Surat Untuk YB

Assalamualaikum,salam sejahtera,apa khabar semua,hari ini jumaat, 1/4/2011,hehe....
entri semalam sy ada tulis tntang Tunggu 1/4/2011,yg sbenar entri tuh takde apa2,haha,
kisah hari ini pulak, hari nih ada sepucuk surat untuk dihantar kepada YB,entah apa suratnya,cuba kau orang baca....


Kehadapan Dato',

Nama saya Gajuman. seorang engineer yg patah semangat, anak kepada puan jenab dan uncle zek. Bekas perokok sekolah dan calon suami contoh Maal Hijarah.

Dato' mungkin tidak mengenali saya. Saya pun bukan kenal sangat dato'. Tapi Dato' sangat popular dan saya perchaya org popular mesti banyak duit.

Duit yg saya ada sekarang cukup utk bayar duit muka rumah sahaja. Jika saya beli rumah, saya tak dapat kahwin. Jika saya kahwin, saya tak dapat beli rumah. Ini betul² dilema. Mana nak buat dulu? Beli rumah ke beli isteri?

Jika saya beli rumah dulu, nanti Mimi saya bising dah kahwin takde rumah. Jika beli rumah dulu, nanti puan Jenab bising, dah ada rumah tapi kahwin tak lagi. faham tak situasi saya?

Lain la mcm Dato', Dato' kaya.Popular. Hensem. Macho. Boleh mintak tolong sikit tak?

Begini Dato'. Jika saya ingin menambah duit simpanan saya, saya perlu mencari kerja baru. Sekarang semuanya perlu kabel. Jadi saya harap sangat Dato' tolong jolok resume saya dekat mana2 kompeni yg ada bagi sekurang2nya bonus 6 bulan gaji, skim persaraan juta2 dan juga mesin kopi Espresso yg mcm dekat Ikea tu. Barulah datang idea nak memajukan syarikat dan sekaligus memacu ekonomi negara ke arah yg lebih mapan.

Takpun, saya tubuhkan satu kompeni. Kemudian Dato' tolong bagi tender keretapi, kapal selam dan jet pejuang kepada saya. Sori. Projek² buat longkang saya tak main. Kita harus think big. Barulah namanya bumiputera glokal. Saya janji saya takkan sub projek2 terbabit. Sumpah dato' sumpahhhh!!

Bila saya dah kaya, saya akan menghapuskan kemiskinan di Malaysia. Owhh..jap. Tu mungkin susah sikit kut. Ok lah. start di ampang dulu. Hmmm...saya mula dengan famili saya dulu. Oh, tidak! Ini bukan nepotisme... Sebelum memajukan masyarakat, kita harus memajukan famili dulu. Individu membentuk keluarga, keluarga membentuk komuniti dan komuniti membentuk masyarakat. Ini tema Masyarakat Penyayang tahun bila entah saya lupa. Dato' jgn salah faham..

Sebelum saya mengundurkan diri, saya harap dato' mempertimbangkan rayuan kudus saya ini. Saya berjanji saya akan beri sokongan penuh pada Dato'. Walaupon saya tak tahu Dato' org parti mana, apa agenda, saya main sokong ajer.

Terima kaseh.

.........................
(Gajuman bin Zakaria)

Ok. sekarang saya nak hantar surat ni. siapa tahu alamat Shah Rukhan?
Setem 30 sen cukup tak sampai India? kalau pakai jilat nanti dia tanggal tak?

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama