Friday, November 8, 2013

Pin It

0

Jenazah Badiuzzaman Said Nursi Tidak Reput

  • Friday, November 8, 2013
  • Rahman Hatim
  • Share
  • Sejarah Badiuzzaman Said Nursi di Turki, kami diberitahu semasa kuburnya dibongkar pihak tentera mayatnya masih utuh malah kain kafannya juga tidak reput.

    Pernah juga berlaku banjir di kawasan bukit Uhud di Madinah, hingga jenazah mereka yang shahid dalam Perang Uhud terdampar dipermukaan tanah yang mana mayat mereka juga tidak reput malah dikatakan darah dari luka pada tubuh mereka masih mengalir.

    Dan baru-baru ini di Negara kita Malaysia, semasa kerja penggalian tanah perkuburan Islam di Kampung Batu Badak di Segamat mereka menemui ada jenazah yang masih utuh dan kain kafannya tidak reput.

    Jenazah yang tidak reput itu bernama Maheran Jaafar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006.

    “Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum. Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja,” kata Abdullah Abdul Karim, 74, menantu kepada Maheran Jaafar.

    Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

    “Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

    “Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran,” kata Abdullah.

    Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

    “Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya sebagai ibu serta isteri.

    Sumber

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com