Tuesday, April 8, 2014

Pin It

0

Contoh Yang Diberikan Oleh Imam Ghazali Rahimullah Mengenai Dunia

  • Tuesday, April 8, 2014
  • Rahman Hatim
  • Share


  • Tentang seorang lelaki yang berjalan di hutan, ketika dia sedang berjalan, dia terlihat ada seekor singa sedang mengejar dia lalu dia berlari ke perigi kemudian dia melompat ke dalam perigi itu lalu dia yang terjatuh, dia sempat untuk memegang pada tali. dan dia menarik nafas lega dan memandang ke atas dia melihat singa yang masih berlegar di atasnya sambil menunggu dia dan dia melihat ke bawah lalu di bawahnya terdapat seekor ular besar dengan mulutnya terbuka menunggu dia jatuh.

    dia hanya bergantung kepada tali dan dalam masa yang sama dia melihat tikus hitam dan satu tikus putih sedang mengigit tali tersebut. di atas adalah singa, di bawahnya adalah ular dan bergantung pada dia adalah tali...

    kemudian dia melihat terdapat madu di situ lalu meletak jari ke dalam madu tersebut dan dia meletakkan jarinya yang mempunyai madu ke dalam mulutnya. Di sebabkan kemanisan madu itu membuatkan dia lupa singa, ular dan malahan lupa akan dua ekor tikus...

    Imam Ghazali Rahimullah berkata ;

    - Singa itu adalah kematian yang selalu mengejar kamu...

    - Ular itu adalah kubur anda, di mana setiap orang akan jatuh ke dalamya dan jika dia seorang yang baik ia akan mendapat sebuah taman daripada syurga dan jika dia orang jahat ia akan mendapat satu lubang dari 'neraka' Jahannam...

    - Tali merupakan umur hidupnya...

    - Tikus hitam menandakan malam...

    - Tikus putih menandakan hari...

    - Madu adalah dunia yang di mana seseorang itu rasa kemanisan dunia sehinggakan dia lupa kematian, dia lupa kubur, dia lupa hari akan datang dia akan mati dan dia akan berdiri di hadapan pencipta...

    p/s ; mohon di panjang-panjangkan agar ia dapat memberi kesan kepada diri kita yang selalu alpa oleh dek kemanisan dunia.


    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com