Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.
Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.
Dari Abu Hurairah , ia berkata:
“Rasulullah tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Bila beliau menginginkan sesuatu, beliau memakannya dan bila tidak suka beliau meninggalkannya”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Kisah ini adalah palsu dan tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadis. Haram disebarkan kepada umum kecuali disertakan kepalsuannya.
Begitu juga dengan cerita Nabi Muhammad menghabiskan sebekas anggur yang masam yang diberi kepadanya, ini juga merupakan cerita palsu, tidak ada hadis yang menjelaskan perihal kisah ini!
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia