Sunday, December 30, 2012

0

Bagaimanakah Israel Berdiri?

  • Sunday, December 30, 2012
  • Rahman Hatim

  • Israel sudah berdiri di Palestin selama kurang lebih 60 tahun. Jumlah yang sangat lama. Mereka menjajah Palestin dan hanya membiarkan Gaza saja yang belum mereka taklukan. Di Gaza, ada sebuah tembok besar yang tak pernah berjaya diruntuhkan oleh Israel: Hamas.

    Bagaimanakah Israel berdiri?

    Gerakan Antisemitisme di seluruh dunia yang merupakan gerakan Zionisme sedunia, yang digagas oleh Dr. Theodore Herzl (1896), seorang Yahudi Hongaria di Paris. Menurut Herzl, satu-satunya ubat mujarab untuk mengekalkan antisemitisme adalah adalah dengan menciptakan suatu tanah air bagi bangsa Yahudi.

    Melalui suratnya yang berjudul “Der Yuden Staat,” Herzl mulai mempropagandakan cita-citanya tersebut. Awalnya Herzl belum menegaskan di mana letak tanah air bangsa Yahudi akan dibangun. Mula-mula disebut Argentina atau Palestin. Tetapi dalam kongres kaum Zionis pertama di Basel, Swiss tahun 1897, mereka menetapkan Palestin sebagai pilihannya.

    Alasan pemilihan Palestin adalah latar belakang sejarah untuk mengembalikan ”Haikal Sulaiman” yang merupakan lambang puncak kejayaan Kerajaan Yahudi di tanah Palestin (sekitar 975 – 935 SM). Maka, sejak 1930 perpindahan Yahudi dari Eropa ke Palestin meningkat mendadak, terutama pada Era Nazi Jerman (Perang Dunia II).Berdirinya Israel tidak lepas dari keruntuhan khalifah. Khalifah Turki Utsmani Sultan Abdul Hamid sebagai penghalang terbesar diturunkan sebagai Khalifah oleh gerakan Turki Muda.

    Waktu itu, tahun 1909, Sultan Abdul Hamid mengeluarkan pernyataan keras kepada Yahudi: ”Seandainya kamu membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan menconteng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniyah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kamu!” Tidak hairan kalau kemudian Yahudi berkonspirasi menghancurkan Sultan Abdul Hamid.

    Pada Perang Dunia I (1914-1918), Turki Utsmani bergabung dengan Poros Central (Jerman, Austria-Hungaria) melawan Sekutu. Namun pada 1916, Inggeris dan Prancis berkongkalingkong untuk membagi wilayah Timur Tengah dan terkenal dalam Perjanjian Sykes Picot. Dalam Deklarasi Balfor tahun 1917, Inggeris menunjang pembentukan Negara Yahudi di tanah Palestin.

    Berikut adalah isi surat dari Arthur James Balfour yang berdiri di belakang perjanjian laknat itu. ”yang hormat Lord Rothschild, saya sangat senang dalam menyampaikan kepada Anda, atas nama Pemerintahan Sri Baginda, pernyataan simpati terhadap aspirasi Zionis Yahudi yang telah diajukan kepada dan disetujui oleh Kabinet. Pemerintahan Sri Baginda memandang positif pendirian di Palestin tanah air untuk orang Yahudi, dan akan menggunakan usaha keras terbaik mereka untuk memudahkan tercapainya tujuan ini, kerana jelas dipafami bahawa tidak ada suatupun yang boleh dilakukan yang dapat merugikan hak-hak penduduk dan keagamaan dari kelompok non-Yahudi yang ada di Palestin, ataupun hak-hak dan status politis yang dimiliki orang Yahudi di negara-negara lainnya . Saya sangat berterima kasih jika Anda dapat menyampaikan deklarasi ini untuk diketahui oleh Persekutuan Zionis.”

    Tahun 1918, Palestin jatuh. Jendral Allenby merebut Palestin dari Khilafah Turki Utsmani. Setahun kemudian, secara rasmi mandat atas Palestin diberikan kepada Inggeris oleh LBB. Pada tahun 1947, PBB dengan sewenang-wenangnya membagi dua wilayah Palestin. 1948 menjadi tahun bersejarah bagi Yahudi kerana merupakan tahun deklarasi pembentukan Israel. Tepat hari berakhirnya mandat dan penarikan pasukan Inggeris dari Palestin dideklarasikan Pendirian Negara Israel, 14 Mei 1948.

    Ada beberapa perang yang diingat dalam sejarah berdarah Yahudi. Pada 1948 ada Perang Arab Israel I. Mesir, Jordania, dan Syria masing-masing menduduki Gaza, Tepi Barat dan Dataran Tinggi Golan. Pada 1967 terjadi Perang 6 Hari, Mesir, Jordan, Syria menyerang Israel, tapi justeru kehilangan ketiga daerah hasil perang 1948 bahkan Gurun Sinai lepas dari Mesir. Dan pada tahun 1973 terjadi Perang Yom Kippur, Mesir dan Syria menyerang Israel. Diikuti sekatan minyak kepada negara-negara Barat.

    Tapi pada tahun 1978 dalam Perjanjian Camp David, Mesir mendapatkan kembali Gurun Sinai dengan syarat tidak lagi memerangi Israel. Gaza, Tepi Barat dan Dataran Tinggi Golan tetap dalam kawalan Israel. Puncaknya pada tahun 1992 dibuat Perjanjian Oslo. Pengakuan PLO atas kewujudan Israel dan penunjukkan PLO sebagai otoritas rasmi atas Jalur Gaza dan Tepi Barat. Sejak itu Israel semakin berdiri kukuh di tanah jajahannya, Palestin.

    Tuesday, December 25, 2012

    0

    Kisah Hidup Hassan Al Banna

  • Tuesday, December 25, 2012
  • Rahman Hatim


  • Disini diceritakan sedikit mengenai Hassan Al Banna dan keturunan beliau:

    Latifah binti Hussin Al Soli adalah isteri pilihan ibu Hasan Al Banna. Kisah bermula apabila si ibu berkunjung ke rumah Hussin Al Soli lalu mendengar suara seorang gadis sedang membaca al Quran. Keduanya ditunangkan pada 1 Ramadan dan dikahwinkan pada 27 Ramadan.

    Hasan Al Banna memanggi Isterinya “Wahai Ummu Wafa” dan Latifah memanggil suaminya “Wahai Ustaz Hasan.” Sebagai ketua Ikhwan Muslimin rumah mereka sering dikunjungi orang ramai sedangkan rumah mereka kecil sahaja. Pernah Latifah mencadangkan kepada suaminya mencari rumah yang lebih selesa.

    “Wahai Ummu Wafa, istana kita menanti di syurga, Yakinlah bahawa Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita di dunia ini,” kata Hasan Al Banna. Latifah akur dengan kata-kata suaminya itu.

    Pada hari Hasan Al Banna ditembak Latifah melahirkan seorang bayi perempuan lalu dinamakan Istisyhad artinya orang yang syahid. Setelah pemergian suaminya Latifah terus mendidik anak-anaknya sehingga menjadi orang yang berjaya.

    Anak-anak Hasan Al Banna:

    1.Wafa – Berusia 17 tahun ketika ayahnya syahid. Berkahwin dengan Dr. Said Ramadhan.

    2.Ahmad Saiful Islam, berusia 14 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau seorang peguam dan pernah menjadi Ahli Parliman Mesir.

    3.Tsana, berumur 11 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Kaherah.

    4.Roja, berumur 5 tahun ketika ayahnya syahid. Beliau Seorang Doktor.

    5.Halah berumur 2 tahun ketika ayahnya syahid. Pensyarah di Universiti Al Azhar.

    6.Istisyhad, lahir pada hari ayahnya syahid. Dinamakan Istisyhad bermakna memburu syahid. Beliau Seorang pensyarah.


    Kredit: Abdul Latip
    0

    Sutrah

  • Rahman Hatim



  • Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

    Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.

    Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu. Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas. Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek. Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

    Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

    Kenapa mereka perbuat begitu?

    Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

    Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

    Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

    Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

    1)

       كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

    “Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.”

    (HR al-Bukhari dan Ahmad)

    2)                                          بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

    “Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.”

    (HR al-Bukhari dan Muslim)

    3)

    كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

    ِ”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.”

    (HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

    4)           وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

    Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut.

    (HR al-Bukhari dan Ahmad)

    5)               صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

    “Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.”

    (HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

    6)          اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

    “Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.”

    (HR Muslim dan Abu Daud)

    Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

    Secara Ringkas

    Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:
    Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat. Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.

    Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu. Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja. Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.

    Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
    Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya. (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya. Ia adalah untuk anggaran jarak.)

    Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.

    Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

    Sumber: Tazkirah di FB

    Tuesday, December 18, 2012

    0

    ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA

  • Tuesday, December 18, 2012
  • Rahman Hatim


  • Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama'
    (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!!

    Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

    1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine,
    walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

    Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian..

    2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

    3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

    kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid.

    di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga..

    SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

    *jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu..

    *Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar..
    RENUNG2KANLAH...



    0

    Tak Seorangpun Akan Terlepas dari Hukuman Di Dunia

  • Rahman Hatim

  • Banyak orang beranggapan bahawa tidak semua orang mendapat hukuman atas kesalahan dan  kejahatannya di dunia ini. Banyak pelaku kejahatan hidup bebas, goyang kaki, jalan-jalan bahkan hidup senang. Benarkah anggapan ini?? Jawabannya: SALAH!! Jangankan orang yang melakukan kejahatan besar, kesalahan-kesalahan kecil yang kita lakukan pun (selama tidak disedari dan diperbaiki) tidak akan terlepas dari hukuman di dunia ini. Ada 5 hukuman yang tak seorang pun akan terlepas darinya: agama, negara, warga, keluarga dan raga.

    Setelah kita melakukan dosa, kesalahan kejahatan, mungkin kita terlepas dari hukum agama di dunia ini kerana masyarakat atau negara tidak memperlakuka hukum agama (syari’at Islam). Bila kita lolos dari hukum agama, maka kita akan menghadapi hukum yang kedua, hukuman negara.

    Bila mengetahui, polis akan mencari, mengejar dan menangkap kita. Hukum negara akan menjerat kita di bilik sempit dan sejuk bertahun-tahun bernama penjara. Tapi, kita masih boleh terlepas dari hukum negara kerana mungkin tidak benar kesalahannya, tak ada bukti dan saksi atau, kalau ia benar-benar bersalah dan terbukti, hukum dunia boleh dipermainkan dan diperjualbelikan. Bila itu terjadi, kita masih belum boleh terlepas kerana akan menghadapi hukuman yang ketiga: warga.

    Warga masyarakatlah yang akan menghukum kita dengan hukuman sosial: diperbincangkan, disebarkan, dipermalukan, dicerca, dijauhi,diasingkan atau mungkin dibakar. Seringkali, hukum sosial lebih kejam dari hukum negara. Tapi, mungkin kita masih terlepas dari hukum sosial atau hukum warga kerana juga tidak bersalah. Bila itu terjadi, maka hukuman lain sedang menanti: keluarga.

    Orang tua sakit hati kerana kita telah mempermalukan keluarga, lalu memarahi habis-habisan, kita dikutuk, tidak ditanya, diusir dari rumah atau tidak diakui sebagai keluarga. Tapi, mungkin keluarga juga tidak mengetahui dosa dan kesalahan kita, malah ada keluarga yang melindungi. Keluarga pun tidak menghukum kita. Tapi, ada hukum terakhir di dunia ini yang tak seorang pun akan boleh terlepas darinya: Raga.

    Kita boleh jadi terlepas dari semua hukuman luar, tapi tak akan pernah bboleh terlepas dari hukuman diri: dikejar-kejar perasaan bersalah, dihantui perasaan berdosa, merasa malu, tidak tenang kerana takut dituduh bersalah, sini takut sana takut sehingga terseksa oleh ketidakbebasan, lebih jauh lagi takut mati kerana merasa banyak dosa. Akhirnya, resah, gelisah, stress bahkan paranoid, jauh dari ketenangan, ketenteraman. Itu semua adalah hukuman dari kejahatan yang bersangkut dengan orang lain.

    Bila kesalahan telah biasa dalam diri, seperti bohong, melanggar janji, berburuk sangka, mulut menyinggung perasaan orang, lalai pada kewajiban agama, selalu mengejar kesenangan, pesta, hura-hura, foya-foya,  tak ambil perhatian pada orang tua, sombong, kufur nikmat, tak suka pada nasihat dll, maka hukumannya adalah pelupa, otak tumpul, sukar belajar, susah memahami ilmu, susah menerima kebenaran, bicara gagap, susah rezeki, tak disukai orang, ucapan tidak berkualiti, harta tidak berkah, urusan selalu kelam kabut, hidup selalu banyak masalah.

    Ketika dosa-dosa, kesalahan dan pelanggaran tersebut di atas dilakukan seumur hidupnya, tak ada kesedaran, perubahan, dan taubat, akhirnya jiwa tak sanggup lagi menanggungnya. Ketika jiwa sudah tak sanggup menanggung beban keburukan dan ketidakseimbangan hidup yang demikian berat, raga menerima risikonya, jadilah penyakit: darah tinggi, insomnia, kanser, kolestrol, hepatitis, ginjal, jantung, stress, diabetes, stroke dll. Dan semua itu baru hukuman di dunia. Di akhirat, sudah pasti lebih pedih lagi.

    Kelima hukuman itu akan menyerang setiap diri akibat dari kebiasaan melakukan dosa-dosa, kesalahan-kesalahan dan salah disisi agama, kecil mahupun besar. Setiap diri tidak akan terlepas dari hukuman-hukuman itu. Inilah makna dari “wa man ya’mal mitsqala dzarratin syarran yarah.” (Dan barangsiapa yang melakukan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan merasakan balasannya) (QS- Al-Zalzalah: 8).

    Marilah belajar dan berusaha bersama-sama menghindari dosa-dosa dan tidak membiasa melakukan kesalahan sekecil apapun. Tak perlu menyalahkan orang lain, salahkan diri, diri dan diri!! Nabi SAW bersabda: “Hasibuu anfusakum qabla antuhasabuu ..!” (Hisablah diri kamu sendiri sebelum menghisab orang lain). Semoga Allah memberikan petunjuk. Wabillahi taufik wal hidayah!!


    Saturday, December 15, 2012

    0

    Beruntungnya Perempuan Yang Mempunyai Rahim

  • Saturday, December 15, 2012
  • Rahman Hatim

  • 1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

    2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

    3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung,Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

    4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

    5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
    terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
    kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

    6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
    naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA

    Thanks To: Zatimawaddah

    Sunday, December 9, 2012

    0

    Kecantikan Islam

  • Sunday, December 9, 2012
  • Rahman Hatim


  • Seorang lelaki Inggris datang kepada seorang Sheikh dan bertanya:
    “Mengapa dalam Islam tidak diperbolehkan bagi perempuan berjabat tangan dengan seorang lelaki?”

    Sheikh menjawab: “Dapatkah Anda berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?”

    Orang Inggris berkata: “Tentu saja tidak, hanya ada orang-orang tertentu yang boleh berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth.”

    Sheikh menjawab: “Wanita kami adalah ratu dan ratu tidak berjabat tangan dengan lelaki asing.”

    Kemudian lelaki Inggris bertanya lagi: “Mengapa gadis-gadis Muslim harus menutupi tubuh mereka dan rambutnya?”
    Sheikh tadi tersenyum dan mengambil dua gula-gula, ia membuka yang pertama dan satunya lagi dibiarkan terbungkus. Dia melemparkan keduanya ke lantai berdebu dan bertanya pada orang itu: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil salah satu gula-gula tersebut, mana yang akan Anda pilih?”
    Orang Inggris menjawab: “Tentu saja yang tertutup.”
    Sheikh mengatakan: “Itulah cara kami melihat wanita dalam Islam.”

    Friday, December 7, 2012

    0

    TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM

  • Friday, December 7, 2012
  • Rahman Hatim



  • Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

    Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

    Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

    Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

    Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

    Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

    “Muhammad, mari sini” katanya.

    “Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

    “Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
    “Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

    “Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

    “Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

    “Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

    “Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

    “Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
    “Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

    Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

    Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

    Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

    Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

    Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

    Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

    Mahmood memarahi saya…

    “Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

    Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

    Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

    Ya, kurang rasa sensitiviti….

    Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

    1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
    Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

    Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

    Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

    Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

    Tulisan itu berbunyi..

    Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
    Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

    Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

    Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

    Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

    Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

    Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

    Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

    1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

    2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

    3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

    4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

    5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

    6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

    7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

    Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

    Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

    Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin


    Thursday, December 6, 2012

    0

    24 PERINGATAN UNTUK WANITA

  • Thursday, December 6, 2012
  • Rahman Hatim


  • 1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


    2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


    3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


    4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”


    5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


    6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”


    7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


    8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


    9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


    10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.


    11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


    12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


    13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


    14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


    15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


    16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”


    17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”


    18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


    19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:
    a. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
    b. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
    c. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
    d. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
    e. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


    20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”
    a. Orang yang gemuk tapi kurus
    b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
    c. Orang yang alim tapi jahil
    * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
    * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
    * Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.


    21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.


    22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
    a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
    b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
    c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
    d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
    e. Ingat kepada Allah SWT
    f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
    g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
    h. Ingat kepada mati.


    23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
    a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
    b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
    c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
    Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
    d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
    e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
    f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
    g. Minta talak.
    h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
    i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
    j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
    k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


    24. Wajib bagi wanita:
    a. Mengekalkan malu pada suaminya.
    b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
    c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
    d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
    e. Berdiri menyambut kedatangannya.
    f. Berdiri menghantar pemergiannya.
    g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
    h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
    i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
    j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
    k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
    l. Memuliakan keluarga suaminya.
    m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
    n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami

    Sumber: DataKay

    Tuesday, December 4, 2012

    0

    Renungan Untuk Para Gadis!!!

  • Tuesday, December 4, 2012
  • Rahman Hatim

  • Wahai engkau para gadis dan leaki bujang yang sedang merasakan kasmaran dan dilanda jatuh cinta serta kesenangan mempunyai pasangan. Hati-hatilah, “wala taqrabu zina!” (janganlah engkau mendekati perbuatan zina). Jangankan sampai berbuat zina, sekali berciuman apalagi lebih dari itu, hinalah engkau seketika!! Engkau telah menghinakan dirimu sendiri, ibumu, Rasulullah dan Allah demi mengikuti bisikan syaitan dan memenuhi nafsu syahwatmu.

    Bagaimana engkau tidak menghinakan diri,
    Bagi dirimu, engkau telah membuat dirimu menjadi murah, tidak menjaga kesucianmu yang diamanatkan oleh orang tua, Rasulullah dan Allah SWT. Engkau mudah dimesrai, disentuh, dicium, dibuka auratmu, apalagi lebih dari itu, oleh lelaki yang tidak sah tidak dan berhak menikmatimu.

    Bagaimana engkau tidak menghinakan orang tuamu,
    Ibu merawatmu sejak bayi, menyusumu dengan senang dan bahagia, engkau dimandikan, dirawat, tubuh lucumu selalu ditaburi minyak wangi dan ditutup dengan kain lembut dan baju. Ia lakukan itu setiap hari dan bertahun-tahun kerana sangat menyayangimu, pengorbanannya siang malam hingga kurang tidur tak pernah ia keluhkan. Setelah dewasa, engkaupun sangat dikhawatirkannya. Bayangkanlah letihnya, peluh keringatnya dan kurang tidurnya kerana sejak kecil hingga remaja ia merawatmu dengan tanggung jawab dan kasih sayang. Sesudah besar dan engkau membesar menjadi remaja, ibumu dan ayahmu sudah tak boleh lagi melihat bahagian dari tubuhmu kerana telah tumbuh menjadi aurat yang harus ditutup dan tidak boleh diperlihatkan bahkan kepada ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkanmu sendiri. Mengapa begitu? Kerana aurat itu sangat mahal dan istimewa, mahkota dan kesucian perempuan.

    Bayangkan, betapa engkau telah mengkhianatinya, ketika aurat itu engkau buka begitu saja dengan mudah, murah dan senang pada teman lelaki mu, lelaki yang tiba-tiba datang dan menyukaimu sesudah engkau besar hasil dari jagaan ibumu sejak kecil. Engkau murahkan tubuhmu untuk dinikmati lelaki yang tidak sah dan belum tentu menjadi suamimu. Betapa engkau telah menyakiti ibumu dalam sekejap, engkau mengkhianati kepayahannya bertahun-tahun mejagamu. Ibumu tak boleh lagi mencium bibirmu yang ketika bayi sering dilakukannya. Ibu tidak boleh lagi dan malu melihat auratmu, demikian juga engkau malu auratmu bila suratmu dilihat ibumu. Tapi, betapa sanggupnya engkau membukanya pada lelaki asing di  keluargamu. Engkau mempersilahkan lelaki yang tidak sah untuk menikmati tubuhmu begitu saja. Tak ingatkah perngorbanan dan keringat ibumu? Betapa jahatnya engkau pada ibumu yang melahirkan dan merawatmu. Tahukah engkau, ketika engkau berciuman dan tubuhmu dinikmati laki-laki yang tidak sah, sesungguhnya ibumu menangis menjerit merasa dilukai hatinya. Sanggupkah engkau? Lalu, perempuan macam apa itu sanggup menggores hati ibunya sendiri?

    Rasulullah SAW juga kamu khianati. Rasulullah dengan payahnya, dengan kesusahannya dan perjuangan beratnya telah mengangkat darjat perempuan dari budaya jahiliyah yang merendahkan perempuan menjadi sangat terhormat. Demi menjaga taraf, darjat dan kesucian perempuan, ia menanti agar mereka menutup auratnya. Begitu sayangnya Nabi pada perempuan dan tanggungjawabnya yang besar sampai ia bersikap tegas soal pergaulan perempuan: “Janganlah seorang lelaki berduaan dengan perempuan (bukan mahram) kerana yang ketiganya adalah syaitan” (HR. Abu Dawud). “Janganlah seorang lelaki bermalam di rumah seorang janda kecuali sudah dinikahinya atau dia mahramnya” (HR. Muslim). “Seorang wanita yang memakai minyak wangi lalu di tengah-tengah kaum (lelaki) dengan maksud agar mereka menghirup bau harumnya maka wanita itu adalah pelacur.” (HR. An-Nasaa’i) “Tiada aku meninggalkan suatu fitnah sesudahku lebih berbahaya terhadap kaum lelaki daripada godaan wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim) Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang nipis. Rasulullah segera memalingkan pandangannya dan bersabda: “Wahai Asma, sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh memperlihat anggota badannya kecuali pergelangan tangan dan mukanya” (HR. Bukhari Muslim). “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” (HR. Thabrani dan Baihaqi). “Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan (seksi atau sangat mewah), maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti” (HR. Abu Daud). “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim) “Sesungguhnya banyak ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya” (HR. Bukhari & Muslim).

    Lihat betapa tegasnya Rasulullah yang mulia melindungi kehormatan dan kesucian perempuan. Untuk siapa? Untuk kemuliaan perempuan sendiri. Lalu, sanggupkah kita mengkhianatinya? Setiap hari engkau sanggup mengkhianati Nabi dan mengabaikan perintah dan peringatannya?

    Tak tanggung, Allah pun kamu khianati. Sebelum Rasulullah dan Ibumu, Allah sendirilah yang telah memberikan peringatan-peringatan agar perempuan menghargai dirinya dan memuliakan dirinya dengan menutup auratnya: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Al Ahzab : 59). “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan pandangannya dan menjaga kehormatannya” (An-Nur : 31).

    Allah telah membuatmu sangat mahal. Bayangkan, untuk boleh menyentuhmu, memesraimu dan menidurimu, Allah memerintahkan lelaki yang meminangmu untuk membayar mahar yang disebut “emas khawin.” Bayangkan, “emas.” Emas adalah logam mulia yang mahal dan simbol perhiasan paling mewah. Allah mensejajarkanmu dengan emas. Tidak merendahkan dan menghinakan dirimu, ketika syarat emas itu engkau lumayan dan mudahkan pada lelaki tidak sah untuk menikmatimu demi kesenangan nafsu syahwatmu? Ketika tubuhmu dinikmati lelaki yang tidak sah, engkau benar-benar telah memurahkan dan menghinakan dirimu menjadi sampah yang tidak berharga.

    Akankah engkau terus menghinakan diri dan mengkhianati tiga sosok kemuliaan dan keagungan: Ibu, Nabi dan Allah sendiri? Betapa beraninya engkau. Bukankah itu bererti hidupnya hanya menantang kesusah? Bila begitu, apa ertinya hidup selamanya kalau hujungnya hanya susah di akhirat kelak?? Memang tujuan hidupmu mahu apa dan engkau mahu kemana kelak setelah mati?? Dan bukankah mati tidak memandang usia? Bukankah betapa banyak gadis perempuan mati muda dan belum sempat merubah hidupnya dan bartaubat???


    Monday, December 3, 2012

    0

    Api Neraka Padam Disirami Air Mata

  • Monday, December 3, 2012
  • Rahman Hatim



  • Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

    Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

    Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

    Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

    Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."


    Tuesday, November 27, 2012

    0

    9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal

  • Tuesday, November 27, 2012
  • Rahman Hatim


  • Bagaimana tentera zionis meratap kematian…

    Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.

    Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

    Apa tidaknya ?

    1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.

