Saturday, September 22, 2012

2

Berhati-hati Ketika Menggunakan Perisian Al-Quran Di Android

  • Saturday, September 22, 2012
  • Rahman Hatim



  • "Berhati-hati ketika menggunakan perisian Android terutama sekali menggunakan perisian yang berkaitan dengan hal - hal keagamaan.."

    Berikutan saya terjumpa kesilapan dalam ayat al-quran iaitu dalam Surah Al-Imran; ayat - 7. dimana apabila disemak didalam naskah al-quran mendapati terdapat tambahan pada ayat tersebut. Mohon berhati-hati kepada semua muslim. Terdapat banyak lagi kesalahan didapati berlaku dalam perisian tersebut..


    Dan jika anda pernah download file Al-Quran disini http://rahmanhatim93.blogspot.com/2012/05/android-aplikasi-mushaf-al-quran.html,jika ada yang silap seperti gambar diatas sila email kat admin DISINI

    Wednesday, September 19, 2012

    0

    Filem Penghinaan Terhadap Rasulullah

  • Wednesday, September 19, 2012
  • Rahman Hatim

  • Sekali lagi, umat islam diseluruh dunia dikejutkan dengan penerbitan sebuah filem yang menggambarkan penghinaan yang amat dahsyat terhadap Rasululullah s.a.w, filem yang berjudul  ‘Innocence of Muslims’ sekali lagi menyentak hati umat islam selepas siri- siri penghinaan yang ‘dilepaskan’ sebelum ini, seperti karikatur menghina Rasulullah,  pembakaran Al- Quran dan lain- lain lagi,  seolah- olah ingin mencabar dan menyukat paras sensitiviti umat islam pada hari ini.

    Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh seorang yahudi Amerika yang bernama Sam Bachile  yang bertindak melampaui batas ‘lampu merah’ sehingga dicatatkan, muslim diseluruh dunia : Mesir, Sudan, Tunisia, Yaman, Pakistan, Afghanistan, Indonesia  termasuk Malaysia, pada semalam (jumaat) telah keluar menjalankan protes bantahan selepas menunaikan solat jumaat di kebanyakan di hadapan kedutaan Amerika di negara- negara masing- masing. Bahkan  bantahan juga dibuat oleh  Vatican City Rome, Italy iaitu Pusat Kristian Katolik, dari Yahudi Ortodoks dan beberapa kumpulan agama yang lain, yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kumpulan (penerbit filem) ini. Kandungan filem ini dikatakan telah menghina Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang kejam dan ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.



    Umat islam diajar untuk tidak menghina kepercayaan agama lain sekalipun mereka menghina Agama islam, sekalipun bantahan atas hal penghinaan seperti ini, umat islam tidak dibenarkan untuk menghina mana- mana agama, ianya secara tidak lansung menunjukkan kesyumulan islam yang mengajar umatnya berkaitan akhlak dan adab terhadap bukan islam.  Umat islam diseluruh dunia bangkit membantah penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w  tanpa keluar dengan menghina mana- mana agama tetapi demi menunjukkan izzah kekuatan umat islam yang pasti bangkit bersatu sekiranya berlaku keadaan melampau seperti ini. Di Mesir dicatatkan hampir sejuta orang berkumpul selama dua hari bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati, membantah dan memberi peringatan keras kepada golongan yang dengan beraninya mempermainkan kehormatan islam. Di Malaysia, bantahan dibuat diseluruh negara selepas selesai menunaikan solat jumaat,  Umat islam turut mendesak supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama supaya mengambil tindakan tegas terhadap penerbit filem tersebut, dan turut mengingatkan agar para pemimpin negara dengan tegas menyatakan bantahan mereka terhadap video penghinaan Rasulullah ini. Namun begitu, Media- media barat pula mengambil kesempatan menyatakan bahawa orang islam membantah filem ‘Innocence of Muslims’ ini  dengan saling membunuh dan melakukan perbuatan ganas dan mengancam duta- duta Amerika di luar negara, seolah- oleh lupa terhadap  jenayah- jenayah perang yang lebih dahsyat dilakukan oleh barat terhadap umat islam.

    Sehubungan dengan ini , menyeru kepada semua umat Islam :

    1. Untuk bangkit menyatakan rasa cinta kita kepada Rasulullah dan agama Islam dan terus cakna diatas isu- isu umat Islam diseluruh dunia termasuklah berkaitan penindasan dan pencabulan keatas kehormatan islam.

    2. Dan kami mengajak semua para sahabat untuk terus mendoakan dan melakukan solat hajat memohon kepada Allah diatas kezaliman musuh Allah ini.

    3. Kami mengharapkan agar para sahabat tidak terus berdiam diri diatas penghinaan ini, bahkan tidak cukup sekadar melaungkan bantahan, marilah sama- sama kita meneruskan agenda dakwah dengan menyebarkan kebenaran islam dan memberikan pencerahan terhadap masyarakat yang masih tidak memahami  agar islam dapat difahami dan diamalkan dengan selayaknya. Wallahua’lam.

    Thanks to : www.alamkuis.blogspot.com




    Wednesday, September 12, 2012

    0

    Ahli Fizik Ini Masuk Islam setelah Meneliti Peredaran Matahari

  • Wednesday, September 12, 2012
  • Rahman Hatim
  • Ahli Fizik Ini Masuk Islam setelah Meneliti Peredaran Matahari
    Bila disimpulkan, hampir semua muallaf yang masuk Islam di zaman moden ini (terutama di Barat) selalu dari latar belakang ini: Pertama, hidupnya yang tak tentu arah atau tidak tahu arah hidup yang jelas. Ketika membaca mengenai ajaran Islam atau bergaul dengan sahabat Muslimnya, mereka menemukan ketenangan, kepastian dan arah yang jelas dari tujuan hidup ini dalam Islam. Kedua, dari salah faham sebelumnya terhadap Islam. Salah faham kerana tahunya Islam hanya dari media atau dari informasi-informasi yang memburuk-burukkan Islam. Setelah membaca dan meneroka sendiri ajaran Islam, mereka menemukan sebaliknya, Islamlah agama yang benar yang mereka cari selama ini. Ketiga, ketidakpuas atas doktrin-doktrin atau ajaran agama yang dianut sebelumya (umumnya Katolik dan Protestan), seperti tidak masuk akal, tidak rasional atau mengandungi banyak kelemahan. Keempat, dari penelitian-penelitian dan penemuan ilmiah. Yang ketiga dan keempat ini tentu golongan orang-orang cerdas dan kaum ilmuwan. Golongan ini banyak sekali. Semakin dalam ilmu pengetahuan diterokai mereka banyak menemukan kesesuaiannya dengan ajaran Islam. Diantara ratusan ilmuwan itu, kisah seorang fizik Demitri Bolykov ini menambah fakta lagi. Salam, Rahmanhatim

    _______________________




    REPUBLIK.CO.MY (13-14 Ogos 2012), Demitri Bolykov, seorang ahli fizik yang sangat hebat kajian serta perkara-perkara ilmiah, mengatakan bahawa pintu masuk ke Islamannya adalah fizik. Sungguh suatu yang sangat ilmiah, bagaimanakah fizik mampu mendorong Demitri Bolyakov masuk Islam?

    Demitri mengatakan bahwa ia terdorong dalam sebuah penelitian ilmiah yang dipimpin oleh Prof. Nicolai Kosinikov, salah seorang pakar dalam bidang fizik.

    Mereka sedang dalam penelitian terhadap sebuah sampel yang diuji di laboritarium untuk mempelajari sebuah teori moden yang menjelaskan tentang putaran bumi. Mereka berhasil menetapkan teori tersebut.

    Akan tetapi Demitri mengetahui bahawasanya diriwayatkan dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk inti akidah mereka yang menguatkan keharusan teori tersebut ada, sesuai dengan hasil yang dicapainya. Demitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang umurnya lebih dari 1.400 tahun yang lalu sebagai sumber satu-satunya yang mungkin hanyalah pencipta alam semesta ini.

    Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dan paling berani dalam menafsirkan fenomena putaran bumi pada paksinya. Kelompok peneliti ini merancang sebuah sampel berupa bola yang diisi penuh dengan papan tipis dari logam yang dicairkan , ditempatkan pada badan bermagnet yang terbentuk dari arah yang saling berlawanan arus.

    Ketika arus letrik berjalan pada dua arah tersebut maka menimbulkan gaya magnet dan bola yang dipenuhi papan tipis dari logam tersebut mulai berputar pada paksinya,fenomena ini dinamakan “Gerak Integral Elektro Magnet-Dinamik”. Gerak ini pada substansinya menjadi aktiviti perputaran bumi pada paksinya.

    Pada tingkat realiti di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang mampu melahirkan kawasan magnet yang mampu mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak perputaran bumi ini dalam hal cepat atau lambatnya seiring dengan daya insensitis daya matahari. Atas dasar ini pula posisi dan arah kutub utara bergantung.

    Telah diadakan penelitian bahwa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun akhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

    Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerakan. Ini bererti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Ertinya bahawa “gerak” putaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

    Ilmu pengetahuan dan informasi seperti ini tidak didapati Demitri dalam buku-buku atau didengari dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan percubaan serta penelitian.

    Ketika ia menelaah kitab-kitab samawi lintas agama, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada informasi tersebut selain dari Islam.

    Ia mendapati informasi tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw bersabda, ”Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat, maka Allah akan menerima taubatnya.”

    Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah).




    Wednesday, September 5, 2012

    0

    Rahsia Nikmatnya Hidup

  • Wednesday, September 5, 2012
  • Rahman Hatim

  • Bila hidup ini tidak halangan, tentu tidak menarik. Terlebih dahulu di-cast dengan ilmu, lalu kita amalkan dalam kehidupan, seperti bertarung dalam kehidupan nyata ini. Tapi kita harus benar-benar dapat mengukur diri kita. Misalnya, ketika terjadi pertemuan dengan kalangan tertentu, yang membuat keimanan kita turun, bererti pertemuan itu tidak bagus untuk kita. Bererti iman kita belum cukup untuk dapat menangkis pengaruh negatif dari kelompok itu. Maka untuk sementara waktu kita perlu berhijrah dari lingkungan tersebut, dalam rangka menguatkan diri. Sehingga pada waktunya, kita sudah sedia untuk terjun ke dalam kehidupan sebenar, namun kita sudah berbekal dengan kemampuan yang lebih baik. Kita harus mendakwahi mereka, ketika kita sudah yakin dengan kekuatan diri kita. Di-cast dapat juga dengan cara berkumpul dengan orang-orang soleh. Diamnya saja akan berpengaruh terhadap keyakinan kita.

    Yang paling membuat hidup kita tidak selesa adalah kebingungan, ragu-ragu, dan keraguan, kerana setiap yang meragukan membuat hidup kita tidak jelas. Dalam menjalani hidup ini, apabila belum mengenal peta hidup dengan jelas, maka menyebabkan hidup menjadi gamang, ragu, dan sangat meletihkan.

    Dalam menjalani hiduup ini, harus jelas hala tujunya dan bagaimana dalam melangkahnya, siapa Tuhan kita, siapa kita, apa yang bahaya, dan apa yang menyelamatkan, akan ke mana kita, dan sebagainya. Kalau sudah semuanya jelas, maka akan mantap dan tidak akan bingung dalam menjalani hidup.

    Manusia diciptakan dan diurus oleh Allah SWT. Tugas kita di dunia ini adalah menjadi hamba Allah. Mematuhi apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang Allah. Perkara rezeki adalah mutlak dalam genggaman Allah. Kalau kita patuh kepada Allah dan yakin dengan kekuasaan Allah, Sang Pemberi rejeki pasti akan menjamin segala keperluan rezekinya.

    Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. QS At-Thalaq : 2-3

    Kita bekerja bukan hanya untuk mencari wang, tapi merupakan amal soleh dalam menjemput rezeki atau nafkah kita. Yang dicari keberkahan dan redha Allah SWT. Orang yang mencari redha Allah tidak akan ragu kepada Allah SWT sebagai pemberi rezeki, pasti kita akan bertemu dengan rezeki kita, sehingga tidak akan mahu berbuat haram. Kalau seseorang tidak mencari redha Allah, maka ia akan menghalalkan berbagai cara.

    Dengan demikian, berbeza antara orang yang bekerja hanya untuk mencari wang, dengan orang yang bekerja untuk mencari redha-Nya. Orang yang mencari redha Allah, sama sekali tiada keraguan, yakin pasti bertemu dengan rezekinya. Selama sesuai dengan perintah Allah, tidak perlu menghiba-hiba kepada manusia, kerana manusia tidak dapat memberikan apa pun, tanpa izin Pemilik Semesta Alam.


    Kita bergaul dengan manusia, bukan untuk menuhankan, dan memelas kepada manusia. Kita bergaul dengan manusia kerana Allah menyuruh kita bergaul dengan manusia dengan baik. Kita berbuat baik bukan untuk dihargai. Orang menghargai, dan mengakui kebaikan kita atau tidak, bukan urusan kita. Urusan kita adalah bergaul dengan manusia dengan baik sesuai perintah-Nya. Tidak boeh takut kepada manusia. Diri kita milik Allah, tak akan jatuh sehelai rambut pun tanpa izin pemilik-Nya. Tidak akan pernah mati, kecuali Allah yang mematikan.

    Manusia bukan pemberi rezeki, manusia hanya makhluk sebagai jalan dari ketentuan Allah. Tugas kita jelas, menjemput rezeki kita dengan cara yang halal. Semua anak-anak kita ada rezekinya. Tugas orang tua membawa anaknya mengenal siapa penciptanya, Lukmanul Hakim menjadi contoh bagaimana seorang hamba Allah, yang tidak bertuhankan selain Allah. Beliau mendidik anak untuk mengenal-Nya, dengan itu akan berjumpa dengan rezekinya yang berkah. Dan akan berjumpa dengan rezeki dan takdir terbaik dalam kehidupannya. Setelah kita mati, warisan terbesar kita kepada anak-anak kita adalah keyakinan dan istiqamah taat kepada Allah.

    Dunia ini hanya tempat persinggahan. Semua kita akan tinggalkan. Dunia tidak ada apa-apa. Dunia bukan untuk memperbudak kita, tapi dunia diciptakan untuk menjadi pelayan kita. Harta, pangkat, gelaran, tidak ada apa-apa erti. Orang-orang zalim dan ingkar diberi oleh Allah dunia ini. Kemuliaan bukan dengan pencapaian duniawi, tanda kemuliaan bukan dengan berharta atau berpangkat, melainkan dengan takwa.

    Takwa itu tandanya hatinya yakin, patuh kepada Allah, lahir batin. Redha dengan semua takdir yang telah ditetapkan Allah. Allah tidak pernah zalim dalam menentukan takdir kita. Jelas hidup ini hanya singgah sebentar di dunia dan dunia tidak dibawa ke alam kubur.

    Siti hajar ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim yang merupakan perintah Allah, ia lantas mengikutinya. Lalu tatkala memerlukan air untuk diri dan anaknya, beliau pun berlari-lari mencari air ke bukit shafa dan marwah. Namun air tidak muncul di bukit tersebut melainkan di sekitar ka’bah yang berjarak seratus meteran dari sana.
    Maka tugas kita dalam hal ini adalah untuk menyempurnakan ikhtiar, bukan menentukan hasil. Jangan pernah risau dengan janji Allah. Sesungguhnya yang berbahaya bagi diri kita adalah keburukan dari diri kita sendiri. Orang lain hanya menjadi jalan.


    Sekarang masalah apa pun yang menimpa, jangan sibuk dengan orang yang menjadi jalan, melainkan sibuk dengan diri kita yang menjadi penyebabnya. Kebaikan kembali pada pembuatnya, begitu pula keburukan. Tidak ada yang merosak diri kita selain dari keburukan diri kita.

    Ketika kita menghadapi kesusahan, kita tidak dapat menyelesaikan dengan kemampuan kita, melainkan dengan pertolongan Allah. Bagaimana jalan keluarnya? Adalah dengan bertaubat.

    Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan menenangkan hatinya, Allah akan memberi jalan keluar, dan rezeki pertolongan dari yang tidak terduga.
    ‘maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai." (QS Nuh : 10-12)

    Rezeki termahal dalam hidup ini adalah hati yang yakin, dan lahiriahnya patuh kepada Allah dengan istiqamah. Kejayaan orang adalah yakin kepada Allah, tidak ada keraguan dalam hatinya. Tidak bersedih hati. Kunci yakin adalah hati yang bersih. Makin bersih dari kemusyrikan, kemunafikan, dan cinta duniawi, hati akan langsung merasakan keyakinan, hati peka, doa mustajab, akhlak mulia, dan auranya tenang. Maka jangan ukur kejayaan seseorang dengan duniawinya, melainkan lihatlah sejauh mana keyakinannya yang merupakan kurnia Allah tidak ada tolok bandingannya.

    Sekuat tenaga mengarungi hidup, disusuli dengan semangat kebersihan hati. Cari sahabat yang dapat membantu membersihkan hati. Seperti kereta yang tidak berfungsi whipernya/ pembersih kaca ketika hujan lebat, maka dia akan risau. Bukan tiada jalan, melainkan tidak dapat melihat jalan. Seperti itu pula ketika kita melihat dengan mata hati yang tertutup dosa. Oleh kerana itu, kembalilah kepada Allah, seperti kaca yang bersih, maka akan tampak semua yang ada, kerana tidak tertutup, seperti udara bagi paru-paru ini, penyelesaian sesungguhnya terhampar dekat kita.

    Oleh Aa Gym
    Terjemahan (BM): antamuSlim

    Kredit to : http://halaqah-online.org


    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com