Perdana Menteri Republik Turki, Recep Tayyip ErdoÄŸan Menerima Sokongan Kuat Daripada Rakyatnya Biarpun Turkey Berdepan Dengan Demonstrasi/Rusuhan Daripada Sebahagian Penyokong Pembangkang. Lebih 2 Juta Penyokongnya Berhimpun Dalam Perhimpunan Yang Dianjurkan Oleh Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Istanbul.
Perhimpunan tersebut membawa mesej 'Hormatilah Kehendak Rakyat'.
Sebahagian petikan dari ucapan PM Turki:
> Saya mahu katakan kepada Kesatuan Eropah (EU) agar jagalah batas sempadan kamu, adakah kamu memiliki autoriti asal untuk mengambil sebarang keputusan menentang kami? Saya tidak mengiktiraf dengan keputusan-keputusan EU kerana Turki bukanlah negara yang memiliki keanggotaan penuh EU.
> Saya mahu bertanya kepada semua yang berada di Istanbul..jawablah dengan suara yang kuat agar kesemua bandar-bandar di Turki dan dunia mendengar jeritan kamu serta mereka yang merancang mahu merosakkan Turki menggeletar di hadapan kaca televisyen..mereka semua sedang melihat kita.
Erdogan: Adakah kamu semua berdiri teguh di sebalik demokrasi?
Orang ramai: Yaa.
Erdogan: Adakah kami melaksanakan undang-undang?
Orang ramai: Yaa.
Erdogan: Kamu semua akan pertahankan kehendak rakyat?
Orang ramai: Yaa.
Erdogan: Adakah kamu semua menyokong saya?
Orang ramai: Yaa.
> Kita adalah anak cucu cicit Empayar Seljuk yang mana telah menghimpunkan Timur Tengah di bawah satu panji..kita juga adalah anak cucu cicit Empayar Uthmaniyyah yang telah menghimpunkan 3 benua di bawah satu panji.
> Erdogan menceritakan, salah seorang ahli parlimen pembangkang mewakili Parti Rakyat Republik (CHP) telah berkata kepadanya, "permasalahan kami bukannya di Dataran Taksim tetapi dengan kerajaan," Lalu Saya (Erdogan) berkata kepada mereka, "sesiapa yang mahu menjatuhkan kerajaanku dia mesti bekerja keras untuk memenangi pilihanraya parlimen akan datang dan bentuklah kerajaan."
> Dalam ucapan, Erdogan menuduh ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang CHP menyokong dalang di sebalik kejadian yang berlaku (demonstrasi Dataran Taksim). Beliau menegaskan, ini adalah cara mereka (politik/dasar) kerana mereka telah gagal dalam peti undi.
> Erdogan menjawab kepada pihak-pihak yang menyangka bahawa apa yang berlaku di Turki sekarang ini adalah kesinambungan dari 'Arab Spring', "kamu semua sewajarnya mesti tahu bahawa Turkey Spring telah bermula pada tahun 2002 tetapi kamu tidak mengendahkan ia, padahal kamu ada mata, namun kamu tidak melihat.'
> "Hari ini tidak ada sesiapa pun dari ratusan ribu yang telah datang berhimpun membawa molotov (bom petrol) atau teringin membuat kerosakan dan membakar," ujar Erdogan.
> Wahai siaran-siaran berita antarabangsa; BBC, CNN, dan REUTERS..sembunyikanlah gambar ini dan sembunyikan pemandangan ini..pada beberapa hari yang lalu, kamu telah menyiarkan rakaman-rakaman dan berita yang mengelirukan tentang Turki. Jika kamu semua mahu mengambil gambar tentang Turki, datanglah ke sini yang menampilkan pemandangan sebenar Turki.
> Turki bukanlah sebuah taman seumpama Dataran Taksim dan rakaman gambar yang disiarkan oleh 'orang yang berat sebelah' tidak menggambarkan kedudukan sebenar Turki..pemandangan yang kamu semua lihat hari ini adalah Turki yang sebenar.