaat yang mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.
Sumber rujukan: disini

sebak bila baca kisah budak itu. sebab fyna pun pernah rasa sendiri.
BalasPadamterus terang keluarga fyna bukan dari golongan yang susah. pendek kata, fyna boleh mintak apa sahaja dari ayah fyna.
tapi ayah fyna dah didik dari kecik supaya hidup susah. jangan senang hendak minta sahaja. kena rasa susah seperti orang lain.
bila fyna sudah bekerja dan pegang duit sendiri, fyna teringat kata-kata ayah fyna.
kita akan rasa susah senang bila sudah bekerja kelak.
kisah budak tersebut, mengajar diri kita untuk mengingat kesusahan orang yang lain.
kalau kita susah, orang lain ada yang lebih susah dari kita sebenarnya.
kalau kita boleh makan nasi sehari 2 kali, ada yang tidak menjamah langsung nasi untuk sehari.