Tuesday, October 29, 2013

0

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau

  • Tuesday, October 29, 2013
  • Rahman Hatim
  • Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

    Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

    Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

    Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

    Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

    Dari Abu Hurairah , ia berkata:

    “Rasulullah tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Bila beliau menginginkan sesuatu, beliau memakannya dan bila tidak suka beliau meninggalkannya”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

    Wallahualam…


    Sunday, October 27, 2013

    0

    KISAH ISTANA IBLIS DI LAUTAN

  • Sunday, October 27, 2013
  • Rahman Hatim

  • Assalamu'alaikum wr. wb.

    Kesombongan Iblis ternyata tidak membuat dirinya dilaknat oleh Allah SWT, namun ia juga diusir dari Syurga. Dan setelah diusir, akhirnya Iblis pun mulai membangunkan istananya di lautan. Iblis memilih lautan kerana luasnya mencapai tiga perempat dari luas bumi.


    Kisahnya
    Dalam sebuah Kitab, Karya Agung Syeikh Imam Al-Ghazali disebutkan bahwasanya iblis itu dulunya memiliki nama Al-Abid yang artinya ahli ibadah. Pemberian nama Al-Abid ini hanya pada langit pertama, dengan sebutan lain iaitu langit kedua dan seterusnya. Begitu terkenalnya Iblis dengan pemberian, sebutan nama-nama tiap langit kerana iblis ketika itu memang hamba Allah SWT yang taat.

    Pada langit kedua, iblis disebut dengan Az-Zahid dan di langit ketiga diberi nama Al-Arif.
    Di langit keempat namanya adalah Al Wali, Pada langit ke lima namanya adalah At-Taqi. Sedangkan nama di langit keenam dan ketujuh adalah Al-Kazin dan Azazil.

    Awalnya, iblis termasuk dari salah satu malaikat penghuni syurga yang doanya yang selalu dimakbulkan. Kerana doanya yang ampuh tersebut, malaikat-malaikat lain meminta kepada iblis untuk didoakan agar para malaikat tidak tertimpa laknat Allah SWT.

    Peristiwa itu terjadi manakala Malaikat Israfil yang sedang berkeliling mengintai surga mendapati sebuah tulisan.
    Tulisan tersebut berbunyi,
    "Seorang hamba Allah SWT yang telah lama mengabdi akan mendapat laknat Allah SWT dengan sebab menolak perintah Allah."

    Tulisan itu berada di salah satu pintu surga, dan tak lain tak bukan,tulisan itu telah membuatkan Malaikat Israfil menangis tersedu-sedu. Ia amat takut sekali, hamba Allah SWT yang dimaksud adalah dirinya.
    Tak hanya Malaikat Israfil, para malaikat lain juga turut menangis, dimana malaikat-malaikat lain itu juga memiliki kekuatan sama seperti Malaikat Israfil.

    Akhirnya mereka sepakata, untuk mendatangi Iblis (Azazil) dan meminta didoakan agar tidak tertimpa laknat dari Allah SWT.
    Pada waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,
    "Ya Allah...! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintahMu itu, sungguh aku ikut mengutuknya."

    Azazil lalu memanjatkan doa,
    "Ya Allah, janganlah Engkau murka atas mereka."

    Azazil Mengingkari Perintah Allah SWT
    Selama kurun waktu 120 ribu tahun, Azazil (Iblis), menyandang gelar kehormatan dan kemuliaan, dan hingga tibalah Nabi Adam as diciptakan. Allah SWT menyuruh semua malaikat sujud kepada Adam yang diciptakan sebagai khalifah di bumi.

    Semua malaikat segera patuh dan melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Namun Azazil (Iblis) malah membangkang. Ianya menolak melaksanakan perintah Allah SWT untuk bersujud kepada Adam kerana kesombongannya. Sejak ketika itulah Iblis dijadikan simbol dari kesombongan, tentang takabur, tentang selalu berbangga diri. Sifat-sifat inilah yang kemudian ditularkan oleh Iblis agar tersesat dari jalan Allah SWT.

    Iblis berkata,
    "Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."

    Kerana penolakan itu, Allah SWT berfirman agar iblis keluar dari Syurga-Nya.

    Iblis Mendirikan Istana Di Lautan
    Yang ini, sejak Iblis dibuang dari Syurga, Iblis membangunkan sebuah singgasana dan istana di lautan. Hal itu dimaksudkan untuk menandingi 'Arsy Allah SWT yang berada di atas air di langit ke tujuh.

    Dalam sebuah riwayat Imam Ahmad ra, Rasulullah SAW bersabda,
    "Apa yang kamu lihat?"
    "Saya melihat singgasana di atas lautan yang dikelilingi oleh beberapa ular," jawab Ibnu Sayyad.
    "Dia telah melihat singgasana iblis," sabda Rasulullah SAW.
    (H.R. Ahmad).

    Sedangkan menurut Ibnu Kathir dalam bukunya yang berjudul "Al-Bidayah Wanniyah" menjelaskan bahawasanya Iblis mempunyai banyak tentera dan memilih lautan sebagai istana. Seperti diketahui bahawa luas lautan mencapai tiga perempat dari bumi. Oleh kerana itulah ia menempatkan kerajaannya di lautan agar ia lebih selesa memerintah bala tenteranya yang jumlahnya sangat banyak sehingga memerlukan pusat kerajaan yang luas. Sedangkan lautan adalah daerah yang sangat luas.


    Demikian Kisah Istana Iblis di Lautan, dan tetap nantikan kisah-kisah yang lainnya hanya di blog ini.
    Wassalamu'alaikum wr. wb.


    Friday, October 11, 2013

    0

    TIPS IBU BAPA GENIUS

  • Friday, October 11, 2013
  • Rahman Hatim

  • 1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

    2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

    3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

    Sabda Rasulullah SAW

    “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

    4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

    5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

    6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

    7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

    8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

    9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

    10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

    11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

    12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

    13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

    14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

    15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

    16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

    17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

    18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

    19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

    20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

    21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

    22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


    Tuesday, October 8, 2013

    1

    KISAH MALAIKAT SERIBU TANGAN

  • Tuesday, October 8, 2013
  • Rahman Hatim
  • Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW pernah bersabda,

    Ketika aku diperjalankan pada malam hari untuk mikraj ke langit, aku melihat ada malaikat yang memiliki seribu tangan dan di setiap tangannya terdapat seribu jari jemari.

    Ketika ia sedang menghitung setiap tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi, aku bertanya kepadanya,
    "Apakah kamu mengetahui jumlah tetesan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah SWT menciptakan dunia?"

    "Ya Rasulullah, demi Allah SWT yang telah mengutusmu dengan membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap tetesan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara rinci berapa jumlah tetesan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di bangunan, di perkebunan, di daratan yang bergaram, dan di pekuburan.

    Rasulullah SAW bersabda kembali,
    "Aku sangat kagum akan kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam perhitungan."
    Malaikat berkata kembali, "Ya Rasulullah, ketahuilah bahawa ada yang tak sanggup aku hafal dan mengingatnya melalui perhitungan tangan dan jari jemariku ini."

    Rasulullah SAW bertanya, "Perhitungan apakah itu?"
    Malaikat menjawab, "Aku tidak sanggup menghitung jumlah pahala selawat yang disampaikan oleh sekelompok umatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."

    Subhanallah...

    **Kisah dialog singkat ini memberitahukan kepada kita semua bahawa begitu besarnya pahala membaca selawat nabi, sehingga malaikat saja yang mempunyai seribu tangan dan setiap tangan memiliki seribu jari tak sanggup menghitungnya.



    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com