Friday, November 2, 2012

Pin It

0

TAWAJJUH (TUMPUAN HATI KEPADA ALLAH S.W.T.)

  • Friday, November 2, 2012
  • Rahman Hatim
  • Share


  • Tawajjuh dari segi bahasa ialah menghadap . Dari segi istilah tasawwuf beerti pentalkinan atau pembacaan zikir oleh mursyid  atau syeikh kepada muridnya secara berhadapan . (ms. 66 Istilah Usuluddin dan Falsafah Islam ,DBP)

    Tawajjuh dalam solat .
    Abu Daud (909) dan lainnya meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    “Allah Azzawajalla sentiasa mengadap hamba – Nya secara berdepan ketika solat selagi hamba – Nya tidak berpaling. Sekiranya hamba – Nya berpaling maka Allah berpaling daripadanya.”

    Menurut hadis ini, ulama’ fiqh mengambil hukum iaitu makruh memalingkan tengkok ketika solat kecuali kerana keperluan.(Fiqhul Manhaji, 166). Dari segi tasawwuf pula , hati  seseorang yang menunaikan solat hendaklah sentiasa menghadap kepada Allah s.w.t. dan berpaling dari selain – Nya sepertimana yang dinyatakan oleh Imam al – Ghazali :
    “Dan janganlah engkau berkata ‘Wajjahtu wajhi’ iaitu aku hadapkan muka melainkan hati engkau sudah menghadapi dengan semuanya kepada Allah saja dan berpaling terus dari yang lainnya. (Kitab al- Arba’in fi Usul al – Din)

    Nabi s.a.w. menjelaskan hakikat berpaling dalam hadis riwayat yang Bukhari (718) yang bermaksud :
    “ Ia adalah suatu bentuk kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang hamba.”

    Oleh itu, hikmah solat terhadap seseorang berbeza – beza mengikut sebanyakmana tawajjuh hatinya kepada Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud :
    “ Seseorang yang beransur daripada solatnya, dituliskan baginya pahala daripada persepuluh pahala solatnya, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3 atau ½.”
    (Riwayat Abu Daud dan al – Nasa’i, Ibn Hibban dan al – Hafiz al – Iraqi menganggapnya sahih).

    Fadhilat tawajjuh dalam solat
    Imam Muslim meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
    “ Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja – muji Allah s.w.t. dengan pujian yang selayak bagi – Nya , serta mengosongkan hatinya bagi Allah s.w.t. kecuali tatkala ia keluar daripada dosa – dosanya seperti anak yang baru dilahirkan.”

    Cara untuk tawajjuh dalam solat
    Untuk memalingkan hati dari makhluk dan terus kekal menghadap Allah s.w.t. tidaklah semudah yang dikata. Ianya memerlukan mujahadah yang berterusan dan bimbingan dari wakil – wakil Nabi s.a.w. Hadirilah majlis – majlis tawajjuh/zikir yang dianjurkan oleh para ulama’ rabbani (ulama yang mempelajari, menghayati dan mengajar al – Quran) , insyaAllah anda akan berjaya.

    Kredit: saifulihsan.blogspot.com
        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com