Pesanan Ummu Muhammad (Isteri As-Syahid Dr Aziz Rantisi), apa yang ingin puan katakan kepada muslimat Palestin yang sedang menunggu giliran syahidnya suami, bapa dan anak-anak mereka?
Saudari-saudariku yang dikasihi, sesungguhnya peranan wanita bukan sekadar yang kamu sumbangkan sekarang sahaja, bahkan peranan kita adalah bersama suami dan anak-anak kita dan Rasul s.a.w yang telah bersabda:
"Setiap kamu adalah ketua, dan setiap ketua pasti akan dipertanggungjawabkan ke atas orang bawahannya"
Dan kita sebagai wanita adalah dipertanggungjawabkan di rumah dan bersama-sama dalam perjuangan suami kita dan kita akan dipersoalkan apa yang telah kita lakukan untuk mereka (suami dan anak2)?
Sesungguhnya telah dilihatkan kepada kita contoh terbaik di lembaran-lembaran terdahulu, maka peranan kita setelah syahidnya suami ataupun anak kita, ialah menyempurnakan peranan kita dalam kehidupan mereka.
Semoga Allah menetapkan pendirian dan menjaga serta menghimpunkan kita bersama-sama di syurga kelak!
Kredit: Aiman Khairul Azzam
isteri2 mereka adalah pencetus semangat mereka sebenarnya...
BalasPadam@puteraduyong
BalasPadamyup,btul tuh...