Dalam kehidupan seharian , kita seringkali dipertemukan dengan pelbagai dugaan, cabaran, dan cemuhan, kadangkala ada juga hinaan serta bala bencana yang menimpa. Tahukah Anda? Bersedekah itu boleh menghalang bencana dan bala… dan sedekah itu juga, berupaya memadamkan api neraka.
Ia turut memuatkan kisah tentang seorang manusia biasa yang merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia, menyumbangkan lebih 400 Juta untuk pembangunan insan di sekelilingnya sebagai sedekah.
Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja.
Sedekah bukan untuk kekayaan sahaja.
Bersedekah mempunyai makna yang begitu luas, hinggakan tersenyum pun dianggap bersedekah, menolong orang yang di dalam kesusahan dianggap bersedekah, meringankan bebanan orang dianggap bersedekah, menanam pokok dengan niat agar buahnya dimakan oleh burung juga dianggap bersedekah.
Ketahuilah apa lagi makna bersedekah yang sebenar dan jadilah orang yang rajin bersedekah menerusi panduan ini. Ketahuilah selok-belok bersedekah, kerana tidak semua sedekah diterima Allah.
Antara isi kandungan panduan ini ialah:
- Pengertian Bersedekah
- Sedekah Wajib dan Sunat
- Luasnya Makna Bersedekah
- Bersedekah Adalah Dinding Dari Api Neraka
- Tujuh Golongan Manusia yang Dinaungi di Akhirat
- Istimewanya Orang Bersedekah
- Azab Bagi Peminta Sedekah
- Hamba Allah yang Paling Baik
- Bersedekah Menambah Rezeki dan Keberkatan
- Sedekah Tidak Mengurangi Harta
- Pahala Orang Bersedekah Sampai Bila-Bila
- Sedekah Yang Tidak Diterima
- Satu Pintu di Syurga Bagi Orang Bersedekah
- Sedekah Yang Paling Afdhal
- Allah Menyusutkan Harta Riba’ dan Memberkati Sedekah
- Setiap Sedekah Akan Diganti
- Sedekah Menghubungkan Silaturrahim
- Balasan Bagi Orang Munafik yang Mencela Orang Besedekah
- Bersedekahlah, Walaupun Dengan Sebiji Kurma
- Sedekah Orang Melayu Terkaya di Malaysia
- Jangan Takut Miskin
- Sedekah Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat
- Kisah Orang Berhenti Mencuri Kerana Sedekah
- Sedekah Dapat Menghapuskan Kesalahan
- Sedekah Menyucikan Hati
- Sedekah Digandakan 700 kali ganda
- Bersedekah Menolak Bala
- Amalan yang Melebihi Pahala Bersedekah
- Ubat Penyakit Dengan Bersedekah
- Kehebatan Sedekah di Bulan Ramadhan
- Balasan Bagi Orang yang Kedekut/Kikir
- Orang Kaya Yang Banyak Berderma
Tekan butang berwarna kuning di bawah untuk memuat turun ebook ini Secara PERCUMA!
BalasPadamشركة تسليك مجارى بالقطيف
شركة تسليك مجارى بالدمام
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف منازل بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالدمام
Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Kaki terasa seperti terkena renjatan elektrik, Di hidung terasa seperti di Cucuk Jarum, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda Panas yang begerak-gerak, dibahagian Belakang Kepala Terasa berat - Sakit. Di sebelah Malam tidur saya diganggu, saya hanya dapat tidur 2 jam setiap hari. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya- Lemal
BalasPadamAllahallahsatu@gmail.com
Assalam saudara,saudara skrg tinggal dimana?saya punya abg ipar,yang inshallah boleh membantu.
Padam