Hatinya Tidak Buta

Adik Mohammad Qayyim Nizar Bin Sarimi, 14 tahun daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor, Kelantan telah mencipta sejarah apabila beliau sekali lagi telah dinobatkan sebagai Juara Tilawah Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah diadakan di SMAKL pada 25-26hb Mei 2013 baru-baru ini.
Qayyim adalah satu-satunya peserta yang cacat penglihatan (yang telah menggunakan Qur'an Braille) yang telah sampai ke tahap ini sehingga berjaya mengalahkan johan-johan tilawah daripada semua negeri di seluruh Malaysia.

Qayyim terus mengulangi sejarah kecemerlangan yang telah dicapainya sejak beberapa tahun yang lalu.
Adik Qayyim pernah menjadi Johan Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan pada tahun 2006-2007 dan kemudiannya Johan Tilawah Kebangsaan Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010 dan juga 2011.

Walau pun dilahirkan dengan kecacatan penglihatan, namun kekurangan ini tidak menghalangnya untuk cemerlang dalam pelbagai bidang.
Mohamad Qayyim juga pernah dinobatkan sebagai naib juara program realiti Adik-Adikku anjuran JAKIM dan RTM pada tahun 2010.

Semoga adik Qayyim akan terus membesar menjadi tokoh yang hebat seumpama Abdullah Ibn Makhtum r.a mahu pun seperti tokoh-tokoh ulama silam yang tersohor.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama