Tentang Blog Ini

Assalamualaikum,terima kasih kepada sahabat kerana mengunjungi blog ini,blog ini saya teguhkannya untuk menyebarkan syiar Islam....Mungkin sebelum ini saya ada update post yang mengarut,saya memohon maaf,setiap manusia ada kesilapannya.Jadikan setiap apa yang saya post itu sebagai Iktibar,dan mungkin ada post boleh dijadikan rujukan atau sebagainya.Sekira ada kesilapan pada artikal-artikal yang sebelum dipersilakan untuk menegur,jangan berdiam diri sahaja!








Syair Imam Syafie' Sebelum Beliau Meninggal Dunia Dicatat oleh Mohd Faizzudin bin Ghazali
DIKISAHKAN syair ini ketika Imam Muzani menziarahi Imam Syafie yang sedang ketika itu beliau sedang sakit tenat, yang tidak lama kemudian beliau menghembus nafasnya yang terakhir di tempat Imam Muzani menziarahinya itu.

Sewaktu Imam Muzani bertanyakan khabar mengenai kesihatan Imam Syafie, lantas Imam Syafie terus menangis dan bersyair. Syair ini begitu syahdu dan meruntun hati bagi sesiapa yang mendengar. Sedangkan Imam Syafie seorang imam besar boleh mengeluh dan risau Keadaanya di akhirat nanti, bagaimana pula dengan kita?

Puisi Imam As-Syafi'e

Kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
Kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini


KurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
Dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku


Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar


Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia


3 Ulasan

Terbaru Lebih lama