Monday, October 10, 2011

Pin It

2

Kelebihan Air Coke (Coca-Cola)

  • Monday, October 10, 2011
  • Rahman Hatim
  • Share





  • Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke(Coca Cola).


    Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? 


    Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


    1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke,ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


    2.Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


    3.Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan 
    Coke.Kesan karat hilang!


    4.Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


    5.Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


    6.Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian :Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


    7.Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!


    8.Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari.Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis bahaya".Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat. 


    9.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.Wahh...mesti buat overhaul ni!


    10.Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh  kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah...


    Jika Anda Suka Entri Ini Sila Like Dan Tinggalkan Komen Dibawah



        
        

    2 comments

    October 10, 2011 at 4:56 AM

    seram nk mnum coke..kalo g mekdi kfc msti pesan selain coke aww

    October 10, 2011 at 5:18 AM

    @Paris Lipton
    aku jarang minum air coke,mekdi ngan kfc pun jarang aku pergi...

    Post a Comment

    Free Auto Malaysia Backlinks ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com