Sunday, March 13, 2011

0

Siapakah Kita???

  • Sunday, March 13, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share



  • Siapakah orang yang sombong?
    Orang yg sombong adalah orng yag diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin,Tuhan sekalina alam,Maka bertasbihlah segala yang ada dibumi dan langit pada Tuhan-Nya kecuali jin dan manusia yg sombong diri.

    Siapakah orang yang telah mati hatinya?
    Orang yg tlah mati hatinya adalah org yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Quran,Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

    Siapakah orang dungun kepala otaknya?
    Orang yang dungun kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatanya.

    Siapakah orang yang kuat?
    Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


    Siapkah orang yang lemah?
    Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikitpun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

    Siapakah orang yang bakhil?
    Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas Junjungan Rasulullah s.a.w.

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com