Cara Solat Sunat Awabin


Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut). Awwabin berasal dari Bahasa Arab yang bererti orang yang sering bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Solat sunat tambahan ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 raka’at dengan sepuluh salam.


Solat Sunat Awwabin dilakukan selepas selesai mendirikan solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib, sebagai amal ibadat sementara menantikan waktu Isyak. Ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur, terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan untuk bersolat jama’ah di masjid.


Para ulama menganjur dilakukan solat sunat enam rakaat sesudah Maghrib agar termasuk dikalangan awwabin. Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT merahmati kita dengan memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan dosa-dosa kita.


Fadhilat Solat Awwabin

Solat Sunat Awwabin ini dapat menjaga dan memelihara keteguhan iman seseorang, di samping menghapuskan dosa dan meraih banyak pahala. Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda; 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً


  “Sesiapa yang melakukan solat enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)


Daripada Ammar bin Yasir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa melakukan solat 6 rakaat setelah Maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan.” (Hadis riwayat at-Tabrani.)


Rasulullah SAW juga bersabda: “Sesiapa solat 20 rakaat setelah Maghrib, maka Allah mambangun rumah di syurga untuknya.”  (Hadis riwayat Abu Harairah dan At- Tirmidzi.)


Doa Sebelum Solat Awwabin

Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:


 


CARA MELAKSANAKANNYA SOLAT-SOLAT SUNAT AWWABIN:


1.  Solat Sunat agar ditetapkan iman dan solat Awwabin


  • Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah pada kedua-dua rakaat surah-surah berikut:


  • Surah al-Qadr    1 kali
  • Surah al-Ikhlas   6 kali
  • Surah al-Falaq   1 kali
  • Surah al-Naas    1 kali

c.  Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia di sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!


d.  Baca lafaz berikut selepas memberi salam:

Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.


2.  Solat Sunat Awwabin


  • Lafaz niat solat sunat Awwabin:

Daku Solat Sunat Awwabin dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.


b.  Selepas membaca Al-Fatihah, bacalah: 


  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas


3.  Solat Sunat solat Awwabin serta Istikharah


Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:

Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



b.  Selepas Al-Fatihah, bacaan surahnya ialah seperti berikut:


  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas


Atau;


  • Rakaat pertama, bacalah Al-Ghasyiah, ayat 68 – 70
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ahzab, ayat 36 – 38)


c.  Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:

Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama