Kebangkitan Islam di Timur: Fungsi Ahlul-Baith Di Sebelah Timur

Menjunjung kasih kepada Nabi Muhammad SAW kekasih Allah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Kurniakanlah kebesaran, darjat dan kemuliaan kepada Nabi Muhammad SAW dan kepada seluruh kaum keluarganya dan anak cucuk cicitnya (Ahlul-bait).

Peliharalah Ahlul-bait,kerana merekalah amanah Rasullallah kepada kita,dan merekalah yang kelak AKAN MEMBANGKITKAN KEGEMILANGAN ISLAM DI SEBELAH TIMUR.



Hadis Ibnu Mas‘ud

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka me nye rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabat ku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba gai mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)


SEJARAH NEGERI KELANTAN DARULNAIM DAN KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW (AHLUL-BAIT)


Negeri Kelantan telah menerima kedatangan dua orang Wali daripada keturunan Ahlul-bait iaitu Syed Hussein Jamadil Kubra dan Shaikh Tanauddin. Daripada ketutunan inilah lahir Wali Songo (Wali 9) dan keturunan Nik/Wan di negeri Kelantan.

Keturunan ini juga pengasas kepada kesultanan Melayu di Nusantara, termasuk Brunei dan di Selatan Filipina. Sejarah semua terlalu panjang, maka aku akan tumpakuan kepada kelantan sahaja.

Seperti yang kita tahu, takdir telah menentukan keturunan Nabi Muhammad telah dizalimi, dibunuh dan mereka ini lari hingga ke India (wilayah Deccan). 7 orang daripada mereka telah belayar ke TIMUR (mereka ini Wali 7) untuk menyambung tugas-tugas dakwah pada masa itu.


2 orang daripada mereka belayar dan singgah di Kelantan. Syed Hussein Jamadil Kubra memulakan dakwah di Kelantan dan berkahwin dengan puteri raja Kelantan pada masa itu. Aku malas nak tulis panjang lebar tetapi daripada keturunan inilah lahirnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Aku bukan nak suruh kau puja dia, tetapi banyak perkara yang kau perlu tahu. Kenapa Portugis dan pendakwah kristian mengejar Ahlul-Baith ini hingga ke Melaka dan takluk kerajaan Melaka? Ada konspirasi berusia lebih 600 tahun yang korang tidak tahu.



Ya Allah, peliharalah Ahlul-Baith. Limpahkanlah kebesaran, kekuasaan dan kemuliaan kepada Ahlul-Baith. Peliharalah kerajaan Ahlul-Baith dan lindungilah mereka daripada kezaliman dan serangan orang-orang kafir yang telah ditakdirkan menjadi musuh kami.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama