Sunday, March 1, 2015

0

BERGETAR HATI MEMBACA INI

  • Sunday, March 1, 2015
  • Rahman Hatim
  • Kisah anak kecil bersusah payah menjaga solatnya di sebuah hospital


    MENGALIR AIR MATA DR YG MERAKAMKAN GAMBARNYA INI

    Di sebuah hospital di Arab Saudi, seorang Doktor Pakar mengambil gambar ini. "Hatiku begitu terusik melihat pemandangan ini dan aku pun mengambil foto, " kata doktor tersebut.

    Ketika itu bulan Ramadhan , seorang budak lelaki berusia 9 tahun dgn seluruh alat bantuan yg masih dilekat ditubuhnya, bersusah payah menuju Musolla hospital tersebut utk melaksanakan Tarawih..

    Dia berjuang utk berada di saf pertama dan memilih utk berada paling hujung saf supaya peralatan bantuan medicalnya tidak mengganggu jamaah yg lain.

    Doktor itu memberitahu lagi, "Selesai Solat Tarawih, akupun menghampiri kanak2 itu ,bertanyakan keadaannya dan dia menjawab,... "Alhamdulillah saya baik2 saja.."

    "Tadi saya mengambil fotomu ketika engkau solat" kata Dr itu sambil menunjukkan foto di hpnya.. Anak kecil itu tersenyum memandang foto tersebut..

    Kata Dr itu lagi, "Aku akan mengupload foto ini ke internet agar ramai mendoakan utk kesembuhanmu, apa pendapatmu nak..??"

    Jawab anak kecil itu, "Bukan hanya mendoakanku akan tetapi mendoakan seluruh kaum muslimin yg sakit sepertiku.."

    Jawapan anak kecil itu membuat Dr tersebut tidak mampu menahan dirinya utk menangis. Akhirnya Dr itu tersedu sedu menangis seperti anak2 kecil.

    "Sungguh mulia hatinya, bukan sahaja menjaga solatnya tetapi tidak lupa menyuruh mendoakan pesakit lain sepertinya. Bergembiralah kau nak" kata Dr tersebut sambil membelai kepala anak kecil itu.

    Sungguh menggetarkan hati, kusyuknya si anak kecil ini dlm solatnya. Dalam menahan kesakitan yg ditanggungnya, dgn belitan peralatan bantuan ditubuh, dia tidak merungut atau memberi alasan utk tidak bersolat.

    Bagaimana dengan kita..?? Yangg sering mengeluh..?? Semoga kita mampu mengambil pengajaran darinya. Dan marilah kita mendoakan anak kecil ini semoga dia sembuh dan tetap Istiqamah dalam keImanannya, Aamin.


    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com