Saturday, October 15, 2011

Pin It

0

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

  • Saturday, October 15, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share

  • Assalamualaikum dan apa khabar semua,harap2 sihat la ye,ok,hari aku nak kongsi untuk korang semua tentang perkara yang boleh menyebabkan otak kita rosak,jadi,korang boleh baca perkara tersebut dibawah :

    1.Tidak mengambil sarapan pagi.Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada badan. Tidak mengambil sarapan  pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak.Banyak sel-sel otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

    2.Terlebih makan.Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik.Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan,menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak.Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

    3.Merokok.Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak.

    4.Mengambil Gula Berlebihan.Gula yang berlebihan dalam badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi.Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

    5.Menghidu Udara Yang Tercemar.Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak.Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

    6.Tidur Yang Berlebihan.Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita.Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

    7.Tidur Dengan Menutup Muka.Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas.Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

    8.Kurang Berimaginasi.Berifkir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita.Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

    9.Jarang Berfikir.Janrang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka,selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

    10.Tidak Membaca Al-Quran.Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t.Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.



    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com