Bacalah Sejenak Artikel Ini, kerana artikel ini adalah sebuah nasihat untuk kita semua.
Wahai Saudaraku Se-Iman Dan Se-Islam..
Hati-hatilah dalam membuang air kecil, kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.
Rasulullah saw menasihati kita.
Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.
Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dengan cara berdiri.
Saya sendiri pernah melihat teman saya yang membuang air kecil dengan cara berdiri, kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,
Lalu saya bertanya kepadanya :
”Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil, dan allah swt melaknat orang yang kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana.
Iya menjawab :
hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi…
Inilah jawaban temanku itu.
Astaghfirullah, Sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.
Air kencing yang terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima allah swt.
”Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).
Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.
Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Sebuah pesan (Nasihat) untuk terkasih. Dari kekasih untuk yang terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah swt..
Walaubagaimanpun berikut merupakan dalil- dalil yang berkaitan dengan isu kencing berdiri dan kisah diatas.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin A’isyah R.anha beliau berkata:
مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلاَ تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلاَّ قَاعِدًاMaksudnya: Sesiapa yang bercerita kepada kalian semua bahawasanya Rasulullah S.A.W itu kencing berdiri maka janganlah kalian mempercayainya. Tidaklah Rasulullah S.A.W itu kencing melainkan dalam keadaan duduk. Riwayat al-Tirmizi (12)
Juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah Ibn al-Yaman R.A beliau berkata:
أَتَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأMaksudnya: Nabi S.A.W mendatangi tempat buangan sampah sebuah kaum, kemudian baginda kencing secara berdiri. Kemudian baginda meminta air lalu aku membawanya dan baginda pun berwudhuk. Riwayat al-Bukhari (224)
Kedua-dua hadis di atas dilihat seakan-akan saling bercanggahan di antara satu sama lain. Akan tetapi, kami menyebut di sini berkenaan cara untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan:
Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bahkan inilah sunnah baginda sendiri.
Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).
Disini juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:
- Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
- Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.
JIKA BERMANFAAT, SILA SEBARKAN WALAUPUN SATU AYAT!
Sabda Rasulullah SAW ;
“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)
Penjelasan Hadis dari: Mufti Wilayah Malaysia