Hanya Sebab Dia Dilahirkan Didalam Keluarga Muslim-sunni!!



Hanya Sebab Dia Dilahirkan Didalam Keluarga Muslim-sunni!!, ini yang dilakukan Syiah padanya, tak kiralah dewasa, tua, kanak-kanak, mahupun bayi.

Mereka tetap menzalimi dan mendera tanpa belas kasihan dan hati perut!! Syiah mengelar bayi ini!

Syiah, mungkin saat kamu mengelar, dia diam seribu bahasa, atau dia cuma menangis tanpa merayu kamu menghentikan sikap tidak berperikemanusiaan kamu! TAPI ingatlah! MATI itu PASTI! 

AKHIRAT itu PASTI! Syurga neraka itu pasti! Allah pasti membalas setiap amal kamu walau sebesar zarah!

Kami faham kenapa kamu menyiksa dan menzalimi muslim-sunni di Syria!

TAPI kami tidak faham kenapa kerajaan kita Malaysia masih tidak mahu menghalau keluar duta Syria di Malaysia yang menyokong Bashar Assad??!!

Duta Syria, bashar Assad dan sekutunya sama sahaja!! KELUAR dari negara kami!!

DI MANA BAHAYA SYIAH?

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Bahayanya di mana? Seorang pensyarah di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi, Dr. Ghalib Al-‘Awaji dalam kitabnya Al-Firaq Al-Mu’aasarah, apabila membicarakan tentang Syiah, dia kata, bahaya Syiah ini boleh terangkum dalam tiga aspek;

Bahaya pertama: Taqiyyah.

Apa ertinya taqiyyah? Taqiyyah maknanya berbohong. Berkata dusta dibolehkan dalam ajaran Syiah. Bahkan sehingga digalakkan. Bahkan dalam kitab Al-Kaafi, Al-Kulaini (tokoh Syiah) meriwayatkan dari Ja’far Al-Sadiq,

التقية من ديني ودين آبائي ولا إيمان لمن لا تقية له

“Taqiyah adalah sebahagian dari agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak ada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah.”

Al-Kulaini juga meriwayatkan dari Abdullah bin Ja’far,

إن تسعة أعشار الدين في التقية , ولا دين لمن لا تقية له

“Sesungguhnya sembilan persepuluh (90%) agama adalah taqiyyah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak melakukan taqiyyah.” (Ushul Al-Kaafi, Biharul Anwar, dan Wasail Syiah)

Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak berdusta. Dianjurkan berdusta dalam ajaran Syiah. Ini kerana muslihat mereka, ajaran-ajaran mereka memang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, apatah lagi akal yang dipimpin oleh wahyu Al-Quran dan Sunnah. Mereka perlu kepada taqiyyah (berdusta).

Maka jangan terkejut kalau kita tanya orang Syiah, “Adakah engkau Syiah?” Dia akan jawab bahawa dia Sunni (Ahli Sunnah). Jangan terkejut. Bohong orang Syiah ini macam selawat, macam zikir bagi mereka. Bahkan mereka menganggap dapat pahala dengan bertaqiyyah.

Bahaya kedua: Menzahirkan kecintaan kepada Ahlul Bait.

Ini juga ramai orang-orang Sunnah terpedaya. Kita kadang-kadang sebagai manusia, apatah lagi sebagai orang Islam, kita dituntut memiliki sifat-sifat yang baik. 

Antara sifat yang baik adalah jangan berkata buruk tentang orang, jangan sangka buruk. Dan antara sangka buruk adalah dengan kita mengatakan orang ini mengkafirkan orang, orang ini memusuhi orang.

Syiah mengambil kesempatan atas sifat fitrah manusia ini iaitu bersangka baik. Maka mereka menzahirkan kepada masyarakat awam bahawa mereka mencintai Ahlul Bait (keluarga Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam).

Mereka menzahirkan bahawa merekalah orang yang paling cinta kepada Rasulullah, kepada anaknya, kepada menantunya Ali bin Abi Talib, kepada cucu cicitnya. 

Bahkan mereka mengatakan bahawa keluarga Rasulullah telah dirampas hak mereka, keluarga Rasulullah tidak diberikan kedudukan yang sepatutnya, tidak dimuliakan, bahkan mereka telah dihina, dizalimi.

Ini propaganda Syiah. Kita katakan awal-awal supaya jangan jatuh dalam perangkap mereka. Ini muqaddimah sahaja. 

Dia belum lagi tunjuk taringnya, kerana taringnya ada dalam bahaya mereka yang ketiga.

Bahaya ketiga: Kebencian kepada Ahli Sunnah (Sunni).

Siapakah Ahli Sunnah wal Jamaah? Orang Islam adalah Ahli Sunnah. Masyarakat Islam di dunia ini adalah Ahli Sunnah. Orang-orang Syiah sangat benci kepada orang Sunnah.

Bukan kita yang mencari gaduh, bukan kita yang hendak memburuk-burukkan orang Syiah. Bukan kita yang tidak mahu berbaik-baik dengan orang Syiah.

Bahkan kita mengharapkan mereka kembali ke pangkal jalan, tinggalkan ajaran-ajaran dan perbuatan yang menyimpang dari Al-Quran dan Hadis.

Kalau boleh itu yang kita mahu. Tetapi bagaimana dengan orang Syiah? Mereka sangat benci dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. 

Mereka memberi gelaran kepada kita. Kalau kita memanggil diri kita Sunni atau Ahli Sunnah, sebaliknya mereka menamakan kita sebagai ‘Nashibi’. Itu gelaran mereka terhadap kita.

Bagaimana mereka melihat orang Nasibi ini? Kita boleh kembali kepada buku-buku mereka yang menjelaskan tentang kedudukan orang Nasibi di sisi Syiah.

Seorang tokoh Syiah apabila menghukum orang Nasibi, dia ditanya seperti yang tercatat dalam kitab-kitab mereka,

وروى في العلل في الصحيح عن داود بن فرقد قال: قلت لأبي عبد الله ع: ما تقول في قتل الناصب ؟ قال: حلال الدم ولكن اتقى عليك فإن قدرت أن تقلب عليه حائطا أو تغرقه في ماء لكي لا يشهد به عليك فافعل . قلت فما ترى في ماله ؟ قال: أتوه ما قدرت عليه

Diriwayatkan dalam Al-‘Ilal fi Al-Sahih dari Daud bin Farqad, dia berkata, “Aku bertanya kepada Abu Abdillah ‘alaihissalam, Bagaimana pendapatmu tentang membunuh Al-Nasibi (Ahli sunnah)? Dia berkata, “Darahnya halal (boleh dibunuh), tetapi aku khuatirkan keadaanmu dan aku berpesan supaya kamu berhati-hati, maka jika engkau mampu untuk meruntuhkan tembok ke atas mereka atau menenggelamkan mereka ke dalam air, supaya tiada orang yang menyaksikannya, maka lakukanlah.” Aku berkata, “Bagaimana pendapatmu mengenai harta mereka?” Dia berkata: “Ambillah hartanya semampumu.” (Al-Hadaiq An-Nadhirah)

Dianjurkan dalam agama Syiah untuk membunuh Ahli Sunnah, dengan cara meruntuhkan bangunan, atau meruntuhkan rumahnya supaya tidak diketahui siapa yang bunuh, supaya orang menganggap orang itu terkena runtuhan, sedangkan sebenarnya orang Syiah yang meruntuhkan. 

Dan kalau boleh lemaskan dalam air supaya orang tidak tahu. Boleh bunuh tapi jangan bunuh terang-terang.

Imam Syiah, Ayatollah Al-Khomeini (ingat nama ini!!!) tokoh Syiah semasa yang menggerakkan revolusi Iran pada tahun 1979, yang menjatuhkan Raja Iran yang terakhir (Raja Syah Iran), dia mati tahun 1989M. Khomeini ketika memberi komen terhadap kata-kata yang kita bacakan tadi berkata,

وإن استطعت أن تأخذ ماله وترسل إلينا الخمس

“Dan kalau boleh (selepas membunuhnya), engkau ambillah hartanya, dan berikan kepada kami satu perlima.”

Dalam Tahrir Al-Wasilah, Khomeini berkata,

والاقوى إلحاق الناصب بأهل الحرب فى إباحة ما اغتنم منهم و تعلق الخم به ، بل الظاهر جواز أخذ ماله أين وجد و بأي نحو كان ، و وجوب إخراج خمسه 

“Dan pendapat yang kuat mengatakan bahawa Nashibi (Ahli Sunnah) boleh diperangi dalam kehalalan rampasan perang yang diambil dari mereka dengan syarat menyisihkan satu perlima, bahkan jelas kebolehan mengambil hartanya di manapun berada dengan cara apapun serta kewajipan mengeluarkan satu perlimanya.”

Seorang lagi tokoh Syiah, Ni’matullah Al-Jazairi (mati 1700M), dalam kitabnya Al-Anwar Al-Nu’maniyah berkata tentang kedudukan orang-orang Nasibi (yang mereka maksudkan adalah Ahli Sunnah),

(إنهم كفار أنجاس بإجماع علماء الشيعة الإمامية، وإنهم شرّ من اليهود والنصارى، وإن من علامات الناصبي تقديم غير علي عليه في الإمامة) الأنوار النعمانية/206، 207

“Sesungguhnya mereka (Ahli Sunnah) adalah kafir dan najis menurut ijma’ seluruh ulama Syiah Imamiyah, dan sungguh mereka lebih buruk dari Yahudi dan Nasrani, dan sesungguhnya di antara ciri orang Nasibi adalah mendahulukan selain Ali ke atasnya dalam Imamah.” (Al-Anwar Al-Nu’maniyyah)

Bagi Ahli Sunnah, apabila membicarakan kedudukan sahabat, tentu sahaja kita meyakini bahawa sahabat paling mulia adalah Abu Bakar, Omar, Othman, dan kemudian Ali. 

Ali di kedudukan keempat. Kita mengiktiraf Ali, tetapi orang Syiah mengangkat kedudukan Ali melebihi sahabat-sahabat yang lain, bahkan sehingga mengkafirkan sahabat yang lain.

Di sini saya bawakan nukilan yang lebih berat, dari seorang bekas pengikut Syiah zaman ini bernama Dr. Musa Al-Musawi, yang dulunya seorang tokoh di dalam Syiah kemudian dia telah bertaubat, dalam kitabnya Lillahi Tsumma Lit Tarikh (Untuk Allah dan kemudian Untuk Sejarah). 

Dr. Musa Al-Musawi ada kelebihannya iaitu dia dapat berdamping dan bersahabat dengan Al-Khomeini yang menggerakkan revolusi Iran. 

Akhirnya dia berpaling tadah apabila Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke jalan yang benar, kembali kepada Islam (Sunnah). 

Dia membongkar rahsia-rahsia, rancangan-rancangan, matlamat-matlamat yang selama ini disembunyikan oleh orang-orang Syiah.

Dia menukilkan kata-kata Imam Al-Khomeini kepadanya di dalam bukunya Lillahi Tsumma Lit Tarikh, kata Khomeini kepadanya,

سنسفك دماء النواصب ونقتل أبناءهم ونستحيي نساءهم، ولن نترك أحداً منهم يفلت من العقاب، وستكون أموالهم خالصة لشيعة أهل البيت، وسنمحو مكة والمدينة من وجه الأرض لأن هاتين المدينتين صارتا معقل الوهابيين، ولا بد أن تكون كربلاء أرض الله المباركة المقدسة، قبلة للناس في الصلاة وسنحقق بذلك حلم الأئمة عليهم السلام، لقد قامت دولتنا التي جاهدنا سنوات طويلة من أجل إقامتها، وما بقي إلا التنفيذ

“Kita akan tumpahkan darah orang-orang Nasibi, dan kita akan bunuh anak-anak mereka, dan kita akan cabul wanita-wanita mereka, dan kita akan hancurkan Makkah dan Madinah dari muka bumi kerana dua Bandar ini menjadi pusat kepada orang Wahabi, dan kita akan pastikan bahawa Karbala’ (sebuah kota di Iran) menjadi kiblat manusia di dalam solat,….” (Baca di sini: http://shamela.ws/browse.php/book-3952/page-90)

Apa rancangan Ayatollah Al-Khomeini? Mereka hendak hancurkan Makkah dan Madinah. Mungkin ada yang kata ini karut. Hakikatnya mereka telah cuba meletupkan Kaabah sebelum ini.

Rujukan:

3 Ulasan

  1. Astaghfirullah... sangat kasihan dan sadis...

    BalasPadam
  2. Semoga tidak berlaku dinegara kita. Dalam umno ianya tak berlaku

    BalasPadam
  3. TERASA MACAM KENA KE ANAK SENDIRI. PEDIH RASA HATI NI.... YA ALLAH, ENGKAU MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI YANG TERSIRAT DAN TERSURAT...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama