JANGAN IKUT HAWA NAFSU

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dalam banyak-banyak perkara yang aku bimbangi berlaku kepada umatku ialah perbuatan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan.” (H.R at-Tirmidzi)

Perbuatan menurut hawa nafsu boleh menyebabkan manusia berada dalam kesesatan. Apabila manusia banyak menurut hawa nafsu, mereka akan terdorong melakukan sesuatu perkara tanpa mengira halal ataupun tidak perbuatan tersebut. 

Mereka lebih banyak menghalalkan apa yang diharamkan oleh Islam dan mengharamkan apa yang dihalalkan. 

Bagi ketua keluarga misalnya, mereka akan mencari nafkah untuk menyara keluarga mereka dengan cara yang haram. Mereka akan menggunakan pelbagai cara sama ada dengan tipu muslihat, mencuri, merompak dan sebagainya. Semua ini dilakukan kerana menurut hawa nafsu mereka sendiri yang ingin hiduo bermewah-mewah.

JANGAN IKUT HAWA NAFSU




Kredit: Buku tundukkan hati, Nik Abdul Aziz Nik Mat


1 Ulasan

Terbaru Lebih lama