Wednesday, October 19, 2011

Pin It

0

Sengat Pari Keluar Ikut Pangkal Kemaluan

  • Wednesday, October 19, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share

  • Penderitaan pekerja penyelenggaraan tertusuk sengat pari sejak lapan tahun lalu, berakhir apabila sengat sepanjang lima sentimeter terkeluar di pangkal kemaluannya, kelmarin. 


    Che Mohd Nurul Che Anuar, 23, terkejut selepas mendapati sengat itu terkeluar bergegas ke Hospital Dungun,sebelum menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan sepenuhnya sengat berkenaan. Katanya, sepanjang bulan ini, dia sering mengalami sakit sekeliling pinggang termasuk kedua-dua belah kaki hingga tidak dapat melakukan kerja berat. “Sabtu lalu, saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian pundi kencing dan apabila membuat pemeriksaan, saya disyaki mengalami masalah urat tersepit di bahagian belakang badan. 


    “Bagaimanapun, ketika hendak mandi jam 2.30 petang kelmarin, saya menjerit kerana kesakitan dan mendapati ada benda kecil tajam terkeluar di pangkal zakar. 


    “Ketika pembedahan saya terkejut melihat benda tajam itu adalah sengat pari yang tertanam sejak lapan tahun lalu,” katanya ketika ditemui semalam. Katanya, sebaik sengat itu dikeluarkan, kesakitan di sekeliling pinggang dan kedua-dua kakinya yang lenguh, hilang sekelip mata. 


    Menceritakan kembali peristiwa terkena sengat pari, Che Mohd Nurul berkata, kejadian berlaku ketika dia berusia 15 tahun dan berehat di tepi pantai selepas berjoging di Pantai Teluk Lipat. 


    Katanya, apabila menyedari sengat pari tercucuk di punggung, dia cuba menarik keluar, tetapi semakin ditarik sengat itu kian bergerak ke dalam daging punggungnya. Beliau berkata, disebabkan gagal mengeluarkan sengat itu, dia terus ke Hospital Dungun sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk melakukan pembedahan.




    Do you like this story?

        
        

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks My Ping in TotalPing.com