Heligan,Taman Yang Hilang


Heligan,Taman Yang Hilang Muncul Kembali,ia berada dekat Mevagissey di Cornwall, adalah salah satu daripada taman botani yang paling popular di UK.Taman yang dicipta oleh ahli-ahli keluarga Tremayne Cornish,sepanjang tempoh dari pertengahan abad ke-18 sehingga awal abad ke-20 - taman berkembang dan menjadi lebih maju dari setiap generasi yang berlalu.Sepanjang abad ke-19,taman yang semakin maju membesar ini memerlukan kakitangan yang banyak untuk mengurusnya.Sebelum meletusnya Perang Dunia I,estet Tremayne mempunyai 22 tukang kebun.Ramai tukang kebunnya yang setia pergi untuk berperang,dan selepas perang,bilangan mereka telah berkurangan menyebabkan taman-taman itu rosak teruk,sebab tidak ada orang untuk menjaganya.Taman ini telah ditinggalkan dan tidak dijumpai semula sehingga tahun 1990-an.
Taman tersebut telah dicari dan dikaji semula oleh saudara yang jauh daripada keturunan Tremayne,untuk membawa kepada usaha publisiti yang meluas dan untuk membawa taman-taman kembali kepada sediakala semula.Pemulihan Taman Heligan telah dijalankan oleh Tim Smit,arkitek yang sama yang dimana arkitek tersebut pernah mengurus Projek,kompleks rumah hijau terbesar di dunia.berikut adalah gambar2 taman Heligan :





Jika Anda Suka Entri Ini Sila Like Dan Tinggalkan Komen Dibawah

2 Ulasan

  1. Salam;
    ngeri juga kalau jln2 sorang kat taman ni lebih2 lagi waktu senja.!!

    BalasPadam
  2. @yusuflaili
    wsalam,ya btul,sebab bnyak sngt reka bentuk patung yg pelik kat taman nih...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama