Thursday, June 18, 2015

0

Kejar Dunia Untuk Akhirat

  • Thursday, June 18, 2015
  • Rahman Hatim
  • Abu Hurairah Radiallahuanhu meriwayatkan Nabi Muhamad S.AW bersabda,

    "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan untuk mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebgainya , dan dengan tujuan menjaga hubungan dengna jirang tetangga, dia akan bertemu dengan Allah diakhirat kelak dengna wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama."

    Hadis ini disebut dengan tujuan membetulkan fahaman sesetengah umat Islam yang menolak harta dunia, sedangkan tidak semua urusan dunia itu membawa keburukan kepada umat. Jika ianya dilakukan degan cara yang halal dan dengan niat yang betul, pasti usaha seseorang itu akan diberkati oleh Allah S.W.T.

     Jika harta dicari dengna niat supaya mereka tidak perlu meminta-minta dengan sesiapa, Allah S.W.T akan memberkati niatnya itu. Begitu juga jika dia berniat untuk membantu mereka memerlukan, pasti Allah akan meredhai usahanya. Namun jika harta dicari dengan niat untuk bermegah-megah, laknat Allah akan menantinya di akhirat.

     Sesiapa yang mencari dunia, dia akan meninggalkannya dengan hembusan nafas yang terakhir, dengan detik-detik yang menakutkan. Sungguhpun begitu, segala apa yang ada dia atas muka bumi ini adalah hak mutlak Allah S.W.T. Ia bukan hak mutlak manusia. Inya dipinjamkan sementara kepada seluruh umat manusia. Harta adalah amanah Allah kepada manusia. Lantaran itu, ia perlu dikongsikan bersama-sama mereka yang memerlukan.

    Disebabkan ia milik Allah yang mutlak,manusia perlu:

    1.Mencari dengan cara yang halal.

    2.Memasang niat yang baik ketika mencari harta;


    • dengan tujuan supaya tidak meminta-minta daripada orang lain,
    • dengan tujuan untuk menyara keluarga,
    • dengan tujuan membantu mereka menyara keluarga.
    Jika semua kriteria ini diikuti, diakhirat kelak, manusia ini akan menemui Allah dalam kedaan Allah redha kepadannya. Wajah berseri-seri seperti bulan purnama. Ini kerana dia menjaga amanah yang Allah serahkan kepadanya semasa dia hidup di dunia.

    Alhamdulillah sudah sampai dibulan "Ramadan",InsyaAllah,kepada semua umat Islam diseluruh dunia,selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak,Amalkan solat,amalkan sedekah,kejar akhirat,hidup berkat selalu.




    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com