Mari Berpantun...!

MARI BERPANTUN

ya...berjumpa  kita lagi dalam rancangan berbalas pantun.ok kali ini 2 lagi sekolah akan  bertanding utk menunjukkan power masing2.
  Tanpa berlengah lagi,saya memperkenalkan kumpulan yg berada di kanan saya  iaitu dari sekolah SKTFB(sekolah kanak2 tak faham bahasa
  dan di sebelah kiri saya pula dari SKTFS(sekolah kanak2 tak faham  soalan).Tepuk tangaaaaaannn!!!

  ok round pertama,SKTFS akan menjual pantunnya kepada SKTFB.Silakan peserta  pertama.

  peserta pertama SKTFS:"Dengar ye...
  kura-kura dalam perahu
  pisang emas di bawa belayar
  bolehkah saya ingin tahu
  kenapa kura2 dalam perahu?

  Jawapan dari peserta SKTFB:"dengar ye jawapan saya....Sudah gaharu  cendana pula
  Masak pisang di atas peti
  Dengarlah ini jawapan saya
  Perahu itu sapa yg beli?

  ye...itu dia jawapan yg sungguh tepat dari peserta pertama kita.peserta kedua  boleh jual pantunnya

  peserta kedua SKTFS:Gunung daik bercabang tiga
  Buah cempedak di luar pagar
  Pada tuan saya ingin bertanya
  Kenapa gunung daik bercabang tiga?

  Jawapan dari SKTFB:"Buai lajulah laju
  Sampai pohon sena
  meh ler dengar jawapanku
  rumah awak ada buah cempedak ke?

  nampaknya jawapan makin memberansangkan dari peserta2 tak faham  bahasa.Berikan tepukan gemuruh.ok peserta terakhir boleh menjual pantunnya.

  peserta ketiga SKTFS:"ambil galah tolong jolokkan
  paku dulang paku serpih
  saya di sini inginkan jawapan
  kenapa dulang ada paku?

  jawapan dari peserta SKTFB:"KAlau ada jarum yg patah
  jangan di simpan dalam peti
  kenapa awak nak ambil galah
  semua pokok belum berbuah lagi!

  ye...itu dia peserta hebat kita.Ok round pertama sudah habis.Masuklah round  kedua iaitu round terakhir.Kali ini peserta dari SKTFB menjual pantunnya

  peserta pertama SKTFB:"Burung terkukur hinggap di pokok
  burung merpati hinggap di kepala
  kepada saudara saya ingin bertanya
  kat rumah awak ada bela burung tak?

  Jawapan dari peserta SKTFS:"anak kucing mengiau manja
  mengiau manja tandanya lapar
  Dengarlah ini jawapan dari saya
  semalam saya baru beli selipar

  ye..begitulah jawapan yg diberikan.nampaknya permainan semakin sengit.Ok tiba  giliran peserta kedua

  Peserta kedua SKTFB:"Air tenang jangan tak disangka
  Ada naga duduk berendam
  saya ni teringinlah nak tahu
  nenek awak sapa nama?

  jawapan peserta SKTFS:"duduk menyimpuh si ibu tua
  menunggu anak tak pulang2
  kepada saudara yg tlh bertanya
  saya tak suka kucing belang

  tepuk tangan!tepuk tangan...ok giliran perserta terakhir menjual pantunnya

  peserta ketiga SKTFB:"anak pak kadak rajin membaca
  anak pak kaduk rajin berdengkur
  dengarlah ini saya punya soalan
  lauk apa jadi kesukaan awak?

  jawapan peserta SKTFS:"sila dengar...Tuai padi antara masak
  Esok jangan layu-layuan
  Saya beri jawapan pada awak
  Saya tak suka tengok cerita hindustan

  ye..begitulah tadi acara berbalas pantun dari 2 buah sekolah yg sebenarnya  tak diundang.
  Baiklah keputusan sudah ada di tangan saya.Maka dgn ini pemenang acara  berbalas pantun peringkat sekolah pondok telah
  dimenangi oleh....eh saya ke?..haah lah saya menang...yeeeeh.....ye  pemenangnya adalah saya sebabgai pengacara terbaik
  acara berpantun yeehhh....ambil hadiah sendiri!

  sekian,terima kasih 


 HAHAHAH,sudah terkena....

2 Ulasan

Terbaru Lebih lama