Dilaknat Kerana Arak Berikut Merupakan 10 Golongan Yang Dilaknat

Dilaknat Kerana Arak Berikut Merupakan 10 Golongan Yang Dilaknat

Kisah arak telah wujud pada zaman Nabi S.A.W lagi. Pada Zaman Arab Jahiliyyah, arak ialah hidangan biasa bagi orang Arab. Erti kata lain, asalnya arak tidak haram sehinggalah diceritakan Al-Quran mengenai pengharaman arak dalam Surah Al-Baqarah ayat 219, maksudnya :


" Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."


Selepas ayat ini diturunkan, masyarakat Arab Jahiliyyah masih lagi kerap menjadikan arak sebagai hidangan. Kemudian, Allah SWT turunkan ayat yang kedua berkaitan arak untuk menjauhkan arak.


"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah kamu pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja-hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."

- Surah An-Nisaa' : 43


Ayat yang pertama di atas menunjukkan kenyataan bahawa arak itu terdapat di dalamnya keburukan atau dosa besar yang dilakukan walaupun ada manfaat, tetapi manfaatnya hanyalah sedikit berbanding keburukan yang ada di dalamnya. Ayat yang kedua pula, Allah SWT melarang bersolat sekiranya masih dalam keadaan mabuk. Ayat yang kedua ini telah memansuhkan hukum arak yang pada asalnya ada manfaat pada ayat yang pertama tadi.


kemudian, orang arab sudah tidak meminum arak lagi hanya kerana hendak bersolat. Apabila telah selesai bersolat, mereka kembali meminumnya seperti biasa. Akhirnya, Allah SWT telah menurunkan ayat mengenai pengharaman arak.


" Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."

- Surah Al-Maidah : 90


Maka, ayat yang kemudian diturunkan ini telah memansuhkan hukum arak di ayat yang kedua dengan Allah SWT melarang terus manusia meminum arak kerana ia adalah perbuatan keji dan amalan syaitan.


Dan dalam hukuman jenayah syariah, orang yang meminum arak hukumannya adalah sebat tidak kurang dari 40 sebatan dan tidak lebih dari 80 sebatan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib :


"Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”


Kredit : Ma'ar Rahman


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama