Luasnya Pintu Syurga
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabada: Demi jiwa Muhammad berada ditangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu syurga adalah seperti Makkah dan Hajar (Yaman) atau di anara Makkah dan Busra (Bahrain) .(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Hari ini dengan teknik program google dapat diukur jarak yang tepat diantara Makkah dan Hajar yang berukuran 1,065Km. Mukjizatnya dihari ini yang tidak dilihat dizaman sahabat tetapi terbukti dan dapat diukur dizaman kini iaitu jarak antara Makkah dan Busra juga 1,065Km, Subhanallah. Hanya dengan pengukuran satellite kini dapat membuktikan mukjizat Rasulullah Saw itu. Kenapakah masih ada lagi manusia yang tidak mahu beriman dan menolak kebenaran?
Batu Isra’ Mikraj
Ditengah-tengah Masjid Qubbah Al-Syakhrah (Dome of the Rock), terdapat sebuah batu gunung berukuran kurang lebih 13.8 x 17 meter yang seolah-olah tergantung di udara. Subhanallah. Bukti kebenaran Allah SWT, batu tempat duduk Nabi Muhammad S.a.w di masa beliau melaksanakan isra Mi’raj Sampai kini boleh disaksikan mukjizat peninggalan Rasulullah saw itu.
Air Zam-Zam
Dari bekas kaki Nabi Ismail a.s munculnya air zam-zam di tengah-tengah batuan beku dank eras Kota Makkah khususnya Masjidil Haram. Ianya merupakan satu mukjizat Telaga Zam-Zam sudah berumur hampir 5000 tahun dan tidak pernah kering meskipun digunakan oleh berjuta manusia. Ia memiliki bentuk Kristal yang berbeza dengan air biasa. Yang paling ajaib Kristal air zam-zam boleh bertindak balas pada ucapan kita. Jika kita mengucapkan sesuatu yang elok, dia akan membentuk Kristal yang indah.Hal sebaliknya terjadi jika kita mengucapkan sesuatu yang buruk ketika dibacakan kalimat tasbih dan tahlil, bentuk molekul air zam-zam berubah menjadi laksana intan dan berlian,berkilau-kilau indah sekali. Namun, ketika diucapkan kata-kata yang buruk , seketika molekul air itu berubah bagaikan sel darah merah yang buruk rupanya.
Keistimewaan dan keberkatan itu disebutkan pada hadis Nabi Saw. Sebaik-baik air dimuka bumi ialah air-zam-zam. Air zam-zam merupakan makanan yang mengeyangkan dan penawar bagi penyakit.Air zam-zam ini memang unik. Ia mengandungi elemen sebesar 2000 mg perliter. Biasanya air mineral (carbonated water) tidak akan lebih dari 260 mg perliter Elemen-elemen kimiawi yang terkandung dalam air zam-zam dan tidak sebagaimana air biasa antaranya:-
>Positive ions seperti sodium (250mg perliter), Calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre) dan magnesium (50 mg per litre).
>Negative ions misalnya sulphur (372 mg per liter), bicarbonates (336 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphate (0.25 mg per litre) dan ammonia (6 mg per litre).