Anak Jolie&Brad Pitt Gemar Makan Cengkerik Goreng

Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt




LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka. Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi. Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain. 

“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini. 

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu. 

“Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya. 

Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga. 

“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie. 

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu.


Sapa yg minat angelina joli ngan brad pitt ni kena try tau.. Barulah boleh claim korang peminat setia pasangan ni.

Btw.. Sedap ke cengkerik goreng ni?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama