Saturday, September 3, 2011

Pin It

0

Mesti Tonton: Smurfs 3D

  • Saturday, September 3, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share
  • FILEM: The Smurfs (2011) PENGARAH: Raja Gosnell PELAKON: Hank Azaria (Gargamel), Neil Patrick Harris (Patrick Winslow), Jayma Mays (Grace Winslow), Sofia Vergara (Odile) dan Tim Gunn (Henri). SUARA LATAR: Anton Yelchin (Clumsy), Jonathan Winters (Papa), Katy Perry (Smurfette), Alan Cumming (Gutsy), Fred Armisen (Brainy) dan George Lopez (Grouchy). TAYANGAN: 1 September 2011

    yg aq tngah fikirkan sekarang ni,dia ckap tayangan 1 sep 2011,tpi aq dah ada cite sblum 1 september lgi....
    pelik btul la...
    x kisahlah,korang baca je apa yg aq COPY kat bawah nih....

    MAKHLUK kecil biru comel, Smurfs, yang pernah mendominasi kaca TV sekitar 80-an kembali semula apabila diangkat ke layar lebar.

    Menariknya versi layar perak ini memperlihatkan mereka menempuh pelbagai pengalaman baru apabila memasuki gua larangan hingga sampai ke Central Park, New York.

    Tidak jauh lari daripada kisah asal, penduduk di perkampungan yang mendiami rumah cendawan itu masih diancam tukang sihir jahat bernama Gargamel lakonan Hank Azaria bersama kucing peliharaannya, Azrael.

    Cuma kali ini si botak itu tidak memakan makhluk terbabit sebaliknya memburu Smurfs untuk mendapatkan pati yang menguatkan lagi sihirnya.

    Pencariannya itu tidak pernah bernoktah, sekali gus memaksanya berusaha hingga ke New York untuk mendapatkan apa yang dihajati.

    Seperti Gargamel yang kali ini ditonjolkan punya sisi humor berbanding perwatakan di kaca TV dulu, magis masih mendominasi versi terbaru ini.

    Bagaimanapun, Papa tidak dapat menggunakan kuasanya disebabkan ketiadaan buku mantera.

    Kisah bermula apabila semua smurfs bertempiaran lari daripada desa mereka sebaik Gargamel tiba hingga enam daripada mereka iaitu Papa (Jonathan Winters), Clumsy (Anton Yelchin), Smurfette (Katy Perry), Gutsy (Alan Cumming), Brainy (Fred Armisen) dan Grouchy (George Lopez) tersesat ke dalam lubang ajaib.

    Pada babak terawal ditonjolkan desa indah smurfs yang penuh bunga-bungaan, rumah kecil cendawan serta aturan hidup mereka yang dipenuhi kegembiraan - memetik smurfberries, menyanyi dan menari - malah bersama imej 3D, paparan di skrin cukup cantik dan hidup.

    Berbalik kepada perjalanan kumpulan yang tersesat ke dalam dunia manusia itu, mereka bertemu dengan teman baru iaitu suami isteri, Patrick dan Grace Winslow lakonan Neil Patrick Harris serta Jayma Mays.

    Mereka dibenarkan tinggal di pangsapuri pasangan yang menantikan kelahiran cahaya mata sulung itu dan sebagai ketua, Papa meminta bantuan Patrick untuk mencari teropong untuk menunggu detik bulan berubah menjadi biru serentak terbukanya laluan ke desa smurfs.

    Dunia asing membuatkan kumpulan berkenaan tidak sabar kembali menemui rakan lain tetapi ancaman Gargamel selain kesibukan Patrick dengan iklan untuk kosmetik baru hampir membuatkan misi mereka hampir musnah.

    Barangkali jika menyusuri perjalanan kisah The Smurfs dari awal, penonton akan membandingkannya dengan Enchanted, juga sebuah karya yang diadaptasi daripada buku cerita namun The Smurfs masih punya tarikan tersendiri.

    Apa pun dalam keghairahan memberi tumpuan terhadap karektor makhluk comel, pengarah tidak melupakan elemen drama membabitkan Patrick dan Grace yang sebenarnya punya masalah tersendiri terutama berkaitan kehadiran orang baru serta tuntutan kerjaya.

    Apatah lagi dek mengejar masa untuk menyiapkan iklan mengikut kehendak bos yang cengil, si Clumsy yang sememangnya cemerkap sudah tertekan salah fail dan menimbulkan kemarahan Patrick apabila hampir semua papan iklan digital di New York tampil bersama iklan bulan biru yang sepatutnya berwarna cerah.

    Paling menjadi tumpuan sudah pasti karakter setiap satu smurf yang cukup mencuit hati terutama Smurfette yang juga satu-satunya smurf perempuan apatah lagi suara latar dibawakan penyanyi popular, Katy Perry.

    Watak Clumsy yang cukup sesuai dengan sikapnya yang serba tak kena turut menggelikan hati kerana ada saja kesilapan dilakukan malah tragedi termasuk ke gua larangan juga disebabkan kecuaiannya tetapi akhirnya si kecil yang selalu ditinggalkan itu bertindak sebagai hero.

    Biar apa pun tanggapan penonton, The Smurfs sememangnya cukup mengujakan semua golongan termasuk kanak-kanak dek perwatakan serta sifat mereka yang begitu comel di pandangan mata.

    Bagi mereka yang membesar dengan kartun ini - sudah tentu kini masing-masing berusia 20-an ke atas - ia bagai mengingatkan kembali kepada memori zaman kecil yang tentu saja menyimpan 1001 macam pengalaman manis.

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com