Fadhilat Puasa Pada hari Arafah



InsyaAllah sebagaimana yang diketahui esok (25.10.2012) adalah jatuhnya hari ARAFAH. Dimana para jemaah Haji akan WUKUF di Padang ARAFAH. Kita disunatkan BERPUASA SUNAT pada hari tersebut. Di sini ingin saya datang beberapa hadis berkenaan fadhilat berpuasa pada Hari Arafah.


1. Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah. Maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.” [Hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi]


2. A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

َمَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.” [HR Muslim]



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama