Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan

Perkara ini masih hangat diperkatakan,tergerak hati aku nak post pasal benda,artikel ini boleh dirujuk di Harian Metro Online ,bagi yang belum tahu,harap anda semua menonton video ini.






Cakap pasal video,bila aku tengok video nih aku terkejut melihat seorang lelaki tiba-tiba muncul disebalik van putih itu dan menuju kearah pemuda syahid tersebut,dengan mudah ia mengangkat pemuda itu dibawa kearah tempat yang lebih selamat,tanpa rasa takut dan tenang dia mengangkat pemuda tersebut.

Ada yang mengatakan lelaki tersebut malaikat,ada juga yang mengatakan ia manusia biasa,aku tak boleh nak  kata apa-apa tentang lelaki tersebut,kalau dia manusia,aku tabik spring pada lelaki nih,seperti mana yang di petik daripada Harian Metro-Ustz Nik ia mengatakan:


Manusia atau malaikat? Kalau manusia tidak hairan. Kalau malaikat, maka kita melihat dari 3 sudut hukum: hukum adat, hukum akal, hukum syarak. 
Hukum adat atau kebiasaan menunjukkan ia agak pelik kerana adat dan kebiasaannya orang ramai akan gelabah dan kalut ketika pihak keselamatan mengamuk (tak percaya tanya peserta BERSIH). Tetapi lelaki berjubah dan berserban putih itu tenang sahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Datangnya pula dari arah kawasan yang dikuasai tentera.
Hukum akal pula mengatakan tidak mustahil kalau itu adalah malaikat. Yang mustahil pada akal ialah seperti anak lebih dewasa dari bapa.
Kalau lelaki yang mengangkat orang yang ditembak itu adalah malaikat, maka ia bukanlah sesuatu yang mustahil menurut hukum syarak. Maka perkara ini boleh dianggap satu karamah kepada mereka yang syahid kerana diangkat oleh malaikat, atau kemuliaan juga bagi rakyat Syria secara umumnya yang menentang pemerintah yang zalim seperti Basyyar al-Asad itu.

Dalamasa yang sama, perlu diingat dengan ungkapan: ‘Al-Istiqaamatu khairun min alfi karaaamah’ . Istiqamah iaitu tetap dalam prinsip agama, perjuangan, ibadah dan kehidupan menurut Islam sebenarnya lebih baik dari seribu karamah (kemuliaan) yang diberi yang ditunjuk antaranya melalui klip video tersebut.
Moga Allah membantu rakyat Syria yang dizalimi dan menghancurkan kezaliman dan penzalim di seluruh pelusuk bumi ini.

Tersebar pulak berita yang mengatakan Maher al Assad Terbunuh Akibat tertembak. Dia adalah adik dari Basyar al Assad yang menjadi Panglima Militer Rezim Syria serta bertanggungjawab atas terbunuhnya puluhan ribu warga syria hingga sekarang. Boleh dirujuk disini ansharullah.

Jadi ini adalah awal Kemenangan Syria! Laa ‘Izzata illaa bil Islam wal Jihad!!

Video tersebut banyak memberi pengajaran kepada kita dimana bila kita berjihad kejalan Allah pasti Allah akan membantu kita.Sekian,ini saja yang ingin disampaikan,

Wallaahu A’lam Bishowab…



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama