Orang Melayu Kelantan 60,000 Tahun

Dalam kajian yang dibuat oleh pengkaji Universiti Sains Malaysia dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, kumpulan penyelidik yang diketuai Prof Madya Dr. Zafarina Zainuddin mendapati hasil semasa kajian yang bertajuk “Kajian Asal Usul Bangsa Melayu Melalui Kaedah Morfologi, Sosio-budaya & Genetik” mendapati orang Kelantan merupakan etnik utama bagi bangsa Melayu di Semenanjung.


Didapati juga susur galur keturunan Melayu Jawa ini bermula 60,000 tahun lalu ketika kerajaan Majapahit menduduki Kelantan dahulu.
Kajian yang meliputi pengambilan sampel darah lebih 300 sukarelawan di seluruh negara ini masih lagi dijalankan untuk diberitakan kepada masyarakat Malaysia. Kajian ini juga dibiayai oleh Kerajaan Malaysia  melalui geran penyelidikan RM1.4juta menerusi Kementerian Pengajian Tinggi.
Kredit : Berita Harian

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama