Penipuan Sejarah Melaka, Tewasnya Melaka Kerana Bangsa Sendiri!!!

Penipuan Sejarah Melaka, Tewasnya Melaka Kerana Bangsa Sendiri



MELAKA...! TUAH...! Nama Yang Cukup Menyentuh Benak Hati Ini sekian Lamanya... Hari Menjelang Hari... Rahsia Semakin Menunjukan Diri... Seolah-olah Ada Sesuatu Petunjuk Yang Diberi... Supaya Kelak Mampu Dijadikan Ia Sebagai Tauladan... Jangan Diulangi ia sebagai satu kealpaan.. Saudara-Saudara ku sekalian... Melaka sejak dahulu kala cukup Terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka... Betapa ketika itu banyaknya bahtera- bahtera yang datang berdagang, sejauh mata yang memandang... 

Yang bermata Sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas Saja datang ke Melaka untuk melihat Keagungan sebuah kerajaan Melayu Islam... Sebut Saja nama Melaka, Di Serata Pelusuk utara selatan timur dan barat pasti mengenalinya... Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan... Aaahh...kalau Mahu Bercerita Keagungan Melaka.

Pasti 1001 lembaran Kertas pun Belum Habis Dikarang... Malah pasti 1001 malam pun belum tentu a Habis Diceritakan.

Maka Syahadan Tersebut ketika itulah Masyhurnya Melaka dengan seorang LAKSAMANA bernama HANG TUAH...TUAH.. JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU.. Itulah nama yang masyhur ke serata Alam, Menjadi Sebutan Segala Isi alam yang Bertandang ke Melaka... 

Dipendekkan cerita dan dengan Takdir yang Maha Esa, Tiadalah kekal lama Empayar Melayu Melaka Islam... Setelah Feringgi (Portugis) datang Dengan Bala tenteranya, Maka punahlah empayar Yang teragung itu... Serangan Demi Serangan Dilakukan... 

Generasi Demi Generasi Dihancurkan... Dihancurkan Mindanya...! Dihancurkan Identitinya...! Dihancurkan Maruahnya.... Yang tinggal hanyalah Sisa-sisa dari Keagungannya... Yang tinggal hanyalah Secebis sejarah Yang Diacuankan Oleh Penjajah Untuk Saudara Sekalian...

Satu Persoalan yang seringkali Generasi Muda lontarkan... Dan kadangkala menjadi Bahan Ketawa Generasi Terkemudian.. Kata mereka... 

"PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM DAN SENAPANG, ORANG MELAKA BERJUANG DENGAN KERIS DAN PEDANG.. BODOH BETUL, MACAM MANA MAU MENANG KALAU BERPERANG...? " 

Tersentak Sanubari dan jiwa Ini Mendengarnya... Betapa Dengan Mudah Generasi-generasi Terkemudian mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Islam Melaka Ketika itu... 

Adakah Saudara Semua Tahu Kenapa Portugis Menyerang Melaka...??? Tahu Apa Yang Terjadi Sebelum Empayar Islam Melaka Tumbang...??? Pernah Dengar Sarjana Barat Kata Apa Terhadap Melaka...?? 

Apa Kaitan Empayar Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah...??? Kajilah Saudara... Janganlah Kita Hanya Tahu Disuap Sahaja... Sebelum Dipecahkan "Kod-kod" Yang Tersembunyi Tersebut... Biar saja Diceritakan perkara yang sebenar kepada Anda Semua... Dengar Dengan sebaiknya Kalam ini...  

MELAKA TIDAK TEWAS KERANA SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI...! YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA 

Kalau Anda Semua Mahu tahu, Angkatan Perang Melaka Tiada Tolok Bandingnya Andai Mahu Dibanding Antara dengan angkatan Portugis itu.Kapal-kapal perang Alfonso Itu hanya sekecil Anak kalau mahu Dibandingkan dengan Bahtera-bahtera Perang milik Angkatan Laut Melaka.

Meriam-meriam Portugis itu hanya Sebesar kelingking andai Mahu dibandingkan Dengan Meriam-meriam yang mengelilingi kubu di Kota Melaka. Itu belum lagi andai mahu diceritakan betapa Hebatnya Pahlawan-pahlawan Melaka yang sering saja didendangkan dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum turun berperang. 

Apalah sangat mahu Dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu. Namun akibat pengkhianatan beberapa orang Melaka sendiri. Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis. 

Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan Kemudian menceritakan segala Strategi Dan kekuatan Melaka...? Siapa Yang naik Ke kapal Alfonso, dan Jemudian Menyerahkan Peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka? Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka Rahsia kelemahan kota Melaka? Siapa Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian Menyerahkan Kunci Pintu Khazanah perpustakaan Diraja Melaka? 

Ya! Ia angkara Pengkhianatan Bangsa sendiri. Ya! Orang Melayu Melaka sendiri Yang menjadi pengkhianat dan Menceritakan segala kekuatan dan Kelemahan Melaka kepada penjajah. Pengkhianatan...!!! Itulah yang menyebabkan Melaka Akhirnya Jatuh ke tangan Portugis.

Bergilir ganti ke tangan Belanda. Berpasung pula ke tangan Inggeris. 500 tahun lamanya. Melaka dijajah dan Musnah Akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!! Itulah Akibatnya Apabila Sesama Bangsa kita bersengketa. Empayar yang Kuat pun hancur dan binasa. 

Apa yang Tinggal hanyalah debu-debu sebuah Cerita, Sekadar menjadi peneman hikayat Tidur malam anak-anak bangsa. Usahlah kita Bersengketa. Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan Bersaudara, Andai bersengketa maka Rosak dan binasa. 

Belajarlah dari Melaka, usahlah Diulangi kesilapan itu lagi. Janganlah jadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri, Tanah Melayu ini warisan nenek moyang kita, di tangan Kitalah ia kan kekal Terpelihara.

Satu lagi yang menjadi persoalan Semua sekian lama... " Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "

Tuah tidak ke mana-mana... Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa. Pantang sekali Pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur. 

Namun Tuah bersedih melihat pengkhianatan bangsanya sendiri! Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana Setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri. Demi taat Dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya. 

Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada sultannya. Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri. Meninggalkan segala kekalutan dan kehancuran duniawi, meneruskan hidupnya secara tersendiri. Mengenal diri dan mencari rabbi.

Kredit: Riwayat Melayu,Sejarah 6


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama