Wednesday, April 13, 2016

0

ZUHUD: TANDA BIJAKSANA

  • Wednesday, April 13, 2016
  • Rahman Hatim
  • ZUHUD: TANDA BIJAKSANA

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda,

    “Alangkah bertuahnya manusia di dunia ini apabila Allah menurunkan nikmat dan Allah melancarkan lidahnya untuk berkata-kata, Allah memperlihatkan kepadanya keaiban dunia serta penyakit yang disebabkan olehnya, juga penawarnya dan Allah membawanya keluar dari dunia ini dengan kedaan selamat menuju akhirat.”

    Berdasarkan hadis di atas, nikmat yang disebutkan merujuk kepada nikmat kebijaksanaan yang dikurniakan Allah kepada manusia. Kebijaksanaan di sini berpunca daripada hati dan ia berkait rapat dengan sikat manusia itu sendiri. Ia juga berkait rapat dengan apa yang ada di muka bumi ini.

    Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Zuhud bermaksud cintakan akhirat lebih daripada cinta kepada dunia. Kita tidak terlalu takub pada dunia dengan membiarkan harta benda, pangkat, darjat dan segala apa yang ada di dunia ini mempengaruhi hidup kita. Zuhud juga bermaksud , kita sedia mengguna dan memperalatkan atau berkongsi harta yang kita miliki dengan orang lain yang lebih memerlukan.




    1

    SALAH SATU SIFAT ORANG YANG MENURUT NAFSU

  • Rahman Hatim


  • SALAH SATU SIFAT ORANG YANG MENURUT NAFSU


    Salah satu sifat orang yang menurut hawa nafsu adalah sifat malas berusaha mencari rezeki dengan cara yang halal. Kebanyakan mereka ini mendapati sangat sukar untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin pendapatan yang diperolehi apabila ia diusahakan dengan cara yang halal, lebih sedikit berbanding usahah yang dilakukan dengna cara yang mungkar. Sebab itu mereka sanggup melakukan pelbagai perkerjaan yang salah yang menjanjikan pulangan yang sangat lumayan seperti mengedar dadah, melacur dan sebagainya. Semuanya dilakukan untuk hidup mewah dengan cara yang cepat tanpa perlu bersusah payah untuk suatu tempoh yang lama.




    Kredit: Buku, Tundukkan Hati, Nik Abdul Aziz Nik mat
    1

    JANGAN IKUT HAWA NAFSU

  • Rahman Hatim

  • JANGAN IKUT HAWA NAFSU

    Rasulullah S.A.W bersabda,

    “Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan.” (H.R at-Tirmidzi)

    Perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam kesesatan. Apabila manusia banyak menurut hawa nafsu, mereka akan terdorong melakukan sesuatu perkara tanpa mengira halal ataupun tidak perbuatan tersebut. Mereka lebih banyak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan mengharamkan apa yang dihalalkan. Bagi ketua keluarga misalnya, mereka akan mencari nafkah untuk menyara keluarga mereka dengan cara yang haram. Mereka akan menggunakan pelbagai cara sama ada dengan tipu muslihat, mencuri, merompak dan sebagainya. Semua ini dilakukan kerana menurut hawa nafsu mereka sendiri yang ingin hiduo bermewah-mewah.




    Kredit: Buku tundukkan hati, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com