AL-ZAHRAWI : Tokoh Bedah Islam


Al-Zahrawi adalah pakar bedah moden terulung hingga abad ke 21


BIODATA RINGKAS

Al-Zahrawi adalah pakar bedah moden terulung hingga abad ke 21. Nama sebenar beliau ialah Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau dilahirkan pada 936 M di kota diraja Al-Zahra’, terletak kira-kira 9.6 kilometer dari Cordova, Andalus/Sepanyol dan meninggal dunia di tempat yang sama pada tahun 1013 M. Al-Zahrawi berketurunan Arab Ansar tetapi ahli keluarganya berpindah dan menetap di Sepanyol. 

Beliau menuntut ilmu di Cordova ,mengajar ilmu perubatan dan mengubati masyarakat. Penglibatan Al-Zahrawi dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan. 

Beliau dikenali sebagai pakar bedah yang terbaik pada zaman pertengahan dan digelar sebagai "Bapa Bedah Moden". Al-Zahrawi juga pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi Raja Andalusia, iaitu Khalifah Al-Hakam II.  Riwayat hidup Al-Zahrawi banyak dihabiskan di tanah airnya sendiri.

Karya & Sumbangan 

  • Kitab At-Tasrif

Sehingga ke hari ini, dunia perubatan dan pembedahan begitu menyanjungi karya-karya sarjana Islam seperti Qanun fi-Tib yang di karang oleh Ibn Sina, Kitab Al-Hawi oleh Al-Razi, Sandaqol Hikmah oleh Jabbir al-Hayyan dan pelbagai lagi karya sarjana ilmuan Islam. 

Oleh itu, tidak kurang hebatnya tokoh perubatan dan pembedahan Al-Zahrawi yang sangat mashyur dengan karya beliau, At-Tasrif (Al-Tasrif liman ‘Ajaza an al Ta’lif) dan Kitab Al Maqalah fi Amali ‘ala Fanni al Jarahah yang menjadi rujukan hingga ke abad 21. 

Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian lepas, hanya Kitab At-Tasrif sahaja yang lebih terkenal dan masyhur.  Kitab Tasrif Al-Zahrawi sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan dunia Barat. 

Karya beliau menjadi tereknal pada zaman pertengahan, kira-kira menjelang abad ke-12 dan ke-13. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1368 M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Kitab At-Tasrif juga menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Rom, Itali , Motpellier di France dan beberapa universiti lain di Eropah. 

Sejarah penterjamahan kitab At-Tasrif dilakukan kali pertama oleh Gerard Cremona, seorang sarjana Itali pada zaman pertengahan dan zaman Renaissanc. 

Gerard menterjamah kitab At-Tasrif ke dalam bahasa latin. At-Tasrif juga dicetak dalam bahasa Latin dan Hebrew dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Bahagian mengenai tumbuhan dicetak di Venice pada 1471M, mengenai pembedahan juga dicetak di Venice pada tahun 1497M. 

Bahagian klinikal pula dicetak pada tahun 1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 1566M, bahagian penyakit puan dicetak di Basel, Swiss. 

Kitab At-Tasrif telah menjadi sangat terkenal di kalangan sarjana Barat dan menjadi rujukan sehingga ke abad ini. Sekaligus ketokohan Al-Zahrawi telah membuka jalan kepada para sarjana sains baik Islam mahupun Barat untuk mengembangkan teknologi perubatan dan pembedahan selari dengan era moden masa kini.

Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. 

Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib. 

Antara teknik pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh Al-Zahrawi ialah:

1.      Teknik pembedahan mata untuk katarak.
2.      Teknik pembedahan hidung dan telinga.
3.      Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
4.      Teknik rawatan pergigian.
5.      Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
6.      Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).
7.      Teknik merawat tulang patah

Al-Zahrawi juga memaparkan alat-alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya. Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat, memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu. 

Alat-alatan bedah beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga mencatatkan alat-alat bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik daripada bahan lain seperti emas. 

Ini kerana emas tidak cukup panas apabila dipanaskan ataupun terlebih menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas mencair. Antara alat-alat ciptaan Al-Zahrawi ialah:

1.      Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata, hidung, lidah dan telinga
2.      Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing
3.      Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1. (kanser peringkat awal).
4.      Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
5.      Alat untuk pergigian

Dalam Kitab At-Tasrif juga, Al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit. 

Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik penyulingan dan pemejalwapan. 

Beliau juga menjadi orang pertama memperihalkan  secara terperinci mengenai hemofilia.

Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka.  

Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. 

Sumbangan Al-Zahwari ini ternyata amat besar dan mencapah. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. 

Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. 

Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan. Bukan hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma. 

Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung.

Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci pakaian agar sentiasa harum dan segar. 

Kaedah berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk, kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. 

Al-Zahrawi menggunakan minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan. 

Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk bekam secara meluas.



kredit :http://alfarabi23.blogspot.com

1 Ulasan

  1. tokoh islam dulu2 memang hebat..dan sekarang tak ada seorangpun orang islam seperti mereka.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama