Saturday, May 18, 2013

Pin It

0

MUSLIM DI JEPUN 100,000 ORANG !

  • Saturday, May 18, 2013
  • Rahman Hatim
  • Share

  • Jumlah Muslim di Jepun mencapai 100 ribu orang, dan mereka mempunyai 40 masjid untuk menunaikan ibadah dan tempat-tempat aktiviti keagamaan mereka di sana.

    Dengan jumlah penduduk mencapai 128 juta, Jepun merupakan negara yang kesepuluh dengan jumlah keseluruhan populasi terbanyak di dunia. Tokyo, bandar ini menampung sekitar 35 juta orang yang merupakan bandar dengan penduduk terbesar dan dengan kos hidup termahal di dunia.

    Meski Islam memasuki wilayah Asia timur pada abad pertama Hijrah, akan tetapi agama Islam masuk ke Jepun pada abad ke-19 Masihi. Sejak tahun 1867, warga Jepun dapat menjalin hubungan dengan negara-negara lain khususnya umat Islam.

    Sekarang ini di Jepun tercatat sekitar 100 ribu Muslim hidup di negara itu yang 90 peratus adalah para pendatang dari Indonesia, Pakistan, Iran dan Bangladesh. Sementara 10 peratus selebihnya adalah warga pribumi.

    Masjid pertama di Jepun adalah masjid Kobe yang dibina tahun 1935. Masjid Tokyo di bangun pada tahun 1938 dan pada tahun 1990 mengalami pengubahsuaian. Masjid mempunyai peranan besar dalam kehidupan umat Muslim Jepun, mengingat masjid telah memudahkan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas agama mereka.

    Lembaga-lembaga Islam di Jepun dibentuk dengan tujuan perluasan kerjasama di antara warga Muslim Jepun dan juga perolehan buku-buku agama dan kebudayaan Islam untuk warga Muslim negara ini.

    Saat ini ada 30 hingga 40 masjid di Jepun. Di negara ini, masjid mempunyai beberapa fungsi, selain untuk solat berjemaah, juga menjadi tempat untuk aktiviti-aktiviti keagamaan, sosial, pertemuan dan bahkan tempat untuk membincangkan ekonomi.

    Perlu disebutkan pula bahawa sekitar 100 tahun lalu, di Jepun hanya ada dua masjid yang kini jumlahnya mencapai 40 bangunan.

    Salah satu halangan utama yang dihadapi warga Muslim Jepun adalah buku-buku fiqh dan hadis yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Selain itu, mengingat Muslim adalah kelompok minoriti, maka kesulitan lain yang juga tak kalah besarnya adalah susahnya mencari produk makanan yang halal.


    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com