Sunday, March 13, 2011

Pin It

0

Haiwan Akan Berkata-kata Pada Akhir Zaman

  • Sunday, March 13, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share
  •  GAMBAR CONTOH



    MAHA suci Allah yang telah menjadikan segala sesuatunya berbicara sesuai dengan yang ia kehendaki.Termasuk salah satu dripada tanda2 kekuasaan-Nya adlah ketika trjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quransurah An-Naml ayat 82:"Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka,kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi(dabul ardh) yang akan mengatakan kepada mereka,bahawa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami"

             Salah seorang musafir(ahli tafsir)Negeri Syam,Abu Fida'Ibnu Kathir Ad-Dimasyqiy mengulas tentang ayat di atas berkata"Haiwan ini akan keluar pada akhir zaman ketika umat manusia telah rosak dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah,dan ketika mereka telah mula menggantikan(panduan)agama Allah(menurut hawa nafsu).Maka ketika itu Allah akan keluarkan kpada mereka haiwan bumi(Dab al-Ardh).Khabrnya,datang dari arah Makkah.Haiwan ini akan berbicara dengan manusia...."[Rujuk Tafsir Ibnu Katsir(3/498)]

            Haiwan aneh yang bleh berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan datangnya kiamat,berkemungkinan dalam waktu yang terdekat...

            Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya tidak akan berlaku hari kiamat,sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10 tanda2 kiamat:

    1.Gempa bumi di Timur
    2.Gempa bumi di Barat
    3.Gempa bumi di Jazirah Arab
    4.Asap
    5.Dajjal
    6.Turun Kembali Nabi Isa ke bumi
    7.Haiwan bumi(Dabul Ardh)
    8.Ya'juj dan Ma'juj
    9.Terbitnya matahri dari arah barat
    10.Api yang keluar dari jurang Aden,akan mengiring
    manusia"

    [Riwayat Msulim dalam sohihnya (2901),Abu Dawud dalam sunannya (4311),al-Tirmidzi dalam sunannya (2183) dan Ibnu Majah dalam sunannya (4041) ]

    Dari Ibnu Abbas :bahawa maksud"Menyatakan kepada mereka"mengeluarkan mareka yakni tertulis pada dahi orang kafir akan tulisan"KAFIR"dan di dahi org beriman bertulis "MUKMIN",binatang itu mengajak mereka berbicara dan mengeluarkan mereka.

    Ibnu Majah meriwayat hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :"Binatang bumi itu akan keluar dengan membawa Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman,maka ia akan mencap(menanda)pada hidung org kafir dengan tongkat dan akan membuat terang wajah org mukmin dengan cincin,sehingga dengan demikian apabila telah berkumpul beberapa org yg makan di suatu meja hidangan,maka salah seorang dari mereka akan berkata(kerana telah jelas tanda siapkan mukmin dan kafir):"Makanlah ini wahai org mukmin dan makanlah wahai org kafir."[Riwayat Abu Daud Al-Thayalisi,Ahmad dan Ibnu Majah.Semua riwayat bersumberkan dari Hammad bin Salamah dari Abu Hurairah]

    Jadi inilah ia binatang Allah,salah satu dari tanda kiamat kubra(besar).Abdullah bin Amru bin Ash


    nInilah kota Makkah,bersebelahanya terletak Safa dan Marwah,yg mana menurut hadis bahawa binatang yg bleh bercakap itu akan muncul di sini.Dari Abi al-Tufail bahawa ia berkata:"Binatang tersebut(yang boleh berkata-kata)akan keluar dari Safa dan Marwah." (Riwayat al-Baihaqi)
        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com