Hukum Letak Iklan di Blog seperti Adsense dan sewaktu dengannya
Salam bahagia dan salam seislam
kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah
memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit
dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan
banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang
dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik
ini.
Sebenarnya, masalah ini dinamakan
kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet.
Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk
menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan
dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan
bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan
yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui
sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah
jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan
mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan
baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah
tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang
mahmudah (baik).
Terlebih dahulu saya berikan maksud
iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya
dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang
memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes
iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh
syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau
laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang
disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang
menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan
perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang,
jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan
perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan
berbayar mengikut pakej yang disediakan.
Menurut pendapat saya, menyertai iklan
perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan
penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah
pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli
yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan
siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat
yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog
yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai
pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani
perjanjian dengan syarikat pengeluar.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau fiat money’ atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.
Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
Setiap ayat di atas mengajak kita
untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui
iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen
pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh,
menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti
contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu
atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan.
Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan
tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat
isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan
duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada
menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu
adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan
di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut.”
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.
Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau fiat money’ atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.
Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :
Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :
” Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan “
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini “
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
” Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini “
” Bantu saya dengan satu klik pada iklan “
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.
Admin – Kredit kepada post oleh Ustaz Amin di sini
oh yaka ? nak tukar lah ayat "klik2" tu...saya tak guna pkataan "klik2" tapi "tolong menolong" ..salah ye ...nak tukar nak tukar
BalasPadampernah guna ayat camtu jugak.. tapi dh kena tegur oleh sorang bro.. jadi dah tukar dah skang.. hehe
BalasPadam@lily damia
BalasPadambtul la,ok2...
@RinsyaRyc
BalasPadamtu la,sy pun baru tahu,nasib baik la saya x tulis cam tuh...