Friday, August 26, 2011

Pin It

0

Bersabung Nyawa Balik Raya

  • Friday, August 26, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share
  • PELABUHAN KLANG – “Saya bayar tambang bot semahal RM850 dan meredah lautan semata-mata mahu pulang beraya bersama anak-anak yang amat saya rindui.”  Itu luahan seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 38, selepas ditahan Maritim Malaysia (APMM) daerah Klang di perairan Sekinchan dekat sini kelmarin.

    Dia merupakan seorang daripada 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan ketika cuba menyeludup keluar dari negara ini menaiki sebuah bot. Menurut Siti, sudah hampir setahun dia yang bekerja sebagai pembantu rumah di Subang dekat sini, tidak pulang beraya bersama anak-anak di Medan, Indonesia. Katanya, meskipun menyedari tindakan tersebut menyalahi undang-undang dan berbahaya, dia tiada pilihan lain selain mempertaruhkan nyawa di lautan untuk pulang beraya di kampung.

    “Saya sebenarnya mahu pulang terus ke Indonesia dan tidak mahu lagi kembali ke sini tetapi belum sempat tiba, bot pula rosak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin. Terdahulu, ketika ditahan, bot yang dinaiki mereka termasuk seorang tekong dan lima wanita berusia di antara 20 hingga 46 tahun terapung di situ sejak tiga hari lalu kerana kerosakan enjin. 


    Bot yang dipenuhi dengan pelbagai barangan untuk dibawa pulang sebagai hadiah sempena Aidilfitri itu juga didapati mengalami kebocoran dan menunggu masa untuk karam tetapi sempat diselamatkan oleh APMM.

    nota kaki : aku naik flight pun x sampai rm200..ini sampai rm850..naik tongkang pulak tu

    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com