    2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

    3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
    israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

    Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

    4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

    5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

    6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

    7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

    8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

    9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
    Ingatilah firman Allah swt :

    وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

    Surah al-Imran ayat 54

    “Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

    Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
    Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddi


    Saturday, November 24, 2012

    0

    Kenapa Israel Membunuh Nyawa Anak-Anak Palestin?

  • Saturday, November 24, 2012
  • Rahman Hatim


  • Salah satu pimpinan Hamas, Ismali Haniya mengatakan anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini sesungguhnya menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.

    “Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?” demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi. Tidak hairanlah jika-anak Palestina menjadi para penghafal Alquran.

    Seperti yang kita ketahui bahwasanya HAMMAS memperlakukan syarat-syarat untuk menjadi anggota mereka, diantaranya Hafiz Al-Qur’an dan tidak pernah meninggalkan shalat fardhu terutama sekali shalat subuh. Walaupon syarat yg agak berat ,tetapi inilah yang melambangkan kekuatan mereka kekuatan islam..

    Belajarlah dari Palestina, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis, nyawa mereka terancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak menyurutkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh Agama Islam.

    sumber: Muslim Muwahhid

    Friday, November 23, 2012

    0

    Kesesatan Syi'ah di Hari Asyura

  • Friday, November 23, 2012
  • Rahman Hatim



  • Di antara kelakuan sesat Rafidhah (baca: Syi’ah) adalah memukul dada, menampar pipi, memukul bahu, mengiris-ngiris kepala mereka dengan pedang sampai menumpahkan darah. Semua ini dilakukan pada hari ‘Asyura, 10 Muharram. Hal ini dilatarbelakangi kerana kecintaan mereka pada Husain bin ‘Ali bin ‘Abi Tholib. Mereka sedih atas kematian Husain, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mati terbunuh.

    Kenapa Kelakuan Mereka Dikatakan Sesat?

    Kerana setiap perkara muhdats yang tidak pernah dicontohkan dalam Islam, tentu saja sesat. Hal-hal semacam di atas jelas suatu kemungkaran dan telah dilarang oleh Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kerana dalam Islam tidak boleh melakukan semacam itu baik kerana kematian seorang yang dianggap mulia atau kematian seorang yang syahid di jalan Allah. Kita tahu bahawa di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam banyak di antara para sahabat yang mendapati syahid seperti Hamzah bin Abdul Muthollib (paman Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam), Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abi Tholib, ‘Abdullah bin Rowahah. Namun tidak pernah di masa beliau melakukan seperti yang dilakukan oleh Rafidhah. Law kaana khoiron, la-sabaqunaa ilaih, seandainya perkara tersebut baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lebih dahulu melakukannya.

    Cuba lihat pula bagaimana ketika Nabi Ya’qub ‘alaihis salam ditimpa musibah dengan hilangnya Yusuf ‘alaihis salam, apakah beliau sampai memukul-mukul dada? Apakah Nabi Ya’qub sampai menampar wajahnya sendiri? Apakah sampai ingin menumpahkan darahnya sendiri dengan mengores-ngores badan? Apakah sampai dijadikan ‘ied (perayaan) atau hari berduka seperti yang dilakukan Rafidhah? Amalan yang dilakukan Rafidhah tidak lain hanyalah warisan dari Jahiliyah, masa suram sebelum Islam. Islam dengan sangat jelas telah melarangnya.

    Hadits yang Membicarakan Tentang Berduka yang Terlarang

    Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,

    لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّة

    “Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang menampar pipi (wajah), merobek saku, dan melakukan amalan Jahiliyah.” (HR. Bukhari no. 1294 dan Muslim no. 103).

    Namun lihatlah bagaimana yang dilakukan oleh Rafidhah di hari ‘Asyura. Yang mereka lakukan jelas bukan ajaran Islam. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam begitu pula para sahabat radhiyallahu ‘anhum tidak pernah melakukannya. Mereka tidak pernah melakukannya ketika ada yang meninggal dunia. Padahal wafatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lebih daripada kematian Husain radhiyallahu ‘anhu.

    Sumber: muhammad.tuasikal

    Thursday, November 22, 2012

    0

    Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada para Pemuda dan Pemudi

  • Thursday, November 22, 2012
  • Rahman Hatim

  • Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai...keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

    Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

    Para Pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

    Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

    Wahai Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

    Sumber:PartiIslamMalaysia

    Monday, November 19, 2012

    0

    Boikot Mampu Menjatuhkan Israel

  • Monday, November 19, 2012
  • Rahman Hatim



  • "Ada segelintir manusia yang mengatakan Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" kata manusia yang 'bijak' pandai."

    Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

    "Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
    Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

    Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

    Sumber: Piya

    0

    GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Ka’bah

  • Rahman Hatim


  • GMT Bukan Di Greenwich, Tapi Di Ka’bah

    Astronout Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari Planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah kajian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar Bumi, dia berkata: “Bumi terapung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang mengapungkannya?”

    Para Astronout telah menemukan bahawa Bumi ini mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ditutup sepertinya ada masalah tersembunyi di balik penghapusan website tersebut.Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berhujung), ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih tetap bergerak terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakternya sendiri dan menghubungkan antara Ka’bah di Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
    Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.

    Itulah sebabnya kenapa jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka’bah, maka seakan-akan diri kita di isi oleh suatu tenaga misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

    Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga mampu mengapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Ka’bah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

    Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami Al-Tirmidzi Al-Hajj 877)








    Sunday, November 18, 2012

    3

    Briged Al-Qassam Tentera Penggempur Palestin

  • Sunday, November 18, 2012
  • Rahman Hatim

  • jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

    JIKA :

    ~ Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

    ~ Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya

    dan

    ~ Israel dengan Shayetet 13,

    Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

    Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

    Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

    Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

    Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

    "Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

    Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

    Peraturan " Briged Al-Qassam ".

    "Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

    Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

    "Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

    "Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

    Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

    "Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

    Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

    Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

    Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

    Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

    Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

    Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

    Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

    Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

    Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri - 'Mengapakah saya tidak syahid?'

    Sumber: Admin amRF

    Saturday, November 17, 2012

    0

    Keajaiban Di Peperangan Gaza

  • Saturday, November 17, 2012
  • Rahman Hatim
  • Subhanallah..Allah Akhbar. Keajaiban di peperangan Gaza Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

    Peristiwa 1 Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

    Peristiwa 2 Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

    Peristiwa 3 Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

    Peristiwa 4 Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

    Peristiwa 5 Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

    Peristiwa 6 Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!! ALLAH BERSAMA KITA. DOA JGN PERNAH BERHENTII. SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN. TAPI SAYA ORG ISLAM. ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU. TOLONG MEREKA. WALAUPUN DENGAN DOA...


    Thursday, November 15, 2012

    2

    Gaza Diserang Lagi Semalam (14 Nov 2012)

  • Thursday, November 15, 2012
  • Rahman Hatim



  • Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris yang telah saya usahakan barisnya dan ertinya, agar boleh dibaca oleh orang ramai.


    اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

    Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."

    اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ

    اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.


    Erti :
    Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

    Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.

    Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.


    اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

    Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka

    اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين


    Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.


    Sumber


    0

    Hukum Doa Awal dan Akhir Tahun

  • Rahman Hatim


  • Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

    Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.

    Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

    Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

    Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.

    Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.

    Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

    Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

    Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

    Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

    Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

    Kredit: Abu Umair

    28 Zulhijjah 1429


    Wednesday, November 14, 2012

    0

    Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

  • Wednesday, November 14, 2012
  • Rahman Hatim
  • Klik pada gambar untuk lebih jelas

    DOA 1 (Akhir Tahun)



    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ


    Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

    DOA 2 (Awal Tahun)

    بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

    Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.




    Foto Kredit: audralailiey

    Friday, November 9, 2012

    0

    Lahanat Rejim Basyar

  • Friday, November 9, 2012
  • Rahman Hatim

  • Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama' syria,Syeik Hassan di UPM yang datang ke malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria. Ana turut berkesempatan berada disana.

    PERISTIWA SYRIA

    Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

    Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
    Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
    Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

    BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
    Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
    Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

    PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

    BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
    1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
    2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
    3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
    4-9000 tahanan ditahan.
    5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
    6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
    7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
    8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
    9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
    10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
    #RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

    FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
    Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
    #"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

    PERKARA TERBARU
    1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
    2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
    3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
    4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
    5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

    KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
    1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
    2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
    3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
    4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
    5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

    PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
    -Mendoakan saudara kita di Syria
    -Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
    -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

    Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
    "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
    dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

    Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

    Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
    "Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

    Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
    Jzkki akh Abu Abdullah

    Cuba anda tengok video ini,betapa jahatnya basyar,kanak-kanak pun sanggup dia tembak..


    Kredit: Syria apa yang berlaku sebenarnya

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com