Thursday, August 29, 2013

0

FAKTA SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN

  • Thursday, August 29, 2013
  • Rahman Hatim
  • Fakta sejarah yang memang ANDA tak tahu, tahukah anda bahawa perpustakaan Kongres (Library of Congress) di Washington DC ada menyimpan sebuah 'khazanah tersembunyi Islam' yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, pada tahun 1787. Di perpustakaan tersebut - akan ditemukan tanda tangan Kepala Suku Cherokee ketikaitu AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, anda akan ditemui cara berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat manakala kaum lelakinya memakai turban (surban) dan terusan hingga sebatas lutut.

    Cara berpakaian ini dapat ditemui dalam gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar pupus dari benua Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.

    Fakta ini juga disokong melalui kajian keatas nama-nama suku Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee), tapi juga pada Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ia ditunjukkan pada gambar-gambar antara tahun 1835 dan 1870.

    Adakah fakta ini menyokong "akhir zaman Islam akan tersebar hingga kesetiap penjuru tanah didunia ini". Wallahua'lam


    Monday, August 26, 2013

    0

    Solat Pakai Seluar Pendek

  • Monday, August 26, 2013
  • Rahman Hatim


  • Ttg gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedback dr Ustaz Mohd Noor (Melaka), beliau menjawab:

    Harus bg Mazhab Maliki&Hambali..sbb tu geng2 org gelap yg bnyak guna mazhab ni

    MAZHAB MALIKI

    Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai.

    Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:

    Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

    Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.
    Maliki dan Hanbali: aurat lelaki ialah kemaluannya sahaja (zakar dan duburnya)
    Dalil: hadith Anas bahawa pada hari Khaibar, Nabi membuka pahanya (HR alBukhari)

    Namun dalil al-Qur:an yg menyentuh aurat lelaki secara khusus tidak ada.

    Tahqiq al-Qardhawi: Memetik pendapat Ibn Qayyim tentang bagaimana kita mengkompromi dua hadith yang saling bertentangan, maka ialah dengan membahagikan aurat lelaki kepada aurat berat (kemaluan) dan aurat ringan (dua paha atau pusatnya). Maka hukum yang jelas ialah haramnya membuka aurat yang berat yakni kemaluan dan dubur. Aurat pusat dan paha sebaiknya ditutup juga, tapi jika keadaan terdesak, maka dibolehkan.
    (al-Qardhawi, Fatawa Mu'asirat, Jld 5 & 6 Pustaka Salam)


    Monday, August 19, 2013

    0

    Jihad Di Malaysia

  • Monday, August 19, 2013
  • Rahman Hatim
  • Di Malaysia, ada beberapa jihad yang praktikal untuk dilaksanakan, antaranya ;

    1. Jihad menegakkan kebenaran.
    Berdasarkan hadith Nabi SAW yg bermaksud "Sebaik-baik jihad adalah berkata hak kepada pemimpin yang jahat".

    2. Jihad ilmu.
    Menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi demi melaksanakan jihad yang pertama tadi. Dengan ilmu, umat Islam akan lebih dihormati. "Siapa yang mahukan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat hendaklah dengan ilmu dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya juga hendaklah dengan ilmu".

    3. Jihad ekonomi dan kewangan.
    Ia rentetan daripada ekonomi dunia yg hampir kesemuanya dikuasai oleh sistem kapitalis barat yg menyebabkan negara-negara umat Islam terpaksa bergantung kpd negara barat, walhal sumber petroleum dunia terletak di negara-negara umat Islam.

    Wallahua'lam.


    Sunday, August 18, 2013

    0

    MASJID DAN GEREJA: MANA LEBIH MESRA KANAK-KANAK?

  • Sunday, August 18, 2013
  • Rahman Hatim

  • Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:
    فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
    "..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:
    فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
    “…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
    Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

    Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
    Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
    Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!


    Thursday, August 15, 2013

    0

    ALLAH MENGHINA KEMATIAN IMAM BESAR SYIAH "KHOIMEINI"

  • Thursday, August 15, 2013
  • Rahman Hatim


  • Beliau mati dalam keadaan mengaibkan,
    mayatnya terjatuh 3 Kali,
    Kafan yang menutupi auratnya terbuka hingga beliau telanjang,
    Allah menghina kematiannya, Allah membuka aib2nya..

    Bahkan sewaktu beliau hidup, beliau pernah berfatwa :
    "Barangsiapa yang meninggal lalu jenazahnya jatuh dari
    keranda jenazah maka dia termasuk dari penduduk neraka".

    Dan dalam fatwanya yang lain Khomeini mengatakan :
    "Salah satu dari tanda-tanda su'ul khatimah adalah
    jatuh dari keranda jenazah saat akan dikuburkan".

    Dan lihatlah apa yang Allah lakukan kepada khomeini,..
    Nauzubillah min zalik..

    "Katakanlah, Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan,
    Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki
    dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki.
    Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan
    Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki,
    Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
    Sesungguhnya Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu".
    - Surah Ali Imran ayat 26

    Semoga kita mendapat taufik hidayah &
    dijauhkan fitnah-fitnah akhir zaman.. In Sha Allah..


    0

    10 FAKTA TRAGEDI Mesir Berdarah

  • Rahman Hatim

  • 1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

    2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK & BOM GAS BERACUN semua penyokong Dr Morsi.

    3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

    4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

    5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

    6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

    7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

    8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

    9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

    10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

    Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

    Moga Allah LAKNAT & HANCURKAN kerajaank HARAM Mesir!n

    Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!


    Tuesday, August 13, 2013

    0

    Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis )

  • Tuesday, August 13, 2013
  • Rahman Hatim


  • Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda
    قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل
    Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)

    Justeru,
    1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.
    2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.
    3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)
    4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.
    5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.
    6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :

    a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.
    b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.
    c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.
    d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.
    e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.
    f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.
    g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.
    h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.
    i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.
    j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi
    k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.
    l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

    ‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

    Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.

    Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

    Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.

    Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

    Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.

    Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

    PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.

    Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.

    Dr. Zaharuddin Abd Rahman
    6 Syawwal 1434


    Thursday, August 8, 2013

    0

    PENGUSAHA PUB MENEMUI HIDAYAH MELALUI PUISI (Kisah Benar)

  • Thursday, August 8, 2013
  • Rahman Hatim
  • Pedro di hadapan Masjid Kg Pandan, tempat dimana beliau melafazkan syahadah buat pertama kalinya
    Pedro dilahirkan berbangsa Portugis di Melaka 56 tahun yang lalu. Beliau seorang penganut agama Kristian. Sumber pendapatannya ialah melalui sebuah restoran dan pub yang diusahakannya sekian lama.

    Perniagaan PUBnya sungguh laris dan dipenuhi pelanggan setiap malam. Dia seorang yang mudah mesra dan bijak melayan para pelanggannya. Setiap malam dia akan minum arak bersama mereka. Berpuluh tahun lamanya, itulah cara hidup yang diketahuinya. Ramai pelanggan menjadi sahabat karibnya, bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan tetapi juga di kalangan golongan ekspatriat yang ramai terdapat di sekitar Ampang yang terkenal dengan kawasan pejabat Kedutaan. Perniagaannya berkembang maju dan hidupnya mewah hasil dari penjualan arak.

    Beberapa bulan sebelum Ramadhan 1432, hidupnya berubah secara drastik. Tidak tahu dimana dan bagaimana untuk memulakan cerita…secara tiba-tiba berbagai persoalan tentang Tuhan dan kehidupan masuk ke dalam fikirannya. Persoalan yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Hidupnya menjadi tidak keruan, jiwanya kacau, benaknya diasak persoalan.

    Tiba-tiba bagai ada satu kuasa menyuruhnya untuk menulis bait-bait puisi yang ada di dalam kepalanya. Dia tidak faham apa yang ditulisnya lalu Pedro merujuk kepada seorang sahabatnya seorang penulis. Menurut sahabatnya apa yang digambarkan di dalam puisinya itu berbicara tentang Allah yang satu. Pedro menjadi bertambah bingung.

    Suatu malam dia tersentak dari tidurnya dan serta-merta mulutnya menyebut “Allahuakbar”….. ungkapan yang tidak pernah disebutnya selama ini. Pedro tidak dapat melelapkan matanya malam itu. Bagaikan ada suatu desakan di dalam nalurinya untuk segera beriman kepada Allah.

    Keesokannya hari Sabtu dia memohon bantuan seorang rakan untuk membawanya ke PERKIM. 2 jam menunggu rakan itu tidak kunjung tiba. Pedro terus memandu ke PERKIM sendirian. Tiba di PERKIM, Pengawal Keselamatan di situ enggan membenarkan dia masuk dengan alasan pejabat tutup, meskipun terdapat beberapa orang ustaz yang sedang mengajar kelas agama di tingkat atas.

    Pedro terus memandu dan tidak tahu ke mana arah untuk dituju dan kepada siapa untuk mengadu. Dia tidak lagi dapat menanggung desakan di dalam jiwanya yang tidak akan tenteram selagi dia tidak menemukan jawapannya hari itu juga. Lalu dia terpandang sebuah masjid berhampiran dan mengambil keputusan untuk berhenti dan masuk memohon bantuan.

    Dia terserempak dengan beberapa orang jemaah yang baru habis menunaikan solat dan meminta mereka membawanya bertemu dengan orang yang dapat membantunya. Mereka seakan tidak acuh dengan permintaannya dan menyuruh dia masuk ke dalam mencari sendiri. Akhirnya beberapa orang pengikut tabligh yang berada di dalam masjid menawarkan diri untuk membawa dia ke rumah Imam yang terletak di belakang masjid.

    Malangnya Imam sudah keluar. Lalu mereka mengambil keputusan untuk memohon bantuan pembantu Imam. Sampai di rumahnya, isteri pembantu imam tidak membenarkan mereka mengganggu suaminya yang sedang tidur. Walaupun dipujuk berkali-kali dia tetap enggan mengejutkan Imam. Dengan kuasa Allah tiba-tba Imam pun tiba dengan motorsikalnya di rumah bersebelahan. Lalu mereka menemui beliau dan memohon bantuannya. Hari itu juga Pedro memeluk islam dan memilih “Abdul Aziz” sebagai nama baru.

    Tidak mampu membendung perasaan ketika menceritakan bagaimana hidayah Allah datang kepadanya.
    Meskipun berbagai rintangan yang dihadapi dengan kerenah beberapa orang yang enggan membantunya, Pedro sedikit pun tidak berasa hati malah menganggap itu semua sebagai dugaan dari Yang Maha Kuasa untuk menguji samada dia benar-benar yakin dengan keputusannya untuk beriman kepada Allah Yang Satu.

    Namun dugaannya tidak terhenti di situ sahaja malah menjadi tambah hebat lagi. Penghijrahan Pedro telah menyebabkan dia kehilangan isteri dan anak-anaknya. Isterinya yang juga merupakan rakan kongsi mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Kesemua pekerjanya juga bertindak berhenti kerja termasuk mereka yang beragama islam. Ada yang berkata “This business will not survive if you stop selling drinks (Beer), you will be a bankrupt! Mark my Word!”. Para pelanggan juga menjauhkan diri. Malah ada yang marah dan menganggapnya gila kerana menutup pub.

    Fauzi, Pengurus Restoran milik Pedro yang telah bekerja dengannya lebih dari 15 tahun. Perubahan Pedro telah mendorong kakitangannya untuk turut berubah menjadi insan yang lebih baik.
    4 hari selepas berakhirnya Ramadhan, Pedro membuka restorannya semula dan menukar ia dari sebuah pub kepada sebuah Restoran Portugis Islam. Pekerjanya yang beragama Islam juga kembali bekerja malah telah menjadikan Pedro sebagai inspirasi dan contoh untuk mereka bertaubat dan mendekati Allah. Mereka mula berusaha untuk tidak meninggalkan solat.

    Isterinya masih lagi seorang Kristian…seperti kata Pedro; “berikan dia masa…hidayah itu harus datang dari dalam dirinya dan bukan dipaksa”. Anak-anaknya secara perlahan-lahan sudah mula dapat menerima Pedro sebagai seorang Islam.
    Pedro harus bangkit semula membina hidupnya di hujung usia setelah kehilangan semua pelanggannya. Jika dahulu dia boleh memperolehi pendapatan sehingga 5 ribu ringgit sehari, sekarang 500 ringgit pun agak payah. Namun keyakinannya terhadap agama yang dipilihnya menjadikan dia lebih tabah dan pasti bahawa hidupnya kini lebih baik dari hari-hari semalam.

    Inilah kisah beliau. Kisah sebuah penghijrahan dari kejahilan ke jalan Allah SWT dan bagaimana ia merubah 360 darjah hidupnya.

    Ketika saya meminta untuk menulis kisah beliau, Pedro sangat keberatan. Beliau tidak mahu menggunakan Islam sebagai landasan untuk menarik pelanggan ke restorannya. Tetapi setelah dipujuk dan saya menyatakan niat saya supaya ceritanya ini untuk tujuan berdakwah dan sebagai inspirasi kepada orang lain barulah beliau bersetuju.

    *Jika anda berada di sekitar Ampang saya sarankan untuk menyokong saudara baru kita ini dengan mengunjungi Restoran beliau Alamat: Restoran Pedro Portugis Muslim, C-G, Dataran Palma, Jalan Selaman 1, 68000 Ampang, Selangor. Restoran ini juga menyediakan hidangan buffet setiap Sabtu dari 7pm -10pm. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. Amin.

    -Kisah Benar 2011-


    Sunday, August 4, 2013

    0

    Penipuan Sejarah Melaka

  • Sunday, August 4, 2013
  • Rahman Hatim



  • MELAKA...! TUAH...! Nama Yang Cukup Menyentuh Benak Hati Ini sekian Lamanya... Hari Menjelang Hari... Rahsia Semakin Menunjukan Diri... Seolah-olah Ada Sesuatu Petunjuk Yang Diberi... Supaya Kelak Mampu Dijadikan Ia Sebagai Tauladan... Jangan Diulangi ia sebagai satu kealpaan.. Saudara-Saudara ku sekalian... Melaka sejak dahulu kala cukup Terkenal sebagai sebuah kuasa besar perdagangan di Selat Melaka... Betapa ketika itu banyaknya bahtera- bahtera yang datang berdagang, sejauh mata yang memandang... Yang bermata Sepet, yang berkulit putih, yang berkulit hitam hatta apa warna sekalipun pantas Saja datang ke Melaka untuk melihat Keagungan sebuah kerajaan Melayu Islam... Sebut Saja nama Melaka, Di Serata Pelusuk utara selatan timur dan barat pasti mengenalinya... Ada yang datang berdagang rempah, ada yang datang berdagang permata dan ada pula yang datang berdagang nasib menyabung hidup menumpang keagungan sebuah kerajaan... Aaahh...kalau Mahu Bercerita Keagungan Melaka, Pasti 1001 lembaran Kertas pun Belum Habis Dikarang... Malah pasti 1001 malam pun belum tentu a Habis Diceritakan.

    Maka Syahadan Tersebut ketika itulah Masyhurnya Melaka dengan seorang LAKSAMANA bernama HANG TUAH...TUAH.. JEBAT..KASTURI..LEKIR..LEKIU.. Itulah nama yang masyhur ke serata Alam, Menjadi Sebutan Segala Isi alam yang Bertandang ke Melaka... Dipendekkan cerita dan dengan Takdir yang Maha Esa, Tiadalah kekal lama Empayar Melayu Melaka Islam... Setelah Feringgi (Portugis) datang Dengan Bala tenteranya, Maka punahlah empayar Yang teragung itu... Serangan Demi Serangan Dilakukan... Generasi Demi Generasi Dihancurkan... Dihancurkan Mindanya...! Dihancurkan Identitinya...! Dihancurkan Maruahnya.... Yang tinggal hanyalah Sisa-sisa dari Keagungannya... Yang tinggal hanyalah Secebis sejarah Yang Diacuankan Oleh Penjajah Untuk Saudara Sekalian...

    Satu Persoalan yang seringkali Generasi Muda lontarkan... Dan kadangkala menjadi Bahan Ketawa Generasi Terkemudian.. Kata mereka... "PORTUGIS DATANG DENGAN MERIAM DAN SENAPANG, ORANG MELAKA BERJUANG DENGAN KERIS DAN PEDANG.. BODOH BETUL, MACAM MANA MAU MENANG KALAU BERPERANG...? " Tersentak Sanubari dan jiwa Ini Mendengarnya... Betapa Dengan Mudah Generasi-generasi Terkemudian mengatakan BODOH kepada hulubalang-hulubalang Melaka yang berjuang bermati-matian mempertahankan Empayar Islam Melaka Ketika itu... Adakah Saudara Semua Tahu Kenapa Portugis Menyerang Melaka...??? Tahu Apa Yang Terjadi Sebelum Empayar Islam Melaka Tumbang...??? Pernah Dengar Sarjana Barat Kata Apa Terhadap Melaka...?? Apa Kaitan Empayar Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah...??? Kajilah Saudara... Janganlah Kita Hanya Tahu Disuap Sahaja... Sebelum Dipecahkan "Kod-kod" Yang Tersembunyi Tersebut... Biar saja Diceritakan perkara yang sebenar kepada Anda Semua... Dengar Dengan sebaiknya Kalam ini... " MELAKA TIDAK TEWAS KERANA SENJATA, MELAKA TEWAS KERANA PENGKHIANATAN BANGSA SENDIRI...! YANG KHIANAT DAN BERSENGKETA " Kalau Anda Semua Mahu tahu, Angkatan Perang Melaka Tiada Tolok Bandingnya Andai Mahu Dibanding Antara dengan angkatan Portugis itu.Kapal-kapal perang Alfonso Itu hanya sekecil Anak kalau mahu Dibandingkan dengan Bahtera-bahtera Perang milik Angkatan Laut Melaka.

     Meriam-meriam Portugis itu hanya Sebesar kelingking andai Mahu dibandingkan Dengan Meriam-meriam yang mengelilingi kubu di Kota Melaka. Itu belum lagi andai mahu diceritakan betapa Hebatnya Pahlawan-pahlawan Melaka yang sering saja didendangkan dengan Hikayat Amir Hamzah sebelum turun berperang. Apalah sangat mahu Dibandingkan dengan soldadu-soldadu Portugis itu. Namun akibat pengkhianatan beberapa orang Melaka sendiri. Maka akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis. Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan Kemudian menceritakan segala Strategi Dan kekuatan Melaka...? Siapa Yang naik Ke kapal Alfonso, dan Jemudian Menyerahkan Peta kedudukan meriam-meriam strategik Melaka? Siapakah Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian membuka Rahsia kelemahan kota Melaka? Siapa Yang naik ke kapal Alfonso, dan kemudian Menyerahkan Kunci Pintu Khazanah perpustakaan Diraja Melaka? Ya! Ia angkara Pengkhianatan Bangsa sendiri. Ya! Orang Melayu Melaka sendiri Yang menjadi pengkhianat dan Menceritakan segala kekuatan dan Kelemahan Melaka kepada penjajah. Pengkhianatan...!!! Itulah yang menyebabkan Melaka Akhirnya Jatuh ke tangan Portugis.

    Bergilir ganti ke tangan Belanda. Berpasung pula ke tangan Inggeris. 500 tahun lamanya. Melaka dijajah dan Musnah Akibat pengkhianatan dari bangsa sendiri..!!! Itulah Akibatnya Apabila Sesama Bangsa kita bersengketa. Empayar yang Kuat pun hancur dan binasa. Apa yang Tinggal hanyalah debu-debu sebuah Cerita, Sekadar menjadi peneman hikayat Tidur malam anak-anak bangsa. Usahlah kita Bersengketa. Kerna sesungguhnya Melayu itu hidupnya bersatu dan Bersaudara, Andai bersengketa maka Rosak dan binasa. Belajarlah dari Melaka, usahlah Diulangi kesilapan itu lagi. Janganlah jadi petualang kepada bangsa dan agama sendiri, Tanah Melayu ini warisan nenek moyang kita, di tangan Kitalah ia kan kekal Terpelihara.

    Satu lagi yang menjadi persoalan Semua sekian lama... " Ke mana hilangnya TUAH ketika itu...? "Tuah tidak ke mana-mana... Tuah bukanlah pengecut dan dayus untuk lari meninggalkan Melaka dalam keadaan rosak dan binasa. Pantang sekali Pendekar berundur sebelum bertempur, inikan pula Laksamana Tuah yang termasyhur. Namun Tuah bersedih melihat pengkhianatan bangsanya sendiri! Tuah membawa diri dan hilang entah ke mana Setelah jiwanya tersiksa akibat membunuh saudara sendiri. Demi taat Dan setia kepada Sultan Melaka, adinda Jebat menjadi taruhannya. Derhaka kepada Sultan bukan langkahannya, kerna pantang anak Melayu untuk derhaka pada sultannya. Itulah prinsip dan pegangan Tuah, lantas Tuah pergi membawa diri. Meninggalkan segala kekalutan dan kehancuran duniawi, meneruskan hidupnya secara tersendiri. Mengenal diri dan mencari rabbi.

    Kredit: Riwayat Melayu,Sejarah 6


    Saturday, August 3, 2013

    0

    KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

  • Saturday, August 3, 2013
  • Rahman Hatim
  • Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al- Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ke tujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

    Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

    Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.

    Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

    Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

    Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

    Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."

    Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."

    Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

    Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

    Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

    Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

    Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

    "Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan- perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."


    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com