Friday, September 8, 2017

0

LEYNA GUEST/STUDIO HOUSE KOTA BHARU

  • Friday, September 8, 2017
  • Rahman Hatim


  • LEYNA STUDIO/GUEST HOUSE

    Kota Bharu City Centre..( KBCC ).

    RM150 je satu malam, boleh duduk satu family.




    Keistimewaan


    • Lokasi strategik dan selamat
    • Berdekatan dengan Wakaf Che Yeh, Bazaar Tok Guru, Pasar Siti Khadijah
    • Pemandangan menarik
    • Berhadapan Pintu Barat KB Mall ( depan Burger King )
    • DIY Hardware
    • Restoran dan Cafe
    • UTC dan Cybercafe
    • Klinik dan Supermarket
    • Luas dan selesa
    • Penghawa dingin
    • Oven
    • Peralatan Mandi Disediakan
    • Satu katil besar
    • Tambahan tilam, selimut dan bantal
    • Sesuai untuk 2 hingga 4 orang.
    • Kemudahan bancuh teh
    • Kemudahan seterika
    • Percuma Nescafe 3 in 1
    • Kemudahan Dobi di bangunan KB City Centre

    Lokasi strategik

    •  Sebelah KB Mall
    •  2 km drpd Wakaf Che Yeh
    •  13 km drpd Pengkalan Kubor
    •  1 km drpd Pasar Siti Khadijah
    • 800 meter drpd Aeon
    •  4 km drpd Kg Laut
    •  600 meter drpd Bazar Tok Guru
    • 800 meter drpd Stesen Bas Tesco
    • 1 km drpd Istana Balai Besar
    •  700 meter drpd Muzium Kelantan
    •  23 km drpd Pantai Irama
    • 18 km drpd Pantai Nami
    •  24 km drpd Pantai Sri Tujoh






























    Korang Hubungi Je Terus Nombor Owner Ni

    014-513 9867 (Leyna Guest House)

    Wednesday, August 30, 2017

    0

    Kelebihan Puasa Hari Arafah

  • Wednesday, August 30, 2017
  • Rahman Hatim
  • Puasa hari Arafah jatuh pada 9 Dzulhijjah.  Ia disunatkan kepada orang yang tidak menunaikan haji, iaitu bagi bukan jemaah haji.  Antara kelebihan puasa sunat hari `Arafah ialah:

    1)  Diampuni dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.
    Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:

    يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَ الْبَاقِيَة

    “Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
    (HR Muslim)

    2)  Amalan terbaik yang disukai ALLAH Ta`ala kerana ia termasuk dari 10 hari pertama dari bulan Dzulhijjah.

    Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

    مَا مِنْ اَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا اَحَبُّ اِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الْاَيَّامِ, يَعْنِي اَيَّامَ الْعَشْرِ, قَالُوا:  يَا رَسُولَ اللهِ, وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟  قَالَ:  وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ, اِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ

    “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”

    Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

    Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  “Walaupun berjihad di jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”
    (HR al-Bukhari)

    3)  Hari yang paling banyak dibebaskan dari api neraka.
    Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

    مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

    “Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
    (HR Muslim)

    Bagi jemaah haji, mereka tidak disunatkan berpuasa.  Malah disunatkan berbuka sebagai mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dan supaya dia tetapkuat dan gagah untuk memperbanyakkan doa pada hari tersebut.

    Semoga ALLAH Ta`ala memberikan kita hidayah dan taufiq untuk dapat melaksanakan ibadah puasa sunat hari `Arafah dan mengecapi kelebihan-kelebihan daripadanya, amin…


    Rujukan:

    Riyadh as-Solihin, bab keutamaan berpuasa dan berbuat baik pada 10 hari permulaan bulan Dzulhijjah.
    Al-Fiqhu al-Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, bab puasa sunat.

    Kredit: shahmuzir


    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com