Bagaimana Fungsi Dan Flow Dropship Shopee

FLOW DROPSHIP DI SHOPEE





Ramai yang keliru lagi macam mana nak buat jualan dekat shopee, betul?

Kalau tengok gambar ni, dari step pertama ni selepas kedai shopee kita selesai set up tau. Bila ada customer buat order di Kedai Shopee kita. Dan kita akan dapat notification daripada shopee.

Tugas kita, buat tempahan direct kepada supplier dan supplier akan postage barang yang customer order terus kepada customer kita. Simple kan!

Sebagai untuk lebih secure, pihak shopee akan pastikan barang dah sampai kepada pembeli baru lah duit kita akan releasee dan masuk akaun kita.

Walaupunbagaimanapun tahun 2018 merupakan tahun yang paling best bisnes kat shopee ni, sebab tak ada cukai 2%, bermula tahun 2019 cukai diperkenalkan.

Nak pakai teknik ni pun best, sekarang dah hampir separuh negara shopee kuasai, masing-masing negara dah boleh apply sebagai seller di shopee, jadi yang mana nak mula berniaga kat shopee, saya sarangkan bermula dengan barang yang ada disekeliling kita dahulu, jika sudah mencukupi modal untuk growth bisnes anda, boleh terus import dari mana-mana supplier dengan jenama anda sendiri.

Yang mana nak belajar berniaga kat shopee, atau tak tahu teknik yang betul untuk mula niaga kat shopee korang boleh ke sini, klik butang dibawah ini


Saya sarangkan kepada anda yang nak mula, pastikan pilih satu niche dahulu, jangan dicampur adukkan dengan barangan yang lain, contoh:

Anda nak jual pakaian, maka semua barang yang anda nak jual dalam kategori pakaian, begitu la hipotesisnya.

Jangan sesekali campur aduk dengan barang lain, fokus satu niche sahaja, buat sampai jadi, jika niche yang anda pilih tu tidak berhasil, tukar kepada niche yang lain, 2-3 bulan dah boleh nampak hasil jika anda konsisten.

Sekali lagi saya sampaikan kepada anda, ikut pengalaman orang yang dah berjaya, buat step by step, sekian dari saya.

Semoga maju jaya dalam perniagaan..






Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama