Friday, August 24, 2012

0

Mengapa Tidak Iktikaf?

  • Friday, August 24, 2012
  • Rahman Hatim

  • Bahagian dari nilai yang terkandung dalam ibadah shaum adalah agar pencernaan tubuh manusia dapat berehat. Seperti dalam dunia pendidikan, di mana ada musim cuti tahunan dalam rangka memperbaharui semangat belajar.

    I’tikaf hampir sama dengan musim cuti yang merehatkan jiwa dan fikiran, bahkan fizikal. I’tikaf merupakan pintu keluar seorang muslim dari rutin kehidupan dunia atas kesibukan dan kerumitannya. Seorang yang I’tikaf akan menghadap Penciptanya, Dzat Pencipta dunia seisinya ini. Seorang yang beri’tikaf sedang memutus dirinya dari kesibukan dunia dan memburu bekal perjalanan kehidupan yang ia perlukan sampai hari ajal menjelang. Bukankah ini bahagian yang kita fahami dari firman Allah swt. “Dan berbekallah, kerana sebaik-baik bekal adalah takwa.”

    Dalam I’tikaf, jika dilakukan dengan memenuhi syarat dan keadaan yang mendukung, niat yang lurus, akan mengantarkan pelakunya menemukan dirinya yang sebenarnya di hadapan Allah swt. Tidak ada jarak antara dirinya dan Allah swt. Tidak ada makhluk yang merintanginya. Kerana ia diciptakan dalam keadaan seorang diri, bertanggung jawab atas dirinya sendiri, dan akan datang pada hari kiamat seorang diri jua.

    Dalam I’tikaf seseorang melakukan proses penguatan imannya kepada Allah swt. iman kepada Sang Pencipta, Dzat yang Mengendalikan segala sesuatu. Kerana itu, siapa sebenarnya yang berhak untuk ditakuti?? Atau siapa yang layak ditakuti perhitungannya, selain dari Allah swt.??

    Hari-Hari Tertentu

    Pelaksanaan I’tikaf hanya beberapa waktu saja, sejumlah hitungan jari, iaitu sepuluh hari terakhir Ramadhan saja, dari tiga ratus enam puluh lima hari yang Allah swt. sediakan. Semestinya perintah ini tidak memberatkan, jika dibanding jumlah hari yang begitu banyak dalam hitungan tahunnya. Sehingga, apakah jika beberapa hari atau beberapa jam seseorang tidak mencari duit dan kekayaan, waktunya digunakan untuk melaksanakan sunnah i’tikaf, ia  akan mengalami kerugian atau mengalami bahaya?

    Padahal jika ia beri’tikaf, ia telah melaksanakan perintah dari Tuhannya, perintah dari Zat Pemberi Rezeki dan Zat yang Maha Pemurah, Zat yang Menguasai dunia dan isinya…

    Pemilik dunia ini juga yang menjadikan malam-malam tertentu di akhir Ramadhan sebagai malam-malam ibadah; untuk solat, menghidupkan malam –qiyamullail-, tilawah dan zikir, untuk selanjutnya ia keluar dari pelaksanaan i’tikaf dan bulan suci Ramadhan dengan hati yang bersih, iman yang kuat, ilmu dan pengetahuan yang melimpah, dengan itu ia mengetahui dirinya sendiri dan mengenal Tuhannya, yang boleh jadi ia tidak ketahui sebelum ia melakukan i’tikaf.

    Jika kita mengetahui sebahagian dari nilai dan hikmah  i’tikaf ini, kita pasti akan meletakkannya sesuai kepentingannya, sebelumnya juga kita tidak akan menzalimi diri sendiri dengan meremehkannya, juga setelah mengetahui nilainya tidak akan berdiam diri dan bermalas-malasan.

    Beri’tikaf bererti meraih sumber mata air yang menguatkan iman laksana mukjizat. I’tikaf menumbuhkan sikap dermawan tak terhingga, mendorong seorang mukmin untuk terus beramal tanpa henti, menumbuhkan cita-cita tanpa putus asa. Beri’tikaf mengikatkan diri dengan Allah swt. yang dengannya tidak akan bererti setiap ikatan-ikatan emosional lainnya. Beri’tikaf sekaligus meringankan beragam rintangan di jalan dakwah dan medan amal.

    Berbeza dengan sekelompok orang yang selalu dikungkung beragam pekerjaan yang tidak dapat ia tinggalkannya dengan berbagai alibi dan alasan, walau untuk beberapa hari atau beberapa jam saja untuk beri’tikaf. Orang seperti ini layaknya seseorang yang merawat orang yang sakit, yang selalu memerlukan rawatan, atau seperti orang gila yang selalu memerlukan pengawasan, tidak dapat ia tinggalkan. Kelompok orang yang demikian jauh lebih memerlukann uluran bantuan dan kebaikan doa, agar Allah swt. melipat gandakan pahala kepada mereka di dunia dan akhirat.

    Tipu Daya

    Orang yang tidak dapat beri’tikaf pada dasarnya hanya mencari-cari berbagai alasan. Padahal boleh jadi alasan-alasan itu merupakan propaganda dan alibi semata.

    Sungguh, dunia terus akan membebani jiwa, bahkan semakin tenggelam dengan kehidupan dunia akan semakin membebani jiwa. Padahal ubat dari beban berat jiwa itu adalah i’tikaf.

    Perangkap syaitan akan menyusup dan membisikkan bagi orang yang beri’tikaf bahawa apa yang ia lakukan –bekerja- juga dalam rangkaian beribadah kepada Allah swt, kerana itu tidak boleh diganggu dengan i’tikaf. Jika propaganda syaitan ini terus mendominasi dirinya, maka lama-kelamaan ia akan sukar menerima kebenaran, berat melakukan i’tikaf. Padahal i’tikaf menjadi ubat yang disediakan oleh Zat Yang Maha Penyembuh dari berbagai penyakit.

    Ya, hendaknya di hari-hari penghujung Ramadhan ini kita memiliki kemampuan untuk melihat agama dan dunia kita secara seimbang dan proporsional sebagaimana yang dikehendaki Allah swt. dan agar kita merasakan –meskipun sekejap- manisnya memutuskan diri dari kesibukan dunia untuk berintim dengan Allah swt., beri’tikaf. Sehingga dengan upaya itu akan merubah jiwa dan hidup kita menjadi lebih baik, dan itu berlangsung selama Ramadhan satu ke Ramadhan yang berikutnya, biidznillah. Allahu a’lam.


    Kredit: halaqah-online.org


    Saturday, August 18, 2012

    0

    Amalan Sunat Di Malam Raya

  • Saturday, August 18, 2012
  • Rahman Hatim

  • Masing-masing sudah berkira-kira dan merancang membuat persiapan menyambut hari raya.

    Sememangnya agama Islam tidak melarang kita membuat persediaan bagi memeriahkan sambutan hari raya kerana hari raya adalah hari kemenangan umat Islam dalam melaksanakan rukun Islam ketiga dan berjaya menumpaskan hawa nafsu dan godaan syaitan.

    Namun, dalam kerancakan menyambut lebaran, kita hendaklah sentiasa ingat supaya tidak dilalaikan dalam membuat persiapan hari raya kerana pada saat dan ketika itulah kita sewajarnya merebut peluang untuk mempertingkatkan amal ibadat kita untuk memperoleh ganjaran berlipat ganda yang dijanjikan Allah.

    Walaupun Ramadan berlalu pergi, tidak bermakna ia bukan waktu terbaik bagi kita melaksanakan ibadat serta menambah amalan.

    Jangan kita abaikan nilai dan roh Ramadan yang dilaksana seolah-olah ibadat puasa yang kita kerjakan tidak memberi kesan baik pada diri kita.

    Begitu juga berpuasa dapat mengembalikan kesihatan tubuh badan yang mungkin sebelum ini kita tidak berkesempatan mengamalkan pemakanan seimbang.

    Dalam menyambut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan digariskan agama Islam iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat.

    Selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud:
    “Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah dengan solat.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
    Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang memimpin umatnya supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur terhadap Allah SWT.

    Namun, di samping bersyukur dan bergembira meraikan hari raya, kita disunatkan melakukan puasa sunat enam hari pada Syawal, bermula pada dua Syawal.

    Puasa enam pada Syawal lebih afdal dilaksanakan secara berturut-turut tetapi tidak menjadi kesalahan jika puasa enam itu dilakukan secara berselang hari atau dibuat pada bila-bila masa asalkan pada Syawal.

    Ganjaran bagi orang yang mengerjakan puasa sunat enam hari pada Syawal selepas berpuasa sebulan Ramadan, seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

    Ini sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:
    “Barang siapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)
    Ini bukti Allah SWT sentiasa memberi peluang dan ruang kepada hamba-Nya untuk melaksanakan ibadat tambahan bagi memperoleh pahala disediakan-Nya.

    Berpuasa enam hari adalah sebagai petanda betapa seseorang itu meningkat iman dan takwanya kepada Allah hingga sanggup menahan lapar dan dahaga, sedangkan pada waktu itu mereka dibolehkan menikmati aneka makanan dan juadah.

    Ia juga sebagai bukti serta pengukur bahawa ibadat yang dilakukan sepanjang Ramadan memberi kesan kepada diri dengan perasaan penuh kesyukuran, sedangkan ada antara kita meraikannya dengan menikmati juadah yang ada.

    Kredit : ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com




    Friday, August 17, 2012

    0

    Teruskan Ibadah Selepas Ramadan

  • Friday, August 17, 2012
  • Rahman Hatim


  • SELAMAT tinggal Ramadan dan selamat datang Syawal. Bergembiralah wahai orang-orang yang tabah menghadapi ujian sepanjang Ramadan ini.

    Semoga kita sama-sama beroleh kerahmatan daripada-Nya. Beberapa hari lagi akan tiba hari kejayaan kita semua. Hari bersuka suka, hari ziarah menziarahi, hari memohon keampunan, menginsafi diri dan untuk berkumpul bersama.
    Semoga silaturahim yang dijalinkan dengan kasih sayang itu kekal kukuh kerana Allah. Dalam kegembiraan menanti Syawal, sedikit hiba di hati, kerana tatkala Syawal memunculkan dirinya Ramadan melambai pergi.

    Sudah cukupkah kita menghargai Ramadan kali ini? Sudah banyakkah amalan yang kita lakukan? Mungkinkah kita bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini pada tahun mendatang? Wallahualam, sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala-galanya.


    Dalam Islam, amalan dan hidup kita ditentukan bagaimana kita mengakhirinya.

    Kita mengenal istilah khusnul khatimah dan juga su’ul khatimah.

    Rasulullah pernah menegaskan, bahawa setiap amal itu sangat tergantung bagaimana kita mengakhirinya. Orang Mukmin bergembira dengan selesainya Ramadan kerana memanfaatkan bulan itu untuk ibadah, taat, mengharap pahala dan keutamaannya.

    Manakala orang munafik bergembira apabila selesai bulan Ramadan kerana kembali untuk melakukan maksiat serta mengikuti dorongan syahwat.

    Jadi, orang Mukmin akan meneruskan ibadah selepas Ramadan dengan beristighfar, bertakbir dan beribadah. Namun, orang munafik melanjutkan dengan maksiat, huru-hara, pesta muzik dan nyanyian.

    Selepas berpuasa sebulan, kini ditutupi dengan solat hari raya Aidilfitri dan bayar zakat fitrah. Sebagaimana Allah mensyariatkan solat Adiladha sebagai tanda syukur kepada-Nya selepas melaksanakan kewajipan haji.

    Diriwayatkan secara sahih, daripada Nabi SAW, bahawa baginda ketika datang di Madinah, penduduknya mempunyai dua hari mereka bermain-main pada hari itu, beliau bersabda: “Sungguh Allah menggantikan untuk kamu dua hari itu dengan yang lebih baik dari keduanya, (iaitu) hari (raya) Qurban dan hari (raya) Aidilfitri.”

    Tidak boleh menambah dua hari raya ini dengan mengadakan hari raya baru yang lain. Hari raya dalam Islam itu disebut ‘ied, ertinya ‘kembali’.

    Ia kembali dan berulang-ulang setiap tahun dengan membawa kegembiraan dan kesenangan. Bukan saja lelaki, bahkan Nabi SAW juga memerintahkan Muslimah supaya keluar untuk solat hari raya.

    Kaum wanita disunatkan hadir tanpa pakai wangian, tidak berhias untuk menarik perhatian, dan tidak bercampur-aduk dengan lelaki. Apabila keluar menunaikan solat, ia perlu menampakkan syiar Islam dan diusahakan dengan khusyuk, ghaddhul bashar (menjaga pandangan daripada yang haram), menjaga lisan daripada bercakap bohong dan kosong.

    Jangan dengar percakapan yang mengarut, nyanyian dan muzik melalaikan. Nabi mensyariatkan umatnya menyambung puasa Ramadan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

    Sabda Nabi: “Barang siapa berpuasa Ramadan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari di bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun.” (Hadis riwayat Muslim).

    Pahala kebaikan dikira satu akan dibalas 10 kali ganda. Maka sebulan Ramadan akan dibalas dengan 10 bulan. Manakala, enam hari di kali dengan 10 di bulan Syawal akan dibalas dua bulan.



    0

    Peluang 'Last Minute' & Lailatul Qadar

  • Rahman Hatim

  • Peluang 'Last Minute'  & 
    Lailatul Qadar

    Sedar tidak sedar, kita akan menamatkan bulan Ramadhan, berbaki lagi hanya 1 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam hari-hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.
    Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir
    "Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan 
    "Study last minute"
    "Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"
    "Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"
    Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.
    Setakat pencarian dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.
    Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.
    Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :
    وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ   فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ 
    Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348)
    Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.
    Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.
    Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat. 
    Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.
    Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.
    Moga Perolehi Lailatul Qadar
     

    Kehebatan Malam Al-Qadr 
    Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
    1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
    Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
    2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
    Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
    فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ 
    Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)  
    Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
    Imam Al-Qurtubi mencatatkan

    Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126) 
    Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadarjuga membawa bermaksud mulia atau agung.
    Adakah kita sudah BERSEDIA untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
    Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
    Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
    Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
    Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
    Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
    Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
    Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
    3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
    Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
    وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر 
    Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya lailatul Qadr ( selain bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)
    Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
    4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
    Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
    5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
    Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
    6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
    Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
    Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.


    Wednesday, August 15, 2012

    1

    Seorang Amerika Mengucapkan Syahadat Setelah Melihat Saf Kaum Muslimin

  • Wednesday, August 15, 2012
  • Rahman Hatim

  • Ada satu kisah di Saluran TV Majd beberapa tahun yang lepas, nama program tersebut “Satu Keluarga”. Adalah Dr. Yahya sebagai Da’i / Penceramahnya ketika itu, dengan lantang ia mengatakan bahwa umat Muslim itu memang tidak pernah teratur, yang diperlukan umat Muslim adalah satu keyakinan untuk dapat melakukan suatu perkara.

    Lantas beliaupun menceritakan satu kisah seorang Amerika Non-Muslim yang memperbincangkan tentang Islam seraya menyaksikan sebuah program Live (siaran langsung) di sebuah channel lain.

    Orang Amerika tersebut sangat kagum dengan dengan kerumunan orang-orang di Masjidil Haram, ada lebih dari 3 Juta orang pada waktu itu yang berkumpul untuk solat Isyak di malam terakhir bulan Ramadhan.
    Keadaannya sangat ramai dengan kerumunan orang-orang yang saling tidak tersusun atur.

    Lalu Da’i tersebut bertanya kepada orang Amerika tadi: “Menurut kamu, berapa lama waktu yang diperlukankan supaya orang orang itu mampu berbaris dengan rapi ?”

    Dan orang Amerika itupun menjawab: “Dua sampai tiga jam.”

    Dan Da’i tadi menyatakan: “Masjidil Haram mempunyai 4 tingkat.”

    Orang amerika(Non-Muslim) pun menjawab: “Kalau begitu perlukan waktu dua belas jam.”

    Da’i pun kembali menjelaskan: “Mereka yang kamu lihat di TV itu datang dari negara berbeza & juga berbeza bahasa antara satu dengan yang lainnya.”

    Kembali orang Amerika itu menyanggah: “Wah, kalau begitu mereka sesekalipun tidak mungkin boleh berbaris dengan betul.”

    Akhirnya waktu solat itupun tiba dengan tanda bunyinya suara Iqamah. Tampak Sheikh Abdur-Rahman as-Sudais [imam besar Masjidil Haram] berdiri di posisi paling depan seraya berkata :

    “Istawuu / آستوو”
    Yang artinya “Luruskanlah saf / barisan ”.

    Maka berdirilah jutaan jama’ah tersebut dalam saf-saf / barisan yang tersusun menjadi rapi, dan memerlukankan waktu tidak lebih dari dua minit. Lihatlah betapa agungnya agama ini, dengan memiliki sistemnya sendiri.

    Orang amerika tadi terperanjat,dengan sendiri yang dipatahkan oleh kenyataan yang ada di depannya. Dipandanginya layar TV sejenak, dan kemudian ia mengucapkan :

    “أشهد ان لا اله الا الله و اشهد ان محمدا رسول الله”




    Saturday, August 11, 2012

    1

    Qiam Bersama Sultan Muhammad V DanTuan Guru Nik Aziz

  • Saturday, August 11, 2012
  • Rahman Hatim
  • Kelantan yang digelar sebagai Serambi Mekah,sungguh indah mata memandang,hati ini teringin sangat untuk bersama qiam tersebut,tetapi disebabkan berada jauh dari negeri tersebut,tidak dapat untuk diri ini bersama melakukan qiam bersama Ulama dan Sultan.Sejuk hati bila tengok gambar di bawah ini:
     ketibaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz


    Mungkin Ramadan 2012 ini diri ini tak dapat nak mengikuti Qiam tersebut,InsyaAllah selagi diri ini masih bernafas,akan diri ini tunggu pada tahun-tahun yang akan datang.

    Kredit Picture : KelantanTV


    Friday, August 10, 2012

    0

    Membangun Hubungan Dengan Orang Lain

  • Friday, August 10, 2012
  • Rahman Hatim

  • Berbicara tentang komunikasi dan hubungan dengan orang lain, mempengaruhi mereka dan mengambil manfaat atas apa yang ada pada mereka, menuntut kita membicarakan tentang seni membangun hubungan dengan orang lain, metod dan cara yang perbagai serta fleksibiliti dalam berinteraksi dengan mereka. Ataupun boleh disimpulkan sebagai satu seni kehidupan yang wajib, yang tidak boleh tidak dan harus dimiliki setiap manusia jika mahu hidup bahagia. Terlebih lagi dengan seorang da'ie yang menjalankan perniagaan islam dan selalunya secara direct selling, sangat perlu memerhatikan hal ini.

    Berikut beberapa kaedah penting yang harus diikuti dalam membina hubungan dengan orang lain.

    1. Perbaiki Hubungan Dengan Allah swt.

    Perbaiki hubungan denganNya, maka Allah swt akan memperbaiki hubungan kita dengan orang lain, kerana hati kita berada di dalam genggamanNya, Dia yang membolak balikkannya menurut kehendakNya. Dialah yang membuat kita ketawa dan menangis.

    "Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min, dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (8:62,63)

    2. Mengkaji Karakter Seseorang

    Beberapa kajian psikologi telah membuktikan bahawa setiap orang mempunyai corak, ragam dan karakter tertentu; dan secara umum setiap corak, ragam atau karakter itu bersifat visual (seseorang dalam melihat alam ini dan berinteraksi cenderung melalui gambar) atau boleh berkarakter mendengar (cenderung melalui kata-kata) atau berkarakter merasakan (cenderung melalui perasaan-perasaan dan getaran hati nuraninya.

    Oleh sebab itu, mengenali karakter seseorang, kemudian berusaha memasukinya melalui karakter yang ada, menyebabkan keserasian yang cepat.

    3. Ambil Tempat Orang Lain

    Posisikan diri kita seperti orang lain, kemudian bicara pada mereka sesuatu yang mereka suka, pergauili mereka dengan sikap yang sesuai bagi mereka. Selalunya kita apabila memulakan bicara, lebih enak membicarakan soal sendiri lalu menyebabkan pendengar bosan. Elakkan.

    4. Senyum

    Senyumlah selalu, lebih-lebih ketika keadaan menekan atau kejadian yang menyedihkan.

    5. Ketenangan

    Jagalah ketenangan diri dan emosi hati kita ketika terjadi sesuatu yang mmembuat hati menjadi emosi atau marah. Ingatlah wasiat Rasulullah, "Jangan marah, jangan marah, jangan marah".

    6. Selalu mempertimbangkan perasaan orang lain, hak-hak dan keperluan mereka

    7. Pilih Kata-kata

    Pilih perkataan dalam percakapan dengan pernuh hati-hati, lebih-lebih lagi dalam pertemuan pertama. Berseri dan bergembira ketika berbicara dengan orang lain. Jauhi dari mimik dan raut muka kasar, walaupun kata-kata kita lebih lembut dari angin.

    8. Jika keadaan tidak memungkinkan kita untuk bercakap soal tertentu, tangguhkan dengan lembut dan tunda ke waktu lain yang lebih tepat.

    9. Hiasi ucapan dan bicara kita dengan kelembutan, humor atau peribahasa, tetapi jangan berlebihan, serta jangan menipu.

    10. Hadiah walaupun kecil, bersegera dalam menolong dan membantu orang lain, walaupun sedikit adalah salah satu faktor dan sarana penting untuk menarik hati dan membangun hubungan antara sesama. Rasulullah bersabda, "Saling memberilah hadiah kalian nescaya kalian akan saling mencintai".

    11. Menyebarkan salam dan membalas ucapan salam dengan lebih baik merupakan kunci hati, maka berusahalah untuk memiliki kunci ini dan janganlah kitaa seperti sebahagian orang yang jika orang lain memberi penghormatan, dia memandang pelik kerana tidak kenal.

    12. Tepati janji dan jujur dalam berbicara walaupun kita tidak mampu berbuat seperti apa yang mereka inginkan. Tidak ada sifat anusia yang lebih kita dan lebih jijik dari dusta. Sifat dusta dapat menurunkan darjat dan kehormatan seseorang, di samping dapat menyebabkan orang lain tidak percaya lagi padanya.

    13. Dermawan walaupun sedikit dapat menempatkan kita pada posisi tertinggi dan terhormat di hati manusia. Tidak mungkin seseorang yang memperoleh kecintaan dari manusia kalau dia mempunyai sifal bakhil.

    14. Sederhana, tidak memberatkan dalam berhubungan dengan orang lain, teratur dan serasi dalam kehidupannya dapat menyebabkan orang lain menghormati kita, bahkan dari musuh sekalipun.

    15. Selalu menjaga kebersihan badan, mulut, pakaian, penampilan diri tanpa berlebihan, dan berbau harum merupakan salah satu sarana yang membuat orang lain senang berinteraksi dengan kita.

    Kredit: http://halaqah-online.org

    Wednesday, August 8, 2012

    0

    LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

  • Wednesday, August 8, 2012
  • Rahman Hatim


  • 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

    Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

    Sebab turun surah al-Qadr

    Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

    Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

    Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

    Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

    Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

    Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

    Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

    Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

    Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

    Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

    Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

    Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

    Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

    Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

    Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

    Doa khusus di Malam Lailatulqadar

    Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

    1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

    Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

    Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

    Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

    1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
    2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
    3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

    Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

    Tanda Malam Lailatulqadar

    Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

    - Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
    - Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
    - Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
    - Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

    Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


    Tuesday, August 7, 2012

    1

    AL-ZAHRAWI : Tokoh Bedah Islam

  • Tuesday, August 7, 2012
  • Rahman Hatim



  • BIODATA RINGKAS

    Al-Zahrawi adalah pakar bedah moden terulung hingga abad ke 21. Nama sebenar beliau ialah Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas al-Zahrawi. Beliau dilahirkan pada 936 M di kota diraja Al-Zahra’, terletak kira-kira 9.6 kilometer dari Cordova, Andalus/Sepanyol dan meninggal dunia di tempat yang sama pada tahun 1013 M. Al-Zahrawi berketurunan Arab Ansar tetapi ahli keluarganya berpindah dan menetap di Sepanyol. Beliau menuntut ilmu di Cordova ,mengajar ilmu perubatan dan mengubati masyarakat. Penglibatan Al-Zahrawi dalam bidang perubatan lebih tertumpu kepada bidang pembedahan. Beliau dikenali sebagai pakar bedah yang terbaik pada zaman pertengahan dan digelar sebagai "Bapa Bedah Moden". Al-Zahrawi juga pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi Raja Andalusia, iaitu Khalifah Al-Hakam II.  Riwayat hidup Al-Zahrawi banyak dihabiskan di tanah airnya sendiri.

    Karya & Sumbangan 

    Kitab At-Tasrif

    Sehingga ke hari ini, dunia perubatan dan pembedahan begitu menyanjungi karya-karya sarjana Islam seperti Qanun fi-Tib yang di karang oleh Ibn Sina, Kitab Al-Hawi oleh Al-Razi, Sandaqol Hikmah oleh Jabbir al-Hayyan dan pelbagai lagi karya sarjana ilmuan Islam. Oleh itu, tidak kurang hebatnya tokoh perubatan dan pembedahan Al-Zahrawi yang sangat mashyur dengan karya beliau, At-Tasrif (Al-Tasrif liman ‘Ajaza an al Ta’lif) dan Kitab Al Maqalah fi Amali ‘ala Fanni al Jarahah yang menjadi rujukan hingga ke abad 21. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian lepas, hanya Kitab At-Tasrif sahaja yang lebih terkenal dan masyhur.  Kitab Tasrif Al-Zahrawi sangat menyumbang kepada bidang perubatan dan pembedahan dunia Barat. Karya beliau menjadi tereknal pada zaman pertengahan, kira-kira menjelang abad ke-12 dan ke-13. Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1368 M) menjadikan tulisan Al-Zahrawi sebagai bahan tambahan dalam buku bedahnya. Kitab At-Tasrif juga menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno di Rom, Itali , Motpellier di France dan beberapa universiti lain di Eropah. Sejarah penterjamahan kitab At-Tasrif dilakukan kali pertama oleh Gerard Cremona, seorang sarjana Itali pada zaman pertengahan dan zaman Renaissanc. Gerard menterjamah kitab At-Tasrif ke dalam bahasa latin. At-Tasrif juga dicetak dalam bahasa Latin dan Hebrew dengan nama 'Medical Vademecum' pada 1497M. Bahagian mengenai tumbuhan dicetak di Venice pada 1471M, mengenai pembedahan juga dicetak di Venice pada tahun 1497M. Bahagian klinikal pula dicetak pada tahun 1519M di Osnabruck, German dan pada tahun 1566M, bahagian penyakit puan dicetak di Basel, Swiss. Kitab At-Tasrif telah menjadi sangat terkenal di kalangan sarjana Barat dan menjadi rujukan sehingga ke abad ini. Sekaligus ketokohan Al-Zahrawi telah membuka jalan kepada para sarjana sains baik Islam mahupun Barat untuk mengembangkan teknologi perubatan dan pembedahan selari dengan era moden masa kini.

    Kitab At-Tasrif juga disebut sebagai ensiklopedia Al-Zahrawi yang mengandungi 30 jilid yang meliputi pelbagai bidang perubatan, kedoktoran dan pembedahan. Jumlah helaian pula tidak kurang daripada 1500 muka surat. Dalam bab pembedahan, Al-Zahrawi mencatatkan pelbagai ilustrasi teknik-teknik pembedahan, alat-alat bedah, serta panduan melakukan pembedahan dengan tertib. Antara teknik pembedahan dan pemeriksaan yang diperkenalkan oleh Al-Zahrawi ialah:

    1.      Teknik pembedahan mata untuk katarak.
    2.      Teknik pembedahan hidung dan telinga.
    3.      Teknik pembidanan untuk ibu-ibu bersalin.
    4.      Teknik rawatan pergigian.
    5.      Teknik pembedahan perut dan pundi kencing.
    6.      Teknik pembedahan bagi kanser (contohnya kanser payudara).
    7.      Teknik merawat tulang patah

    Al-Zahrawi juga memaparkan alat-alat bedah ciptaan beliau dan juga cara penggunaannya. Setiap alat bedah yang dicipta itu mempunyai fungsi tersendiri untuk merawat, memeriksa dan membedah pada bahagian-bahagian tertentu. Alat-alatan bedah beliau tidak kurang dari 150 alatan. Al-Zahrawi juga mencatatkan alat-alat bedah yang dibuat daripada besi adalah lebih baik daripada bahan lain seperti emas. Ini kerana emas tidak cukup panas apabila dipanaskan ataupun terlebih menyerap kepanasan yang akan menyebabkan emas mencair. Antara alat-alat ciptaan Al-Zahrawi ialah:

    1.      Alat bedah dan pemeriksaan bagi mata, hidung, lidah dan telinga
    2.      Alat untuk mengeluarkan batu karang dalam pundi kencing
    3.      Alat untuk mengeluarkan sel kanser tahap 1. (kanser peringkat awal).
    4.      Alat untuk mengeluarkan janin mati daripada perut ibu.
    5.      Alat untuk pergigian

    Dalam Kitab At-Tasrif juga, Al-Zahrawi memuatkan info-info penting berkenaan dengan tips kesihatan dan diet seimbang bagi pesakit. Sebagai tambahan, Al-Zahrawi juga menyumbang kepada penyediaan ubat-ubatan seperti ubatan herba. Ubat-ubatan beliau dihasilkan dari teknik penyulingan dan pemejalwapan. Beliau juga menjadi orang pertama memperihalkan  secara terperinci mengenai hemofilia.

    Hemofilia merupakan penyakit keturunan yang berpunca akibat kekurangan faktor pembekuan darah. Pesakit akan mengalami pendarahan yang serius apabila terluka.  Al-Zahrawi juga memperkenalkan penggunaan benang sutera untuk tisu yang berselirat, Selain itu, Al-Zahrawi juga memperkenalkan teknik pengikat di lengan untuk menghentikan aliran darah ketika berlaku pendarahan yang teruk. Sumbangan Al-Zahwari ini ternyata amat besar dan mencapah. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang perubatan dan pembedahan malahan ada yang mendakwa Al-Zahrawi juga turut mahir dalam bidang kosmetik dan kecantikan. Beliau telah memperkenalkan minyak gosok serta kepentingannya. Cara-cara penyediaan minyak gosok daripada bahan-bahan asas juga pernah dicatat oleh beliau dalam karyanya At-Tasrif. Al-Zahrawi juga menggunakan zat minyak yang disebut sebagai Adhan untuk rawatan dan kecantikan. Bukan hanya itu, malahan Al-Zahrawi juga memperkenalkan jenis-jenis wangian yang pelbagai dan penuh beraroma. Teknik-teknik menguatkan gusi serta memutihkan gigi juga telah diperkenalkan oleh tokoh hebat ini. Oleh itu, masyarakat Islam Andalus pada abad ke-12 telah mengetahui dan menggunakan produk-produk kecantikan antaranya krim tangan, pembersih mulut dan pembersih hidung.

    Pada zaman keemasan Islam itu juga, masyarakat telah menggunakan sejenis detergen yang bernama Lenor untuk wangian dan pencuci pakaian agar sentiasa harum dan segar.Kaedah berbekam juga turut dicatatkan oleh Al-Zahrawi dalam kitabnya. Beliau mengatakan penggunaan cawan atau alat berbekam boleh diperbuat daripada tanduk, kayu, tembaga, atau kaca. Kaedah rawatan berbekam mempunyai dua cara, berbekam kering, (dengan api atau tanpa api) dan bekam basah. Al-Zahrawi menggunakan minyak beraroma dan air sebelum dan selepas berbekam untuk mempercepatkan penyembuhan. Beliau hanya menyarankan penggunaan lintah untuk berbekam pada anggota badan yang tidak boleh berbekam secara biasa seperti hidung dan jari. Jelas di sini ianya tidak selari dengan pandangan umum yang boleh menggunakan lintah untuk bekam secara meluas.

    kredit :http://alfarabi23.blogspot.com

    Saturday, August 4, 2012

    0

    Surat Imam Al Ghazali Kepada Salah Seorang Muridnya

  • Saturday, August 4, 2012
  • Rahman Hatim

  • Wahai anak!

    Memberi nasihat itu senang, manakala menerimanya adalah sulit. Kerana, pahit bagi hawa nafsu yang memang menyukai perkara perkara terlarang. Terutama dikalangan para penuntut ilmu, kerana terlalu sibuk mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia menyangka dalam ilmu itu terkandung keselamatan dan kebahagian dan ia juga menyangka ia tidak perlu beramal. Inilah kepercayaan yang salah!

    Ia tidak sedar bahawa, ia akan dipertanggungjawabkan dengan ilmu yang ia miliki. Seperti sabda Nabi SAW "orang yang berat menanggung seksa di hari Akhirat kelak adalah orang yang berilmu namun tidak mendapat menfaat dari ilmunya".

    Wahai anak!

    Janganlah hidup dalam kemiskinan amal dan kehilangan keinginan untuk bekerja. Yakinlah, ilmu tanpa amal semata mata tidak akan mampu menyelamatkan manusia. Jika di suatu medan, seorang perajurit lengkap bersenjata berhadapan dengan seekor singa yang kuat, mampukah senjata menyelamatkan diri sang perajurit tersebut? Senjata sahaj tidak mampu membantu kecuali senjata tersebut diangkat dan digunakan. Begitulah perumpamaan seorang manusia, jika membaca dan menelaah beribu bahan bacaan, jika tiada amal, maka ilmu tersebut tidak mendatangkan faedah.

    Wahai anak!

    Berapa malam yang engkau berjaga untuk mengulang ngulang ilmu, membaca buku dan engkau haramkan tidur keatas dirimu. Aku tidak tahu apakah yang mendorongmu. Jika yang menjadi pendorong adalah kesenangan dunia dan kemewahan harta, malanglah dirimu. Namun jika pendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syari'at Rasulullah SAW dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan hawa nafsumu yang tidak pernah lelah mengajak kepada kejahatan, maka beruntunglah engkau. Benar kata penyair, "biarlah mengantuk menyiksa mata, akan sia-sia jika tidak kerana Allah semata".

    Wahai anak!

    Hiduplah seperti mana yang engkau mahu. Ingatlah, bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat engkau akan berpisah dengannya. Dab berbuatlah apa sahaja yang engkau inginkan, namun ingatlah, engkau akan dipertanggungjawabkan keatas semuanya.

    Kredit: http://halaqah-online.org

    0

    Hadis Berkaitan Puasa

  • Rahman Hatim

  • Mungkin hasil yang diraih seorang  yang berpuasa hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang solat malam (qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR Ahmad dan Hakim)

    Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang
    (menerima makanan) berpuasa tidak dikurang sedikitpun (HR Tirmidzi)

    Barangsiapa berbuka puasa Ramadan sehari tanpa rukhshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup dia melakukannya. (HR Bukhari dan Muslim)

    Dari : 1100 Hadits Terpilih, Sinar Ajaran Muhammad. Dr. Muhammad Faiz Al-Math, Gema Insani Press, 1991, hal. 28

    Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'd Radhiallahu 'anhu daripada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya
    (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: "Dimanakah orang-orang yang berpuasa?" Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya." (Hadith riwayat Bukhari)

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia
    (orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)

    Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)
    70 tahun." (Hadith riwayat Bukhari)

    Dari Salim, dari bapanya ra, katanya seorang laki-laki bermimpi bahwa malam qadar terdapat pada malam ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan. Maka bersabda Nabi saw, "Aku bermimpi seperti mimpimu, yaitu pada sepuluh malam yang akhir. Kerana itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil." (Shahih Muslim)

    Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (HR Muslim)

    Dari Abdullah bin Umar ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa dan Al Qur'an memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat. Puasa berkata, 'Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya makan minum dan memenuhi syahwatnya pada siang hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Dan Al Qur'an pun berkata, 'Aku telah menghalanginya tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat baginya.' Lalu syafaat keduanya diterima Allah."
    (HR Ahmad)

    Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
    1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kesturi.
    2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
    3. Setiap hari Allah menghias surga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
    4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
    5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

    Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari seksaan neraka." (HR Ahmad)

    Rasulullah saw. bersabda: Sahur itu seluruhnya berkah, kerana itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, kerana Allah dan malaikat Nya memberi selawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (HR Ahmad)

    Sabda Rasulullah s. a. w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

    Nabi s. a. w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi

    Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari



    Friday, August 3, 2012

    0

    Gruner See, Styria: Sebuah Taman Yang Berubah Menjadi Tasik Ketika Musim Panas

  • Friday, August 3, 2012
  • Rahman Hatim

  • Gruner See, yang dulu dikatakan taman iaitu "Green Lake", kini adalah sebuah tasik di Styria, Austria, berhampiran bandar Tragoss, yang terletak di kaki gunung Hochschwab yang diliputi salji. Semasa musim sejuk,Kedalaman tasik hanya 1-2 meter dan kawasan sekitarnya digunakan sebagai taman. Ia adalah sebuah laman kegemaran untuk pejalan kaki. Tetapi ketika suhu mula meningkat pada musim bunga, ais dan salji pada mountaintops mula cair dan bergerak ke atas tanah tersebut. Muncul lah Tasik yang dulunya sebuah taman. Semasa musim panas, tasik akan mencapai kedalaman maksimum sekitar 12 meter.

    Keindahan tasik yang kehijauan semulajadi, dari rumput dan dedaun di bawahnya, disebabkan leburan salji , air tasik tersebut terlalu sejuk. Suhu tasik agak sejuk pada 4-8 ° C, tetapi ia popular di kalangan penyelam yang ingin melihat padang rumput hijau dalam tasik terutamanya pada bulan Jun apabila air meningkat tinggi. Rumput alpine dan bunga padang kelihatan berkembang penuh di bawah air. Penyelam juga boleh melihat bangku, jambatan dan rumput yang bergerak didalam tasik tersebut.

    Bermula Julai, tasik mula surut disebabkan musim sejuk, tasik akan kembali ke saiz asalnya dan Taman akan wujud kembali untuk pejalan kaki.

















    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com