Jemput Rezeki Bukan Kejar Rezeki Berikut Merupakan 7 Cara Untuk Menjemputnya



Rezeki, Haruskah Kita Mengejarnya Atau Menjemputnya?

Kenapa rezeki itu susah untuk dapat? Berikut cara menjemput rezeki dalam kehidupan tak kisah dari segi perniagaan, belajar, dan lain-lain, amalan ini dapat dilakukan agar sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat kaya, agar dapatnya juga secara tidak terduga, tapi yang penting, perbetulkan niat sebelum memulakan sesuatu 😉

Setiap hari, bangun je dari tidur kita selalu memikirkan macam mana nak cari rezeki ,nak tambah rezeki,betul tak sahabat semua?

Siang malam bekerja rezeki tetap tak cukup....Rezeki bukan hanya berlandaskan pada duit sahaja, konsepnya bukan pada 1 bentuk. Kita bangun, bernafas merupakan satu rezeki yang kita sendiri tidak menyedarinya.

Makin dikejar makin dia lari, itulah rezeki..ibarat kita nak tangkap Ayam.. kita mengejar hingga penat tapi tetap tak dapat tangap ayam tu...cuba fikir strategi, apa kata kita letakkan umpan untuk tarik ayam pada tempat sasaran yang kita targetkan..mesti Ayam tu akan datang dengan sendirinya dan kita terus dapat tangkap Ayam tu dengan mudah..

Begitulah juga dengan Rezeki ..jom kita tengok 7 KUNCI UNTUK MENJEMPUT REZEKI..

1. BERSYUKUR

  • Sentiasa ucapkan syukur atas segala nikmat serta rezeki yang Allah beri. Walaupun sekecil2 nikmat. Ucapkan syukur. Inshallah Allah akan beri lebih lagi dikemudian hari.

2. ISTIGHFAR

  • Sentiasa memohon keampunan kepada Allah.

3. SELAWAT KE ATAS NABI

  • Perbanyakkan selawat serta baca kembali kisah-kisah nabi.

4. ASMA UL HUSNA

  • Allah suka kita selalu memuji-Nya.

5. AL- FATIHAH

  • Al-Fatihah ini IBU segala DOA. Hafal dan fahami maksud setiap ayat. Inshallah solat pun lebih kusyuk.

6. SOLAT DHUHA

  • Solat dhuha diibaratkan kita sedekahkan seluruh sendi kita kepada Allah. Buat 2,4,8 atau 12rakaat.

Rakaat 1 alfatihah & as-syams
Rakaat 2 alfatihah & ad-dhuha

7. SOLAT TAHAJJUD

  • Kita bangun pada 1/3 malam.cerita dengan Allah segala perancangan kita atau masalah yg kita lalui..minta Allah mudahkan dan bantu kita atasi semuanya..Allah maha Kaya jangan miskin untuk meminta..

Anda sudah tahu bagaimana nak cara menjemput Rezeki ni kan..Jom kita amalkan..moga Rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatan dan keredaan dari Allah S.W.T..

Sekadar perkongsian..selamat berjaya dan beramal..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama