Bahagian Tubuh Disukai Pasangan (Untuk Lelaki Sahaja,Perempuan Dilarang Bukak))





















Manakah bahagian tubuh korang yang paling disukai pasangan korang? Dan jika korang pompuan dan sengaja masuk sini walaupun di larang tujuh puluh juta kali, manakah bahagian tubuh pasangan yang paling disukai?

Ada seorang psikologis sekaligus seksologis Amerika yang baru-baru ini menyatakan pendapat yang menarik. Lou Paget, nama pakar itu, mengatakan kecenderungan seorang perempuan menyukai bagian tubuh tertentu dari pasangannya menggambarkan keperibadiannya. Walau Paget belum tahu secara pasti apa hubungan antara menyukai bagian tubuh tertentu dengan keperibadian serta kecenderungan para perempuan pesakitnya dalam menjalin hubungan. Bagaimanakah  keperibadian dan kecenderungan pasangan korang?

Dada dan Perut

Menurut Paget perempuan yang menyukai bahagian dada dan perut pasangannya cenderung memiliki ciri-ciri keperibadian yang positif seperti keyakinan diri yang teguh dan memiliki kemampuan yang  kuat untuk mencapai sesuatu. Kerana itu, mereka yang termasuk dalam kategori ini biasanya meraih kejayaan dalam pekerjaannya. Kerana sifat kecenderungan ini untuk mencapai apa yang terbaik , perempuan "penggemar" perut dan dada pasangannya ini biasanya tak bisa tinggal diam di rumah dan selalu aktif mencari kegiatan yang boleh membuatkannya merasa dihargai.

Kaki dan Paha

Perempuan yang menyukai kaki dan paha pasangannya cenderung memiliki sifat tenang dan egois.Perempuan kategori ini menurut Paget, umumnya yakin dengan penampilan mereka. Artinya mereka tak peduli dengan penampilan diri , walaupun comot ataupun rambutnya kusut masai dan sebagainya, kerana mereka  tetap berasa menarik dalam keadaan apapun. Umumnya perempuan jenis ini juga sukar menerima pendapat orang lain.

Punggung

Sifat positif dari perempuan yang menyukai bahagian punggung pasangan lelakinya adalah sifat berterus-terang.Perempuan jenis ini menurut Paget, juga cenderung berbicara secara direct dan jarang sekali memiliki sifat pemalu. Mereka secara tegas boleh menolak permintaan seseorang apabila mereka memang tidak ingin melakukanya. Para perempuan dari kelompok ini sering dicap sombong oleh orang-orang yang tak mengenalnya dengan baik, kerana ketegasannya tersebut.

Tangan

Boleh dikatakan bahawa perempuan yang menyukai tangan pasangannya adalah kelompok yang paling feminim dari semua "kategori keperibadian" yang dicetuskan Paget. Para perempuan kelompok ini cenderung mengharapkan pasangannya  melindungi mereka, baik secara fiszikal maupun emosional.

4 Ulasan

Terbaru Lebih lama